dendang rancak riuh melalak tarinya mengikut rentak melodinya keluar dari kotak sayang fanatik dan taksub julang maruah perempuan melayang perasan mengaku suami hanya bayang.
bucu bangunan jadi tumpuan marhaen rebutan melepak dari kepenatan roti canai bersama air secawan mamak tanda penyatuan bangsa agama saling beriringan negara hebat benci perpecahan.
panas di papan segaknya baju disarung tampan yang lama nampak baru. kemeja hitam butang atas dedah mengancam takkan mahu skema ibarat siswa baru kenal dunia.
dunia ini membenci menumpangmu untuk nafsu menafi amaran ilahi sang bulu dan sang bulu kau suarakan hak madah celaka kebebasan diri yang fitrah kau talak apakah kau menanti bala Ilahi?
aku ingin putih cerah sesegar dadih mulus manja digilai dan tergoda namun ku lupa bukan ku lupa tapi ku sedar muka putih kalau disambar suria senandunglah muka bagai terbakar.