Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2024

Sajak : aku telah kehilangan kehidupan

fajar bersemayam di kaki gunung telah kulihat suria menari-nari membawa khabar gembira pada dunia tetapi bukan pada ku diratib apa celaka yang bakal ku nanti. lima jari kaki asyik berdoa moga denai pakunya dalam lima jari tangan asyik mendada moga lalang akarnya kelam dalam puisi luka. nescaya ku cangkul tanah semangat berderai bahagia baja kusemai selama ini hanya sia-sia dikekah begitu sahaja pada serangga. aku telah kehilangan kehidupan ratap aku di batas bakti cacing dan beluncas ketawa mengilai telah mati diri ketika jasad masih bernyawa. desa pandan

Sajak : Masjid UIAM

terik suria pada jumaat mulia berpusu-pusu lelaki sasa menyembah Maha Esa. Masjid UIAM letaknya ditengah kebun ilmu berteduhkan kubah biru tak berjendela berangin lalu ku lihat insan-insan berteleku tak dilupa berdengkur huhu menanti azan Jumaat berkumandang mendengar khutbah dan sembahyang. tatkala Jumaat sedia mula khatib mendaki mimbar meratib zikir memeluk cokmar memberi pesanan dan ingatan di dalam bahasa kebangsaan kemudian kepada lingua franca buat kefahaman orang kelana diterjemah bait-bait kitab mulia supaya difahami erti isinya kelak menghindari tafsir membabi buta. khutbah selesai dibaca tiba masa menyembah yang Esa irama Khalaf Al Hamzah menggamit langka pada Fatihah rutin biasa disahut amin masjid bergema. Masjid UIAM satu tempat yang diimpi impian yang ditulis dalam diari dipuja dalam puisi hasrat hati ingin kesini menjadi ahli menadah 'degree' jihadku menuntut ilmu takkan pernah mati. Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM Gombak 7 Julai 2023.

Sajak : Masjid Shah Alam

memukau biru dari jauh nampak cantik jitu cahaya Islam terpancar tegak. besarnya rumah tuhan di kota negeri ini saking luasnya letihku bertawaf rumah suci ini. pepohon ranum menghijau biru-biru masjid ini serta membuatku kagum senibinanya sarat berisi. Subhanallah semoga ia tidak sia-sia dibina megah perkasa diikut imarahnya senantiasa. Masjid Negeri Shah Alam 7 Januari 2023

Diari Masjid : Masjid Universiti Mana Paling Cantik?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam pembaca semua! Terima kasih atas kesudian para pembaca kerana meluangkan masa membaca catatan pelbagai di blog ini.                  Dalam blog kali ini, Ihsan ingin kongsikan mengenai masjid universiti manakah yang paling cantik – pada pandangan seketul Ihsan. Dalam catatan sebelum ini, Ihsan membuat perbandingan antara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang mana Ihsan bandingkan diantara sistem pengajian, budaya dan senibina. Soal senibina barangkali remeh bagi sesetengah orang, tapi seorang peminat seni, Ihsan mengaguminya sebagai salah satu warna budaya dalam sesebuah bangsa. Letaknya senibina utama adalah di Masjidnya, menjadi gah sebuah taman ilmu.   Ruang solat utama Masjid UIA.                Bercakap soal masjid, bukan dua universiti itu sahaja yang Ihsan kunjung masjidnya, ada juga be...

Catatan dari Gimnasium: 3 Rahsia Badan yang 'FIT'

Assalamualaikum dan salam pembaca buat semua! Terima kasih atas kesudian para pembaca menekuni tiap-tiap entri yang ditulis di laman ini. Lembaran esei dengan secubit pengalaman tentunya memberi sedikit sebanyak maklumat untuk pembaca sekalian.   satu alat di gimnasium untuk membina lengan dan belakang badan.             Sebelum kita berbincang mengenai perbahasan esei kali ini, Ihsan ingin berkongsikan satu ‘masalah’. Ihsan dan barangkali sebahagian daripada pembaca kolum ini pastinya hendakkan tubuh badan yang sado, badan mantap bak kata orang muda. TAPI, malas nak bersenam, angkat dumbell atau minum protein. Yalah, malas merajai diri dan duitnya beterbangan ke tempat lain. Jadi, sebagai pemalas yang (rajin) bijak mencari jalan alternatif, tentunya kita akan berusaha untuk mencapai badan yang segak tanpa perlu berusaha keras.               Ya, terdapat bebera...