Langkau ke kandungan utama

Catatan dari Gimnasium: 3 Rahsia Badan yang 'FIT'

Assalamualaikum dan salam pembaca buat semua! Terima kasih atas kesudian para pembaca menekuni tiap-tiap entri yang ditulis di laman ini. Lembaran esei dengan secubit pengalaman tentunya memberi sedikit sebanyak maklumat untuk pembaca sekalian.

 

satu alat di gimnasium untuk membina lengan dan belakang badan.

            Sebelum kita berbincang mengenai perbahasan esei kali ini, Ihsan ingin berkongsikan satu ‘masalah’. Ihsan dan barangkali sebahagian daripada pembaca kolum ini pastinya hendakkan tubuh badan yang sado, badan mantap bak kata orang muda. TAPI, malas nak bersenam, angkat dumbell atau minum protein. Yalah, malas merajai diri dan duitnya beterbangan ke tempat lain. Jadi, sebagai pemalas yang (rajin) bijak mencari jalan alternatif, tentunya kita akan berusaha untuk mencapai badan yang segak tanpa perlu berusaha keras.

 

            Ya, terdapat beberapa cara lain untuk kita capai matlamat tubuh badan seperti jaguh Muay Thai atau tinju ini selain cara konvensional; pergi ke gimnasium dan main segala alat yang tersedia.

 

            Sedikit anekdot; suatu hari Ihsan makan nasi sambil menonton video di pelayar Facebook. Algoritma muka buku melencongkan sebuah video dari satu saluran pengkarya digital luar negara yang berkongsikan TIGA cara mudah untuk membina tubuh badan yang ‘FIT’!

 

            Pada mukadimah video tersebut, pengkarya itu telah menyebut bahawa untuk mencapai tubuh badan yang mantap sebenarnya tidak memerlukan kehadiran ke gimnasium, atau berjoging di taman riadah, sebaliknya matlamat tersebut boleh dicapai dengan menjaga 3 (TIGA) perkara penting ini.

 

            Barangkali ini adalah petua paling mudah untuk sang pemalas (HEHEHE)

 

Pertama; Tidur yang cukup. Kadar rehat tubuh badan sangat penting untuk kesihatan. Badan kita perlukan masa jedanya dari bekerja, mata perlu ditutup untuk satu tempoh masa untuk kesegaran penglihatan secara asasnya. Begitulah tubuh badan yang lain, perlukan masa rehat yang mencukupi. Pakar kesihatan umumnya menyarankan untuk tidur selama 6-8 jam sehari. Kiranya, tidur dalam pukul 11 malam, dan bangkit pada jam 5 pagi. Itu secara asasnya. Tubuh kita perlu dicas semula dan secukupnya bagi menghadapi hari esok.

            Elakkan tidur lewat di waktu malam, kerana ianya boleh mengundang kepada ketidakseimbangan hormon, proses penuaan lebih cepat bahkan lebih kritikal mengakibatkan angin ahmar. Kepada yang mengimpikan kulit muka yang bersih dan sihat, pastikan anda elak tidur lewat – melainkan anda sememangnya dilahirkan good-looking, menggunakan alasan air wudhu atau sekadar basuh muka.


            Tidur mencukupi dan bangun awal pagi juga sangat penting supaya kita dapat membersihkan diri sebaik mungkin, menunaikan solat Subuh di awal waktu seterusnya segar dalam menghadapi hari tersebut.

 

            Tidak dilupakan, napping atau tidur siang sangat memainkan peranan dalam rehat yang berkualiti. Di dalam Islam terdapat satu istilah disebut ‘qailulah’. Qailulah bermaksud berehat sebentar sama ada tidur ataupun tidak sebelum waktu Zuhur (rujuk Al Kafi li Al Fatawi #1032 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan). Qailulah sering disinonimkan sebagai persediaan Qiamullail pada sepertiga malam.

            Kedua; Minum air secukupnya. Bahasa mudahnya, air kosong hendaklah diminum dengan kadar yang mencukupi. Majoriti pakar membuat saranan untuk minum 2-2.5 liter air sehari, atau 8 gelas air. Badan kita memerlukan air untuk mencuci organ untuk berfungi dalam keadaan baik, memastikan tubuh badan kekal hidrasi dan sebagai sumber tenaga induk kita.

 

            Percaya atau tidak, dengan minum air kita boleh kurangkan berat badan kita walaupun tanpa bersenam. Satu petua utama; kurangkan atau elakkan minuman manis/bergula. Kalau rasa nak minum juga, minumlah dalam nisbah yang sedikit. Misalnya satu minuman bergula dibalas dengan lima air kosong. Kita semua tahu minuman bergula adalah salah satu punca kencing manis. Minum boleh, tetapi berpada-pada.

 

            Mesra diingatkan, air kosong juga perlu diminum berpada-pada, bagi sampai tahap cukup sahaja, jangan berlebihan. Ianya boleh mengundang penyakit ginjal.

 

            Ketiga; pemakanan. Tampak lewah bukan? Ini bukan pesan biasa. Sebenarnya, kita perlu tahu berapa amaun kalori yang perlu kita ambil sehari-hari. Amaun kalori kita berbeza mengikut tubuh badan ya, belum tentu sama dengan kawan kita. Contohnya, seorang yang kurus memerlukan 2300 kalori dalam sehari. Dan hasil jumlah penuh itu anda agih-agihkan mengikut berapa jumlah kalori yang perlu diambil semasa sarapan, makan tengah hari, makan malam bahkan kudap-kudap seharian anda. Buat pengiraan. Kemudian – ini bahagian paling pelik; teliti jadua kalori untuk setiap makanan yang anda ingin ambil. Misalnya kari ayam dalam 200 kcal, mi rebus dalam 670 kcal dan jus dalam kotak kira-kira 110 kcal. Janganlah lurus sangat, ambil kiraan bundar/kasar sahaja. Supaya kalian tahu berapa kalori yang pelru diambil tanpa terlebih.

 

            Selain itu, Ihsan selitkan petua dari orang-orang sado. Makan sumber yang mengandungi protein. Asasnya seperti ikan, dada ayam, telur mahupun susu. Sekiranya kalian seorang yang serius membina badan, belilah serbuk minuman protein yang ada tulis ‘Mass’ atau ‘Whey’ itu. Mereka kata kalau minum tu, kena main (gim). Kalau minum sahaja sekadar ikhtiar sado tapi tak main, ibarat kata pepatah mencurah air pada daun keladi semata-mata.

 

            Pastikan makan pada waktunya, lewatkan sarapan dalam pukul 9 ke 10 pagi. Makan secara bersederhana dan elakkan makan lewat malam. Makan lewat malam lepas itu terus baring tidur ‘kan tidak elok untuk kesihatan bukan?

 

            Namun sekiranya hendak makan besar seperti hari raya, sehari selepas gaji (self reward) tidak mengapa, Cuma jangan dijadikan rutin harian.

 

            Kalau hendak makan, makan sahaja. Jangan seksa diri. Emosi juga perlu dijaga, elakkan dari tekanan perasaan dan lapar.

 

            Sekian itu sahajalah 3 (TIGA) petua utama untuk membina tubuh badan yang mantap, atau ‘FIT’. Pokok pangkalnya jagalah kesihatan (secara lewahnya) dengan tidur yang berkualiti, minum air secukupnya dan jaga pemakanan harian. In shaa Allah, dengan izin-Nya kemantapan tubuh badan yang anggun kita dapat kecapi dengan jayanya!

 

17 Disember 2023, Pustaka Raja Tun Uda Shah Alam.


kredit gambar : Google Images

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Masjid yang Berdekatan dengan LRT, MRT dan Monorel

Assalamualaikum, apa khabar pembaca blog semua! Salam Ramadhan! Alang-alang sekarang ni PKPB, berjalan-jalanlah kita pergi bazaar Ramadhan dan solat Tarawih di masjid. Tapi pastikan kalian patuhi SOP ya. Saya duduk kat rumah sewa di KL ni, tak dapat balik lagi sebab tunggu barang Shopee tak sampai lagi. Barang tu bukan main lagi berjalan dari Petaling Jaya ke Bukit Bintang, ke Petaling Jaya hampir 3 kali. Sakit hati pun ada. Dugaanlah katakan.  Jadi, bila kat KL ni, nak juga berjalan-jalan selagi patuh SOP ni. Tarawih kat masjid-masjid besar pun menarik juga. Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda masjid-masjid yang korang boleh pergi solat tarawih di ibukota raya ni. Ecewah. kredit: https://www.klia2.info/rail/klia-transit/#check-klia-transit-fare Dari pelusuk manakah anda berada, turun di stesen...... 1. STESEN PASAR SENI : LRT Laluan Kelana Jaya/MRT Sungai Buloh - Kajang Masjid Negara. kredit: Pinterest Keluar melalui jejantas yang menuju ke stesen KTM Kuala ...

MENGAPA PILIH UKM BERBANDING UIA?

ini dari sudut pandangan peribadi seketul Ihsan Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Muda merupakan salah satu impian dalam lipatan kehidupan Ihsan. Sudah sekian 3 tahun Ihsan berada dalam industri Haji dan Umrah ini, Ihsan akui sangat seronok bekerja menyantuni bakal tetamu Allah.       Berbekalkan pengiktirafan pengajian dari Baitulmal, Alhamdulillah Ihsan dapat menyertai industri ini dengan jayanya lebih-lebih lagi sekarang (ketika esei ini ditulis), Ihsan sudah dua bulan berkhidmat di Andalusia Travel & Tours dekat ibu pejabatnya Desa Pandan.      Disamping usia yang semakin meningkat, ada baiknya untuk Ihsan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda, barangkali untuk mendapat gaji lebih lumayan, akan tetapi jauh di sudut niat Ihsan betul-betul memasang matlamat untuk sekadar menelaah ilmu dan memperkaya pengalaman.      Tapi, Ihsan nak sambung belajar di man...

Cerpen: Asyraf Safarahan 2

Ramai keliru, Fazwan ke Hazwan? Nah, sahabatku namanya Fazwan, aku ada adik lelaki bernama Hazwan. Jadi peninglah pembaca. Minta maaf. Sahabatku Fazwan banyak bertanya soalan dengan aku. Tanya apa saja yang dia nak tanya. Tapi banyak kepada penampilan. Pasal baju, pasal seluar, pasal rambut dan banyak lagi. Dia tak suka sembang pasal perempuan. Yelah, dia tak hensem pun. Tapi, dia ada usaha untuk menarik perhatian perempuan. Dia seorang yang rajin belajar. Dia pandai matematik. Dia kritis orangnya. Kreatif pun kreatif. Dia suka tulis cerpen. Karya dia pernah tersiar di The Harapan Post. Hebat orangnya. Tapi perempuan pilih rupa. Takde apalah.   Apapun, setiap pertanyaannya, aku akan cuba bagi jawapan yang terbaik. Aku tak suka memberi jawapan yang menghampakan. Tatkala tindakan dimulakan, itu adalah gerak kerja yang baik. Tapi, menahan sahaja yang mampu. Yelah, apakan daya perancangan itu urusan tuhan.   “Asyraf, hensem tak aku pakai baju turtleneck?,” tanya Fazwan. Ai...