Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2020

Beli Barang KPOP di Berjaya Times Square

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Assalamualaikum, anneyeonghaseyo semua! ecewah Korea nampak! HAHAHA. Biasalah, Kpopers boleh kaitkan. Jadi, sebenarnya sejak-sejak akhir ni asyik membelek di Shopee dan Lazada sahaja. Duit takde pun, dah jadi hobi agaknya. Tengok baju, terpengaruh dengan model je, maklumlah pelaris. Bila kita pakai, kentang jugak. Jadi, beringatlah ketika membeli. Jadi, sambil-sambil belek tu, terfikir juga nak beli barang Kpop nak buat koleksi. Peliknya lahai seorang lelaki kumpul barang Kpop (ketawa kecil). Mana jantan? Eh tolong sikit. Kpop ni sejagat. Bukan untuk perempuan je. HAHAHA.  Jadi, saya pun buat carian. Nak beli album tak mampu, beli lanyard ke rantai kunci ke button badge pun takpelah. Cari punya cari, ada lah jugak. Banyak BTS je. Mungkin permintaan tu tinggi. Saya bukanlah ARMY sangat tapi Seokjin tu memang bias saya. Saya ni lebih kepada WIN:D dan MOA. Barang Kim Jaehwan macam tak wujud dah, sejak beliau jadi penyanyi solo, h...

Nasi Kerabu dan Kemaafan

Penafian: Ini ialah fiksyen peminat. Nama watak, perwatakan dan jalan cerita adalah rekaan semata-mata. Choi Beomgyu TXT sebagai Beomgyu Choi Soobin TXT sebagai Soobin Kang Taehyun TXT sebagai Taehyun ••••••••••   Mentari sudah bangkit dengan gemilangnya di pagi Sabtu yang indah. Pagi bersuhu sejuk yang menikam kian reda dan beralih ke suhu tropika yang berhangat lembab. Beomgyu masih lagi di pangkuan istirehat, tidur pagi di hujung minggu yang menarik tubuh untuk kekal bermimpi. "Hyung, jom keluar sarapan," ajak Soobin hyung yang baru sahaja pulang habis berjoging di taman tasik. Beomgyu bingkas bangun dan menyiapkan diri, disamping lapar yang semakin menjajah perutnya.  "Lapar-lapar ni nak makan di mana?," tanya Beomgyu pada Soobin. "Jeoneun nak bawak hyung pergi sarapan dekat tempat kegemaran hyung jugak ni," kata Soobin dengan senyuman berlesung pipit comelnya memandang kearah Beomgyu yang lesu kerana belum menyantap apa-apa makanan pagi in...