Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2024

Sajak : perlahan-lahan tanah kita digadai

tika telah sampai di puncak tiba masa untuk meretak telah diceroboh empunya teratak dek rakus tamak membuak-buak. satu persatu mereka jajah semakin luas menjelajah apa yang benar disanggah apa yang batil diangkat diluah orang-orang kita sanjung menyembah demi ringgit dan harta sanggup kedarah. menang mereka telah mengintai angkara puak-puak berkecai tanah kita perlahan-lahan digadai anak cucu nanti jadi pencacai. sudahnya bangsa kita hilang nyiru untuk menadah merempat dihalau penjarah tak guna lagi sumpah seranah tanah tumpah darah telah diperkosa itu - penyakau punah tak berselindung fitnah mencemar maruah. subang bestari 17 ogos 2023.

Sajak : Kebun Ilmu yang Sering Ku Kunjung Tiap Petang

Masjid Sultan Haji Ahamd Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. petang beriuhlah sekelian anak kota mengerumuni jalan raya lebuh raya meninggalkan maju bandar raya kembali ke sarang keluarga. begitulah sehari-hari aku meredah pulang dari lelah mencari rezeki lillah dari lubuk pulang ke rumah. sesak dan padat kereta-kereta rapat dari muatan kecil hingga berat menempuh jalan penuh cermat. di hujung bucu MRR2 Ampang ke Gombak menyinggahlah aku ke hulu aku berjejak berbumbung biru IIUM tanah ilmu dipajak. oh bumbung biru berseri-seri dari LPT sepulang dari kampung halamanku datang rasa berahi rasa cinta untuk menuntut ilmu seperti disuruh Junjungan Nabi. kusambung pulang Gombak ke Subang meninggalkan kebun hebat hatiku telah ditambat ziarah kemarukku ini takkan tersia-sia kerana Tuhan sedang memakbulkan permintaan hamba-Nya. desa pandan 21 ogos 2023.

Sajak : hijauan berkecamuk

eh apa yang kau baru dikhabarkan  gemilang yang menanti  b inasa bersembunyi dibalik bonggol unta tatkala sekian dahaga tak usah kau risaukan duhai unta kini tandanya telah tiba kekenyanganlah kau dengan menu baharu untuk kau santap pepasir menggaram di tubuhmu  basah embun pagi suria Saudi akhir zaman. Subang Bestari 7 Jan 2024.

Sajak : peluru dendam buat anjing Knesset

SOLIDARITI SELAMANYA BERSAMA PALESTIN #ISNOTREAL CUAK (i) tengah hari dinaungi suria sabar di tanah perkosa yang senantiasa gundah-gulana dentuman demi dentuman hujan anak besi ke langit Gaza tak kenal siapa celaka-celaka berkencingan di tepian kota merai gembira oh sempurnanya kebinatangan mereka (ii) lelaki itu menyelinap belukar keseorangan dijinjing penjentik nyawa ingin meratah mangsanya (iii) sinagog gempita taurat palsu jatuh ke dalam api majusi mereka petanda Holocaust kali kedua kali ini ditendang selamanya ke asinan Mediterranean (iv) susah ku sebut namanya dia pentaksub kejam di meja Knesset lingkup rebah dicium anak peluru dari tangga sinagog itu terhantuk berbelas anak tangga merah-merah di dada hitam-hitam di tengkorak dahi (v) terjentiklah nyawanya dari seorang yang geram menggenggam hingga biru cengkaman anehnya ia bukan kiriman Hamas bukan juga dari selaku bangsanya tapi dari pengintip Nusantara yang membenci pemerkosa saudara seagamanya. (vi) yang berlitup itu sedang ...