Tik Tok… Tik Tok… Yadiy merasa silau yang amat. Dia menghadang cahaya itu dengan kedua-dua lengannya. Sinaran itu begitu menyilaukan sehingga cahaya itu menolaknya jatuh. Dia menutup mata. Sesekali bunyi cahaya itu reda. Dan pandangan menjadi hitam pekat. Yadiy membuka semula matanya. Dia kini berada di dalam sebuah kegelapan, bagaikan di tengah belantara tanpa purnama. Pandangannya terhad, sesekali cahaya umpama kelip-kelip kelihatan. Tapi dia bukan berada di belantara. Entahlah, barangkali di sebuah padang, atau dikelilingi tembok yang menjaganya dari deruan bayu malam yang agresif. Dari jauh. Sebuah cahaya dari semacam mentol putih bersinar kecil dijejak matanya nun di sana. Yadiy merasa sangat hairan. Dia bangkitkan badan, mula berdiri. Kakinya terasa kebas semut. Digagahkan jua berjalan di tapak yang rata itu. Lantai simen itu seakan-akan membunuh nikmat hangat haba. Berjalan perlahan terus berjalan menuju ke arah cahaya itu. Mendekat...
tika telah sampai di puncak tiba masa untuk meretak telah diceroboh empunya teratak dek rakus tamak membuak-buak. satu persatu mereka jajah semakin luas menjelajah apa yang benar disanggah apa yang batil diangkat diluah orang-orang kita sanjung menyembah demi ringgit dan harta sanggup kedarah. menang mereka telah mengintai angkara puak-puak berkecai tanah kita perlahan-lahan digadai anak cucu nanti jadi pencacai. sudahnya bangsa kita hilang nyiru untuk menadah merempat dihalau penjarah tak guna lagi sumpah seranah tanah tumpah darah telah diperkosa itu - penyakau punah tak berselindung fitnah mencemar maruah. subang bestari 17 ogos 2023.