Selamat
Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir dan Batin. Inilah tahun pertama aku beraya
alam siswa. Dah Sembilan belas tahun meraikan hari kemenangan ini.
Alhamdulillah, aku berjaya juga khatamkan Al-Quran dan kejar malam kemuliaan.
Liat juga sebenarnya nak bangun malam tapi kalau digagahkan In Shaa Allah akan
terbiasa.
Gema
takbir bergema menanda Aidilfitri menjelma. Masjid Besar Safarahan penuh meriah
dengan pelbagai golongan umur. Bersyukur seadanya bak lagu Hael Husaini pabila
Syawal menjelma.
Pagi
raya. Aku bangun awal hari ini. Syukur terbiasa bangun awal sebelum sahur,
harap-harap berkekalanlah tabiat ni. Hahaha. Aku pakai baju Melayu fit berwarna
biru pastel. Saiz M ni memang ngam dengan aku. Pakai pula dengan sampin.
Songkok disarung atas kepala. Fulamak, persis bakal suami awak. Ecece.
Berbutangkan keris, sapu tangan yang aku rasa tak perlu aku selitkan dalam
kocek, dan pakai pulak sandal.
Keluar
bilik, terlihat Hazwan dan Insyirah sudah bersiap. Hazwan pun apa kurang
kacaknya, sampin sahaja lain warna. Insyirah pula berbaju kurung corak songket
Melayu yang menawan. Bukan main berseri-seri diorang ni. Hazwan tu sebenarnya
tercabar juga sebab dia lagi hensem daripada aku ni.
“wah,
tampannya abang-abang aku ni, taklama lagi dapatlah acik kakak ipar ni,”
seloroh Insyirah.
“mestilah,
tengoklah abang sapa, ni acik nak berapa kakak ipar?,” sinis Hazwan. Oh bukan
main eh nak berapa-berapa.
Gema
takbir di televisyen mensyahdukan jiwa. Disaat dunia sedang bergelut dengan
pandemik COVID-19 yang mengerikan, aku bersyukur menjadi anak kelahiran Osani
yang bertindak awal menutup pintu sempadan dan sehingga ke hari ini masih sifar
kes COVID-19. Maka Syawal keriangan ini hanya dirasakan di sini sahaja,
melainkan ceruk dunia yang lain berkurung dari wabak.
“Along,
angah, acik, mari makan sebelum solat,” Ibuku memanggil dari arah dapur. Aku
bersama adik-adikku menuju ke ruang makan.
Wah,
aneka juadah terhidang sungguh enak. Rendang ayam, nasi impit, ketupat palas,
tapai serta kuih muih. Apa lagi, hilang hensem kita bedal je. Bismillah jangan
dilupa. Masakan ibu yang paling sedap di dunia dan paling diingati.
Sedang
makan, ayah baru keluar bilik. Uii, lain macam. Siap bertanjak lagi. Macam nak
pasang satu lagi je hahaha. Ayah menyertai kami makan.
Seusai
makan, aku memandu keluarga ke Masjid Besar Safarahan. Subhanallah, ramainya
orang. Biasanya, ada orang Malaysia dan warga Nusantara lain beraya sekali
disini kalau tak balik sana. Tapi sekarang, hanya orang tempatan sahaja. Orang
Malaysia yang tak mahu balik pun ada juga. Rasa indah hari raya kali ini meriah
dengan caranya tersendiri.
Seusai
takbir, sembahyang raya didirikan. Khutbah pula berisi sarat dengan pengajaran
dan ibrah sempena wabak ini. Ianya tidak dirasakan disini namun, ianya diratapi
oleh penduduk dunia. COVID-19 barangkali ianya konspirasi yang diwujudkan dari
manusia untuk manusia, namun dari sudut yang lebih gagah, ianya merupakan
sebuah ujian dari Allah buat umat manusia moden hari ini. Lihat, dahulu Allah
menurunkan azab tenggelamnya bumi melalui banjir besar di zaman Nabi Nuh A.S.
bagi membersihkan kemungkaran(penyembahan berhala) di bumi. Hari ini, dengan
kemungkaran yang lebih teruk dan dahsyat seperti penghalalan LGBT, zina bebas,
menafikan kemenangan Islam dan mengetepikan Al-Quran dari panduan negara jelas
mengundang tentera Allah bernama Koronavirus memberi kesedaran kepada manusia.
Bongkak manusia takkan boleh mencabar kekuasaan Maha Esa.
Bersalam-salaman,
bermaaf-maafan. Kawan aku ramai disini. Hazwan pun ada sekali. Itu belum Raihan
dan rakan sekelas yang lain. Bersalaman, berpelukan dan berselfie. Selfie tu
kira wajib kutt kalau jumpa. Tapi boomerang tu takkan eh. Hahaha.
Pulang
ke rumah, beraya di rumah dulu. Balik pun makan lagi. Kemudian ibu dan ayah
memanggil. Bersalaman dan bermaafan macam iklan Petronas tu. Asalkan umur 19
macam aku ni pun masih dapat duit raya. OSR150 lagi. Puas hati.
Ibu
kata ada orang nak datang. Kiranya terperap kat rumah lah ni sebelum pergi
beraya kat mana-mana. Tengok-tengok pakcik aku dari Liverpool dan makcik aku
dari Kaherah yang balik bulan lepas rupanya. Meriah ni. Dibawanya laksam,
lontong dan tempe goreng. Asik ni. Makin hilang hensem kalau macam ni. Hahaha.
Penceritaan
ini macam lirik lagu raya yang korang selalu dengar tu. Juadah-juadah, makan
bersama sepotong kuih bagai, Basmalah jangan dilupa ha lebih kuranglah. Makcik
dan pakcik aku ni kebanyakannya dah kahwin, aku pun masyuklah apa lagi. Sepupu
pun baru sekolah rendah kebanyakannya. Biasanya orang hensem macam aku ni
sepupu mesti perempuan gedik tahap dewa tapi aku tak. Aku pun tak faham jenis
famili macam tu. Perlukah nak gedik dengan sepupu sendiri? Ajnabi kutt
agak-agaklah. Nasib baik, saudara-mara aku kebanyakannya hafiz dan hafizah, diorang
sporting, masuk air tapi ada limit. Tu yang best kalau lepak ngan diorang.
Raya-raya
tak masuk zuhur lagi dan dapat OSR550. Ni rezeki COVID ni. Alhamdulillah pakcik
makcik aku dapat balik daripada terperap kat luar negara yang bergelumang
dengan wabak.
Sesungguhnya
hari raya kali ini berlainan dengan Syawal yang sebelumnya. Begitu juga
Ramadhan yang berubah 360. Tahun lepas kita riang iftar hari ini masjid lain
esok masjid lain, namun tahun ini iftar di rumah sahaja. Tahun umrah Ramadhan
sepi melainkan orang disana sahaja. Ini adalah pengalaman. Dunia boleh berlaku
apa sahaja sekarang ni. Sama ada ianya konspirasi semata mahupun sebuah amaran
alam sekitar, ketahuilah ini ialah peluang menambah ibadah buat manusia yang
lalai.
Selamat
Hari Raya. Raya dah habis baru baca cerpen ni eh hahaha.
-tamat-
Sumber gambar: Pinterest
Ulasan