Masjid Sultan Haji Ahamd Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. |
petang
beriuhlah sekelian anak kota
mengerumuni jalan raya
lebuh raya
meninggalkan maju bandar raya
kembali ke sarang keluarga.
begitulah
sehari-hari aku meredah
pulang dari lelah
mencari rezeki lillah
dari lubuk pulang ke rumah.
sesak dan padat
kereta-kereta rapat
dari muatan kecil hingga berat
menempuh jalan penuh cermat.
di hujung bucu MRR2
Ampang ke Gombak
menyinggahlah aku
ke hulu aku berjejak
berbumbung biru
IIUM tanah ilmu dipajak.
oh bumbung biru
berseri-seri dari LPT
sepulang dari kampung halamanku
datang rasa berahi
rasa cinta untuk menuntut ilmu
seperti disuruh Junjungan Nabi.
kusambung pulang
Gombak ke Subang
meninggalkan kebun hebat
hatiku telah ditambat
ziarah kemarukku ini takkan tersia-sia
kerana Tuhan sedang memakbulkan permintaan hamba-Nya.
desa pandan
21 ogos 2023.
Ulasan