Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2020

Ulasan: Siri Cerpen Asyraf Safarahan

  Video Promo AS 1-5 Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani   Sebagai penulis Siri Cerpen Asyraf Safarahan, saya ingin menyatakan setinggi-tinggi terima kasih buat pembaca yang berjaya mengkhatamkan siri ini sebanyak 7 episod. Anda adalah pembaca yang saya sayangi.   Sebagai pendahuluan, coretan ini adalah untuk saya ulaskan komentar profesional mengenai karya saya, Asyraf Safarahan.   Siapakah Asyraf Safarahan ini? Dari mana dia berasal? Baiklah, Asyraf merupakan seorang watak fiksyen dalam cerpen ini. Safarahan merujuk kepada sebuah bandar, di Osani. Osani merupakan sebuah negara khayalan saya. Saya ada impian untuk menulis novel yang mungkin berjudul ‘Pada Suatu Osani Dahulu’ suatu hari nanti untuk mengembangkan tentang imaginasi ini. Ianya 100% fiksyen rekaan semata-mata. Jangan percaya wujud pula.   Kenapa Asyraf disandarkan dengan Safarahan iaitu nama tempat? Biasanya kalau kita tengok nama ulama atau tokoh lama, nama mer...

Cerpen: Hafizah Solehah

  Assalamualaikum dan hai semua, nama aku Hafizah. Hafizah Solehah. Aku seorang siswa. Aku belajar di Universiti Al-Bukhari Safarahan. Betul, satu pengajian dengan Asyraf ‘Safarahan’ tu J. Tapi aku belajar je kat Safarahan, aku bukan asal sana pun. Aku asal dari Changkat Membaca. 120KM dari Safarahan. Takpelah itu abaikan je.   Sebelum aku cerita pasal diri aku, aku nak cerita pasal Asyraf. Dia ni bolehlah kira hensem tu, innocent je orangnya. Muka flawless gitu. Sekali dia senyum, memang cairlah. Dia pun jarang berbual dengan perempuan. Tapi bila bercakap, sopan-sopan je. Dahlah gentle lagi. Macam oppa-oppa sikit. Dengan rambut tu tapi tak nampak poyo sangat. Eh, melebih pulak. Hahaha.   Ha, Fanin dan Lara tu kawan aku. Diorang anak orang kaya di Safarahan. Jangan main-main. Tapi low profile. Pakai biasa-biasa je pergi kelas. Takde nak gah sangat. Diorang ni antara sahabat perempuan Asyraf jugak. Hehehe.   Aku ni biasa-biasa je. Aku takdelah secantik Fan...

Sajak: Biskut

  biskut, alangkah sedapnya biskut, hati ini telah dihasut, rasa enak saling menyambut, fikiranku yang kusut, kini telah lembut, tak lagi berserabut, rapuhnya sambil menghentak kasut. Sumber gambar: Pinterest

Sajak: Rambut

  ku usap rambut yang kusut-kusut sikat tika kalut layan saja tak kabut.   duhai rambut saat panjang kau berserabut bila disisir tersangkut ada gugur ada cabut basah rambut sisir kepala lembut.

Sajak: Bebanan Urban

  kicau burung kecewa menghurung masalah belia baharu menyelubung hakiki terkurung.   ku pandang sejenak insan muda mudi berzaman kanak-kanak asyik dilamun cinta palsu rosak leka terlanjur haram dibiak.   wahai remaja bergelang dewasa sedarkah dikau akan binasa? binasa dengan mawar hitam lagi beracun nafsu cinta saling dukun lena dibuai dodoi maksiat iblis berpesta menambah rakyat pada api hitam kulit disiat.   wahai remaja bangun! tidak, kau akan terus hanyut kau malas menunggu surut tanpa kami yang menghulur tangan kau lepaskan demi kenikmatan cinta busuk bagai najis tersadai di empangan.   burung tetap berkicau nadi umat terus meracau tanpa ikhtiar pemuda kacau bilau tali putus segera ikat buku sila cinta retak segera salin teman mesra lalai lalai lalai!!!   di bawah langit Tanah Melayu ini akan dikesali hal kecil dipencil sedangkan hal ini masalah menjegil mata-mata pendakwah ...

Sajak: Akhiri Penantianku

  aku menanti diam cinta melewati tertanya-tanya hati apakah rasa hati?   rasaku kosong jiwa bagai gelanggang sepi   bergema tercari-cari diri apakah yang aku cerapi selama ini?   aku berjasad maahad mengembara diri ke ibu balad ku ingin meminta tapi tak tahu apa tak tahu mengapa keliru menunggu sesuatu cinta Tuhan yang Satu.   airmataku bercucur tubuhku sungkur mengadu seru menyusur petunjuk hidayah Allah Maha Agung.   Ya Allah Tuhanku akhiri penantianku hidayahMu dambaanku.

Sajak: Dilema Tak Terungkap

  kian hari meniti waktu sembahyang mengira kali tatkala mereka berlenang hati mengerja buat sehari-hari sedang aku tenang berisi resah buak-buak dalam diri.   selang mentari melabuh ada keluh yang tumbuh tangis nurani dikala sujud subuh adakah amalanku dilangit ia berlabuh ? atau tergantung ragu utuh ?   aku sudah biasa penemuan harian mataku bersahaja terkadang sang api menghembus nafas keraguan aku penat pendirianku tenat apa lagi inginku perbuat namun ku anggap ini suatu ujian dari esa Tuhan Ya Allah, tingkatkan bagiku darjat keimanan.

Sajak: Sushi Seringgit

ada satu masa inginku tukar selera lidah tak selamanya terbiasa mendidik diri meneroka menceria diri dari sajian biasa kepada sehidangan yang langka. jejakku di AEON Maluri hasrat dah lama membuku dihati ingin ku jamah seketul sushi juadah autentik dari Negara Wari. ku lalu legarnya melintasi premis yang aneka dari Starbucks hitam menawan hingga McDip yang mengasyikkan aku tiba pada matlamat ke singgah saji yang padat. lantuh-lantuh tersusun rapi aneka isi dan inti rambang mataku melilit tapi niatku hanya pada yang seringgit. oh enaknya lantuh Tuna Mayo lazat lantuh Salmon mentah kononnya sihat bismillah melatar berkat. burpp kenyangnya  tiga ketul lantuh saja leganya bukan biasa alahai sekali sekala apa salahnya bulan depan lagi kita merasa. penggunaan Beka Melayu (Lidah Melayu) dalam sajak ini ialah: Wari - negara Jepun Lantuh - Sushi

Cerpen: Asyraf Safarahan 7

  Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir dan Batin. Inilah tahun pertama aku beraya alam siswa. Dah Sembilan belas tahun meraikan hari kemenangan ini. Alhamdulillah, aku berjaya juga khatamkan Al-Quran dan kejar malam kemuliaan. Liat juga sebenarnya nak bangun malam tapi kalau digagahkan In Shaa Allah akan terbiasa.   Gema takbir bergema menanda Aidilfitri menjelma. Masjid Besar Safarahan penuh meriah dengan pelbagai golongan umur. Bersyukur seadanya bak lagu Hael Husaini pabila Syawal menjelma.   Pagi raya. Aku bangun awal hari ini. Syukur terbiasa bangun awal sebelum sahur, harap-harap berkekalanlah tabiat ni. Hahaha. Aku pakai baju Melayu fit berwarna biru pastel. Saiz M ni memang ngam dengan aku. Pakai pula dengan sampin. Songkok disarung atas kepala. Fulamak, persis bakal suami awak. Ecece. Berbutangkan keris, sapu tangan yang aku rasa tak perlu aku selitkan dalam kocek, dan pakai pulak sandal.   Keluar bilik, terlihat Hazwan dan Insyirah sudah ber...

Cerpen: Asyraf Safarahan 6

  Mendung kian mengkelabukan langit. Aku bergegas ke tempat teduh. Ditengah-tengah kota teknologi ini, senang sahaja nak mencari perteduhan.   Aku berteduh di hadapan sebuah kafe di deretan kedai. Nasib baik alat tulis yang dikirim Insyirah sudah aku beli. Cuma aku punya fon kepala yang dibaiki tempoh hari sepatutnya kena ambil hari ini belum diambil lagi. Esok-esok sahajalah kalau tak sempat harini.   Sedang hujan sedang memandikan jalan-jalan kota, aku pula berdiri diam di hadapan kafe, di tangan kanan menjinjit beg kanvas berisi alat tulis kiriman Insyirah dan payung di tangan kiri. Sedang aku menunggu hujan reda, ada suara menyapa dekat. Irama hujan menyamarkan suara itu. Aku pun berpaling ke arah kafe.   Eh, ada wajah yang aku kenali. “Asyraf, Asyraf!,” suara itu memanggil dan melambai aku. Wah, Raihan rupanya. Sahabat aku dari sekolah menengah.   “Assalamualaikum, Han! Lama tak nampak kau, suara kau kan tadi?,”   “Waalaikumsalam, s...

Cerpen: Asyraf Safarahan 5

  Aku tak boleh lupakan kejadian hari ini. Sekelip mata, sekarang aku sudah berada di hadapan dewan kecemasan Pusat Kesihatan Cempaka. Sumpah aku trauma. Luka kelar di tangan aku juga di kaki aku tidak terkecuali walaupun sudah bermandi losen kuning dan berbaju kain kasa. Menemani aku, sahabat karibku Fazwan.   “along, sayang tak apa-apa?,” kelibat ibuku mula menyergah. Aku mula mendongak pada ibuku. Barangkali Fazwan menghubunginya tadi. Ibuku mencucurkan airmatanya tanpa tahan lagi. Ibu mana yang tak sayangkan anak. Lagipula, aku ni anak sulung, harapan keluarga. Namun apakan daya, aku tak minta ini terjadi.   Fazwan setia menunggu aku. Ibu aku berpesan padanya agar menjaga aku dengan baik. Aku berasa serba salah. Fazwan tak kisah, sebagai sahabat dia bertanggungjawab ke atas sahabatnya. Kisahnya bermula awal pagi tadi………     Fazwan ajak aku pergi jogging dekat Taman Tasik Bintangor. Dia pulak ride aku naik keretanya. Taman Tasik Bintangor tu...