Langkau ke kandungan utama

Nasi Kerabu dan Kemaafan

Penafian: Ini ialah fiksyen peminat. Nama watak, perwatakan dan jalan cerita adalah rekaan semata-mata.




Choi Beomgyu TXT sebagai Beomgyu


Choi Soobin TXT sebagai Soobin


Kang Taehyun TXT sebagai Taehyun


••••••••••
 
Mentari sudah bangkit dengan gemilangnya di pagi Sabtu yang indah. Pagi bersuhu sejuk yang menikam kian reda dan beralih ke suhu tropika yang berhangat lembab.

Beomgyu masih lagi di pangkuan istirehat, tidur pagi di hujung minggu yang menarik tubuh untuk kekal bermimpi.

"Hyung, jom keluar sarapan," ajak Soobin hyung yang baru sahaja pulang habis berjoging di taman tasik.

Beomgyu bingkas bangun dan menyiapkan diri, disamping lapar yang semakin menjajah perutnya. 

"Lapar-lapar ni nak makan di mana?," tanya Beomgyu pada Soobin.

"Jeoneun nak bawak hyung pergi sarapan dekat tempat kegemaran hyung jugak ni," kata Soobin dengan senyuman berlesung pipit comelnya memandang kearah Beomgyu yang lesu kerana belum menyantap apa-apa makanan pagi ini.

Kereta yang dipandu Soobin mula melewati sebuah warung yang tidak asing bagi mereka. Warung Kak Dah. Disinilah terdapatnya makanan kegemaran Beomgyu yang sering dinikmati disini. Asalkan ada, itu sahaja yang dia makan. 




"Wah, baegopa! syukur dapat makan nasi kerabu pagi ni, hyung belanja kan?," Beomgyu bersorak keriangan apabila melihat sebuah nyiru berisi nasi rendaman bunga telang yang biru, kerisik, isi ikan,telur jeruk, kuah tumis dan kambing bakar terhidang di hadapannya. Nikmat apa yang mahu didustakan.

Soobin sekali lagi mengukir senyuman melihat riak wajah Beomgyu yang semakin ceria di pagi lesu. Soobin apa kurangya, menikmati nasi berlauk gulai itik serati.

Beomgyu menikmati juadah itu dengan berselera sekali. Digaulnya nasi dengan lauk-lauk itu dengan sebati dan ramahnya, terhasilnya campuran syurga tunas rasa yang memukau.


"Macam mana, sedap tak?," tanya Soobin.

"Mustahil tak sedap hyung benda ni, makanan paling sedap di muka bumi ni!," seloroh Beomgyu sambil tidak henti-henti memuji kesedapan nasi kerabu ini. 

Di dalam menikmati juadah sarapan yang enak itu, jauh di dalam hati Soobin masih lagi memikirkan cara untuk mendamaikan kekusutan antara Beomgyu dan Taehyun.

Alkisahnya hari itu, Beomgyu dan Taehyun berselisih faham apabila Taehyun tidak memberinya giliran untuk bermain permainan video. Taehyun bermain permainan video tersebut sehingga tidak bergilir dengan Beomgyu. Taehyun yang asyik dengan kayu ria di tangannya sehingga meninggikan suara pada Beomgyu kerana mengganggunya dan dengan kesal dan kecewa, Beomgyu meninggalkan Taehyun yang memberi tumpuan pada permainan video tersebut.

"Sudahlah berkelahi hyung, bukan apa jeoneun risau akan ukhuwah antara kita adik-beradik yang bermasam muka ini tidak membawa apa-apa faedah. Sedangkan kita dahulu bersuka ria, saling ketawa antara satu sama lain? Cuba ingati memori kita bersama," pujuk Soobin hyung pada Beomgyu.

Beomgyu berasa serba salah. Dia agak terkilan dengan adiknya Taehyun kerana tidak bergilir bermain permainan video tempoh hari. Namun bila difikirkan semula takkanlah perkara sekenit itu menjadi asbab kepada persengketaan. Dia merenung pada nasi kerabu itu, dan merasionalkan pemikiran yang kusut dalam mindanya.



"Anneyeonghaseyo, Soobin hyung!," sapa Taehyun dari luar rumah.

"nae, eoseouseyo, Taehyun dongsaengi, masuk, masuk!" sahut Soobin dari dalam mempelawa adindanya untuk masuk ke ruang tamu rumahnya.

"jal jinesseoyo?," Soobin menanya khabar.

"jeoneun jal jinaeyo," balas Taehyun.

"punyalah lama kamu tak balik dari pengajian, sempat singgah sini dulu. HAHAHA. Eomma rindu kamu tau," seloroh Soobin gembira dengan kepulangan Taehyun yang baru sahaja kembali dari pengajian.

Taehyun melihat rumah abangnya yang agak sunyi. Dia tertanya-tanya, dimanakah abangnya Beomgyu?

"Hyung," sapa Taehyun.

"nae, dongsaengi ada apa?," jawab Soobin.

"mana Beomgyu hyung?," tanya Taehyun yang kehairanan kerana ketiadaan Beomgyu di rumah.

"oh ya, dia pergi ke kedai sebentar, cari ramyeon dan kuih baulu untuk buat stok kemarau katanya," jelas Soobin.

Terdengar jejak kaki di pintu rumah.

"Oh tu panjang umur, kami tengah sembang pasal hyung tadi," kata Soobin yang menyedari dan menyapa Beomgyu yang memasuki rumah.

Beomgyu mengukir senyum. Sekali pandang ke timur tubuhnya, adindanya Taehyun datang ke rumah. Dia segera berpaling.

Taehyun rasa amat bersalah.

"Hyung, jeoneun jeongmal mianhaeyo, jjinja," ucapan maaf dilafazkan dengan keikhlasan. Dia menyesali kesilapan yang dilakukannya dan berjanji tidak akan buat lagi.

"Hyung, maaf tau, haritu jeoneun sampai tak peduli pun giliran hyung nak main permainan video tu," sesal Taehyun.

Beomgyu rasa datar. Taehyun sudah mengakui kesilapannya. Dia seharusnya menerima maaf tersebut dan tidak memanjangkan lagi persengketaan ini.



Dengan terharunya mereka berdua bersalaman dan berpelukan. Riak wajah Soobin bahagia apabila melihat kedua-dua adindanya kembali berbaik semula.

"Ha hyung, jeoneun tak datang kosong je ke sini," kata Taehyun seperti membawa kejutan.

"Ha bawa apa tu?," tanya Beomgyu yang ketawa berdebar.

TA DA!

Di tangan Taehyun menjinjit beg plastik berisi tiga bungkus nasi kerabu.

"Tadi jeoneun sempat singgah Warung Kak Dah, beli makanan kegemaran Beomgyu hyung, apalagi jom makan bersama-sama!," Taehyun bernada riang.

Mereka pun menikmati juadah nasi kerabu itu diiringi kebahagiaan adik-beradik yang ceria. 

Maka benarlah kata peribahasa, air dicincang tak akan putus, begitulah eratnya tali persaudaraan antara adik-beradik. Sekadar balah kecil tak mungkin memecahkan rasa kasih dan mesra antara kita. Hargailah adik-beradik kita. 


TAMAT

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Masjid yang Berdekatan dengan LRT, MRT dan Monorel

Assalamualaikum, apa khabar pembaca blog semua! Salam Ramadhan! Alang-alang sekarang ni PKPB, berjalan-jalanlah kita pergi bazaar Ramadhan dan solat Tarawih di masjid. Tapi pastikan kalian patuhi SOP ya. Saya duduk kat rumah sewa di KL ni, tak dapat balik lagi sebab tunggu barang Shopee tak sampai lagi. Barang tu bukan main lagi berjalan dari Petaling Jaya ke Bukit Bintang, ke Petaling Jaya hampir 3 kali. Sakit hati pun ada. Dugaanlah katakan.  Jadi, bila kat KL ni, nak juga berjalan-jalan selagi patuh SOP ni. Tarawih kat masjid-masjid besar pun menarik juga. Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda masjid-masjid yang korang boleh pergi solat tarawih di ibukota raya ni. Ecewah. kredit: https://www.klia2.info/rail/klia-transit/#check-klia-transit-fare Dari pelusuk manakah anda berada, turun di stesen...... 1. STESEN PASAR SENI : LRT Laluan Kelana Jaya/MRT Sungai Buloh - Kajang Masjid Negara. kredit: Pinterest Keluar melalui jejantas yang menuju ke stesen KTM Kuala ...

MENGAPA PILIH UKM BERBANDING UIA?

ini dari sudut pandangan peribadi seketul Ihsan Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Muda merupakan salah satu impian dalam lipatan kehidupan Ihsan. Sudah sekian 3 tahun Ihsan berada dalam industri Haji dan Umrah ini, Ihsan akui sangat seronok bekerja menyantuni bakal tetamu Allah.       Berbekalkan pengiktirafan pengajian dari Baitulmal, Alhamdulillah Ihsan dapat menyertai industri ini dengan jayanya lebih-lebih lagi sekarang (ketika esei ini ditulis), Ihsan sudah dua bulan berkhidmat di Andalusia Travel & Tours dekat ibu pejabatnya Desa Pandan.      Disamping usia yang semakin meningkat, ada baiknya untuk Ihsan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda, barangkali untuk mendapat gaji lebih lumayan, akan tetapi jauh di sudut niat Ihsan betul-betul memasang matlamat untuk sekadar menelaah ilmu dan memperkaya pengalaman.      Tapi, Ihsan nak sambung belajar di man...

Cerpen: Asyraf Safarahan 2

Ramai keliru, Fazwan ke Hazwan? Nah, sahabatku namanya Fazwan, aku ada adik lelaki bernama Hazwan. Jadi peninglah pembaca. Minta maaf. Sahabatku Fazwan banyak bertanya soalan dengan aku. Tanya apa saja yang dia nak tanya. Tapi banyak kepada penampilan. Pasal baju, pasal seluar, pasal rambut dan banyak lagi. Dia tak suka sembang pasal perempuan. Yelah, dia tak hensem pun. Tapi, dia ada usaha untuk menarik perhatian perempuan. Dia seorang yang rajin belajar. Dia pandai matematik. Dia kritis orangnya. Kreatif pun kreatif. Dia suka tulis cerpen. Karya dia pernah tersiar di The Harapan Post. Hebat orangnya. Tapi perempuan pilih rupa. Takde apalah.   Apapun, setiap pertanyaannya, aku akan cuba bagi jawapan yang terbaik. Aku tak suka memberi jawapan yang menghampakan. Tatkala tindakan dimulakan, itu adalah gerak kerja yang baik. Tapi, menahan sahaja yang mampu. Yelah, apakan daya perancangan itu urusan tuhan.   “Asyraf, hensem tak aku pakai baju turtleneck?,” tanya Fazwan. Ai...