hari ini satu tanggal lagi pada muka debaran laungan bakti setahun sekali kita sama-sama merai Tuan Haji Ibrahim yang kami kasihi. dalam pertitian dua dekadku ingin kucari siapakah belikat - rusuk - dua bahu memapah usaha murni semua tahu kepala penyantun merpati abdi menyusuri jalan lalu menghulur jalan tetamu ilahi ke tanah suci yang dituju berdesa di daun hijau ini. setakat ini penghadapanku hanya sekali tempoh hari almaklumlah aku disini masih bayi bicara kasar penuh isi tegur - kritik - kritis dan memperbaiki demi masa hadapan yang lebih berani. ini puisi singkat memperihal insan hebat bekerja bersama dengan tekad moga kita semua pekerjaan berkat mendapat rahmat dari Tuhan Maha Kuat. dari tanah nadir di atas bumi banir ingin kami sampaikan secangkir ucapan selamat hari lahir. Andalusia HQ Desa Pandan 25 Ogos 2023. *Deklamasi puisi dihadapan Tuan Haji Ibrahim Mat Sin, Pengarah Urusan Andalusia Travel & Tours dan Dato Ustaz Daud Che Ngah, Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel ...