Tik Tok… Tik Tok…
Yadiy merasa silau
yang amat. Dia menghadang cahaya itu dengan kedua-dua lengannya. Sinaran itu
begitu menyilaukan sehingga cahaya itu menolaknya jatuh.
Dia menutup mata. Sesekali
bunyi cahaya itu reda. Dan pandangan menjadi hitam pekat.
Yadiy membuka semula
matanya. Dia kini berada di dalam sebuah kegelapan, bagaikan di tengah belantara tanpa purnama. Pandangannya terhad,
sesekali cahaya umpama kelip-kelip kelihatan. Tapi dia bukan berada di
belantara. Entahlah, barangkali di sebuah padang, atau dikelilingi tembok yang
menjaganya dari deruan bayu malam yang agresif.
Dari jauh. Sebuah
cahaya dari semacam mentol putih bersinar kecil dijejak matanya nun di sana.
Yadiy merasa sangat hairan. Dia bangkitkan badan, mula berdiri. Kakinya terasa
kebas semut. Digagahkan jua berjalan di tapak yang rata itu. Lantai simen itu
seakan-akan membunuh nikmat hangat haba. Berjalan perlahan terus berjalan
menuju ke arah cahaya itu.
Mendekati dan terus
mendekati. Cahaya itu seperti lubang terowong di Genting Sempah. Adakala besar,
adakalanya mengecil. Semakin dihampiri, ianya berubah-ubah saiz. Namun ianya
kekal menyala. Kaki terus menapak ke hadapan mencapai matlamat.
Sesekali, ada anak kerikil
mengganggu jalan menuju cahaya itu. Yadiy hampir tersadung dan menyepak
anak-anak batu itu untuk melancarkan jalan di hadapan. Anak-anak batu itu
barangkali anak batu, kerana kegelapan itu tidak menyatakan apa yang disepaknya.
Cahaya itu tidak menjawab apa yang disepak oleh kaki Yadiy.
Cahaya itu sudah
dekat. Ianya setinggi rumah dua tingkat. Cahaya itu menyinari tapi tidak
menyilaukan mata.
Yadiy masuk ke dalam
cahaya itu.
“Tempat apakah ini?,”
laung Yadiy bertanya sendiri. Dia tidak pasti adakah soalan itu akan terjawab
atau tidak.
Sehelai langsir
diselak buka. Ketika itu, punca cahaya itu diketahui Yadiy. Cahaya yang
bersinar dari tadi adalah dari sebuah lampu ultraungu. Lampu itu berada di
tengah sebuah dewan bedah yang tiba-tiba muncul. Yadiy jelas kehairanan, mengapa
cahaya itu yang menyinar? Berlalu dibalik cahaya ini, segala penjenayah mikro
telah dibunuh di udara. Kedua pula, mengapa dia dibawa ke sini? Ke bilik bedah
ini?
“Salam sejahtera,
Yadiy.,” suara itu menghilangkan kesunyian Yadiy. Dia ketakutan. Masakan satu
suara kedengaran dekat, tapi sekelilingnya sunyi.
Pintu ditolak. Kelibat
beberapa orang ‘doktor bedah’ mula masuk dan menghampiri Yadiy. Tempat gelap
tadi telah hilang dari persekitaran Yadiy. Ya, dia berada di sebuah dewan
bedah.
Mereka menghampiri
Yadiy dan mendedahkan wajah mereka. Wajah-wajah profesional mereka terserlah
dengan personaliti masing-masing. Tidak lupa juga, perkakasan pembedahan
seperti forsep, cangkuk, penjepit, pahat dan banyak lagi di atas meja beroda.
“Salam sejahtera,
selamat datang Yadiy.,” seorang lelaki yang berwajah tampan menyapa Yadiy.
Salam kali kedua itu menurunkan liang-liang romanya yang naik perlahan.
“Waalaikumsalam. Macam
mana doktor boleh tahu nama saya?” Yadiy bersulam diri hairan dan
tertanya-tanya.
“kami tahu kamu hidup
di dunia yang serba kurang ini Yadiy. Kami hadir membawa sinar baharu untuk
kamu.,” kata lelaki itu.
Yadiy terus menyelam
ke dasar kebingungan. Apakah ini? Apakah tiba-tiba ini? Persoalan apa yang
dibangkitkan orang asing ini? Dunia apa yang dia sedang cakapkan ini? Sinar apa
yang datang padanya.
“Yadiy, cuba kamu
renungkan hari-hari biasa kamu,” kata lelaki itu sambil memegang bahu Yadiy.
“kamu pernah disisih,
dikemudiankan, dinanti-nanti, dibuat menunggu, dikecualikan bahkan dipadamkan
dari masyarakat,”
“kamu dinafikan
kesamarataan dan layanan istimewa,”
“kamu dipandang biasa
walaupun berjuang bagai gunung,”
“kamu luar biasa tapi
pandangan mereka hanya biasa-biasa---,”
Yadiy mula memproses
kotak mindanya. Segala memori yang bergenang di sungai akalnya mula mengalir
mencari jawapannya. Kiasan bahasa itu dibuat petunjuk mencari jawapan yang
ingin dicari dan dipadan.
Lantas, perjalanan
minda yang memecut bagai cahaya mula terhenti pada suatu renungan. Sebuah jilid
kehidupan silam mula membelek ingatan bermula dari hari semalam.
Yadiy mula membahas
dalam diri. Dia seorang pelajar sekolah menengah di pinggir bandar ibu negara. Dia
seorang yang biasa-biasa. Pelajarannya cemerlang seperti kebanyakan. Dia punya
penampilan yang baik serta kehidupan yang sederhana.
Namun dari sudut yang
berbeza, masyarakat disekelilingnya mempunyai tanggapan yang kurang enak.
Ketika berada dalam kelas, prestasi pelajarannya yang bagus tidak dipuji pendidiknya
bahkan sahabatnya yang kacak, yang hensem walaupun baru mendaki penambahbaikan
pelajaran dihujani dengan sokongan dan dorongan kasih sayang dari gurunya.
Begitu juga rakan
sejantina sendiri ada yang menjauh dan membentuk sebuah kelompok; iaitu sebuah
kawanan sahabat yang hensem dan kacak sahaja. Hasilnya, yang ada rupa sahaja
dibuat kawan dan didampingi, disegani masyarakat.
Begitu juga rakan
lawan jantina, yang begitu memilih berkawan, acah ber’ajnabi’ dengan yang tidak
hensem, tapi bukan main gedik dan gelenya mereka dengan lelaki yang hensem.
Yadiy tahu bahawa
luahan dan pemberontakan hatinya tidak akan diengari sesiapa bahkan bakal
dipersendakan orang katanya, alah itu je, bukan benda besar pun yang terasa
sangat kenapa.
Begitu hakikat masyarakat
pada dirinya. Secara langsung merendahkan dirinya, terasa kecil walaupun di
dalam kelompok masyarakat yang besar, namun diperkecilkan kerana kurang
menarik.
Sedangkan Yadiy mula,
sedang bahkan sudah menjadi diri sendiri, mencipta penampilan seorang ‘Yadiy’
untuk memikat masyarakat, namun mata akhir zaman sudah buta.
Buta kerana rupa
adalah segalanya. Semua akan menafi, zahirnya mengiakan hujah pedih pada batin
mereka reda kerana inilah suatu zaman fitnah.
“Jadi bagaimana
Yadiy?,” pertanyaan itu menghentikan lamunan Yadiy yang menyedari silaunya
cahaya ultraungu yang memancar kearahnya.
Perasaan hairan, serba
salah serta takut bercampur-baur. Dia tidak tahu menahu apa yang doktor itu
tawarkan. Sedangkan dia lagi memikirkan apakah lamunan itu adalah jawapan
kepada persoalan mengapa dia berada disini, di kamar bedah ini?
“Yadiy, sesungguhnya
manusia itu akan dilayan baik sekiranya punya rupa paras yang indah. Sekiranya
tak berupa paras indah, manusia hilang sifat adilnya. Yadiy, dunia ini tercemar
mindanya. Kalau harapkan keindahan, rupalah jadi ukuran,” kata doktor itu
panjang lebar.
Perasaan Yadiy yang
bercampur-baur kini menerbit tangisan hati. Benar kata lelaki itu. Dunia ini
tidak adil. Yang kacak dan tampan dihormati, didahulukan, disayangi bahkan
diiring. Tapi yang yang biasa-biasa ini dicemuh dalam kedinginan. Layanannya
berbeza. Hakikat kekejaman duniawi ini terlalu membeban emosinya.
Pendek diam membentuk
bicara untuk kata putus. “doktor, ubahlah kehidupan saya ini dengan memberikan wajah
yang menyenangkan,.” Kata Yadiy lurus bagai dirasuk manis bahasa lelaki itu.
Lelaki itu tersenyum
bersalutkan jarum-jarum hasutan. Dia mula menekan sebuah alat yang tajam,
perlahan-lahan mendekatiwajah Yadiy seakan-akan perlahan menikam.
Satu rentapan menarik
pinggang Yadiy hingga nyaris rebah ke lantai.
“Dee, jangan Dee. Aku
sayangkan kau!!!,” suara penuh persahabatan kedengaran begitu dekat dengannya.
Sebuah lembaga manusia masuk dalam tempat bercahaya itu. Sahabatnya Hanif
memeluk erat Yadiy.
“Kau jangan cuba
jahanamkan sahabatku ini, doktor gila!,” Jerkah Hanif.
“Eh apa kau ni Hanif?
Kau tarik aku dari impian aku!,” jerkah Yadiy seolah membela ‘doktor’ itu.
“impian apa Dee? Dia nak toreh muka kau!,”
“ah, kau saja nak
rosakkan impian aku!,”
“rosakkan impian apa
wahai Yadiy sahabatku! Dia memang nak ‘rosakkan’ bukan sahaja impian, bahkan
kehidupan kau!,” seketika senyap. Hanif menyambung, “tak cukup ke apa yang kau
dah ada hari ini, Yadiy!,”
“ah, kau hensem dari
kecil bolehlah nak cakap apa pun, perempuan suka kau. Kau makan perempuan buat
video, tidur pun comel, masa raya ramai nak bergambar dengan kau. Kau dipuja,
orang tengok rupa dan beranggapan segala yang baik tersandar di bahu kau!,”
panjang ayat Yadiy membuat langit mula menurunkan hujan, guruh anak kedengaran.
Hanif terdiam. Segala yang
dikatakan Yadiy benar belaka tanpa perlu disanggah walau satu hujah. Ya, dia
memang kacak. Tampan dan segala yang indah lelaki ada padanya. Perempuan menyenangi
dirinya. Dia disukai kerana ketampanan rupa yang dianugerahkan padanya.
Hanif tidak pernah
merasa bagaimana hidup dengan kehidupan seorang yang tidak kacak. Kehidupan itu
tidaklah dijulang seperti bagaimana hidupnya.
Yadiy yang berdiri
kini lemah lalu bercangkung, menangis kesedihan. Hanif mula muhasabahdan
memahami isi hati Yadiy. Namun salah tetap salah. Mengubah diri demi kemuliaan
manusia itukan salah satu kehinaan buat Tuhan oleh manusia? Ciptaan tuhan tidak
pernah salah, bahkan tiapnya adalah anugerah.
“Dee, maafkan aku. Aku
rasa bersalah sangat,” Hanif mengusap bahu Yadiy dengan sesalan. Yadiy
mendongak lehernya. Memeluk erat Hanif.
Mereka berdua berjalan
beriringan, berpapah bahu tanda sahabat sejati. Mereke berdua saling tersenyum
dan berusaha untuk memahami antara satu
sama lain.
Pengajaran : Parasa
rupa bukanlah segalanya. Ya, perempuan senantiasa meletakkan pilihan; yang
kacak dan tampan disanjungi, yang kurang dikemudiankan jua. Tapi kita lelaki
jangan pernah merasa banding, kerana kuasa berada ditangan kita. Kita mengatasi
kaum hawa dalam segala bidang.
Bagi yang kurang
kacak. Yakinlah, anda adalah sesempurna manusia yang pernah wujud. Hikmah besar
yang anda ada ialah senyuman anda, menceriakan dunia.
Bagi yang kacak dan
tampan, belajar untuk memahami bagaimana perasaan layanan perempuan terhadap
anda dengan rakan anda yang kurang kacak adalah sangat jauh berbeza. Tidak guna
mengeluh kesah dengan secebis garam keluhan.
Bagi perempuan, sudah-sudahlah membuat lelaki seperti tong sampah kitar semula. Kertas, kaca dan aluminium diasing khusus pada tong berwarna. Sisanya anda buang beranggapan tiada makna. Lelaki ini juga seperti anda punya hati dan perasaan. Layanilah mereka sama rata.
-tamat-
Ulasan