Mendung
kian mengkelabukan langit. Aku bergegas ke tempat teduh. Ditengah-tengah kota
teknologi ini, senang sahaja nak mencari perteduhan.
Aku
berteduh di hadapan sebuah kafe di deretan kedai. Nasib baik alat tulis yang
dikirim Insyirah sudah aku beli. Cuma aku punya fon kepala yang dibaiki tempoh
hari sepatutnya kena ambil hari ini belum diambil lagi. Esok-esok sahajalah
kalau tak sempat harini.
Sedang
hujan sedang memandikan jalan-jalan kota, aku pula berdiri diam di hadapan
kafe, di tangan kanan menjinjit beg kanvas berisi alat tulis kiriman Insyirah
dan payung di tangan kiri. Sedang aku menunggu hujan reda, ada suara menyapa
dekat. Irama hujan menyamarkan suara itu. Aku pun berpaling ke arah kafe.
Eh,
ada wajah yang aku kenali. “Asyraf, Asyraf!,” suara itu memanggil dan melambai
aku. Wah, Raihan rupanya. Sahabat aku dari sekolah menengah.
“Assalamualaikum,
Han! Lama tak nampak kau, suara kau kan tadi?,”
“Waalaikumsalam,
suara aku lah tadi, Raf. Uii, makin hensem eh kau,” Raihan membalas salam aku.
Lepastu macam biasa, puji aku. Aku kadang kekok jugak lelaki puji aku hensem
ni. Bukan dia sorang, semua orang memang puji aku hensem. Perempuan tu biasa,
laki ni kureng sikit. Hahaha.
Raihan
ni lama jugak tak jumpa dia. Sejak keluar dari sekolah menengah, kami terus
bawa haluan masing-masing. Aku pergi Al-Bukhari, dia pergi Darul Fitaya.
Al-Azhar versi Osani. Orangnya pandai, petah berkata-kata dan sporting. Aku
dengan dia memang ibarat isi dengan kukulah katakan. Tapi beza dengan
perempuan. Perempuan ada soulmate, kawan dengan sorang je. Lelaki tak. Lelaki
biasanya kawan dengan semua orang. Takde lebihkan seseorang member lelaki
berbanding yang lain. Tapi Raihan ni memang kawan rapat sebab duduk
sebelah-sebelah masa sekolah dulu.
“Han,
kau macam mana sekarang? Okay tak belajar? DF kutt,” aku menanya khabar Raihan.
“aku
macam ni jelah. DF tu nama tempat aku belajar, kalau aku tak perform tu bukan
salah DF, tu salah aku,” uish, merendah diri si Raihan ni. Biasa
bongkak-bongkak kelakar dia ni.
“kau
macam mana pulak Raf? Dah ada yang punya ke? Ececece,” si Raihan ni. Memang,
lepas puji hensem, tanya pulak ada awek ke tak. Aku pun muak ngan soalan ni.
Hahaha. Aku nak ada yang punya lambat lagi weyy, takde sapa nak huhu.
“kau
tak payah sembanglah, muka putih, hensem, mata biru, ala-ala K-pop ni perempuan
tak pandang lagi? Buta ke perempuan dalam dunia ni?,” Raihan berjenaka. Aku
ketawa. Eh, air belum dipesan lagi. Raihan belanja ni. Aku memesan susu coklat.
“Han,
kau ingat tak masa sekolah dulu, rindu duhh,” aku pun buka topik pasal sekolah
dulu. Rindu bila bernostalgia ni. Masa sekolah menengah dulu memang orang kata
mencabar sentiasa. Sekolah Tinggi Taman Bahtera dulu bukan calang-calang
sekolah. Disitulah aku mengenal dunia ecewah.
“kau
ada kenangan manis je Raf kat sana. Aku ni malas lah nak bernostalgia. Sekolah
je bagus, orang didalamnya pilih kasih pilih kasih pilih kasih,” keluh Raihan. Nampaknya
topik aku buka ni tak jadi lah ni.
“kenapa
Han?,” tanya aku.
“kenapa
kau kata? Kau sendiri tengok layanan Cikgu Fatihah antara kau dengan aku. Dia
layan elok je pelajar yang hensem macam kau. Pelajar tak hensem macam aku ni,
diketepikan. Kau tak faham persamaan kuadratik, dia bimbing kau muka ke muka
sampai kau faham. Sedangkan aku, disuruh beri perhatian dalam kelas. Aku ingat
sampai sekarang peristiwa tu,” nyata peristiwa itu memberi kesan mendalam pada
Raihan. Aku bukan nak kata Raihan seorang yang sensitif ke apa, tapi dia
seorang yang pengingat. Cikgu Fatihah tu pun satu, disebabkan belum kahwin,
cikgu praktikal kan. Lepastu bagi layanan berbeza dengan anak murid.
Cikgu-cikgu lain atau pelajar lain takkan perasan benda ni. diorang akan anggap
benda ni benda biasa, rilek-rilek sudah. Raihan bukanlah nak kata benda ni
suatu ketidak adilan atau kezaliman ke apa, tapi fikirlah. Sebagai seorang guru
tak boleh yang membezakan layanan terhadap anak murid. Mentang-mentang anak
murid hensem nak bagi layanan istimewa.
Menurut
Raihan, ketika matapelajaran Sejarah Alam Melayu, dia masih ingat Cikgu Faizah.
Cikgu Faizah bila denda pelajar hensem dia suruh berdiri sahaja. Tapi kalau
pelajar yang tak hensem dia suruh berdiri atas kerusi. Lepastu bila dia jerkah,
nak dekat empat buah kelas jiran boleh dengar.
Aku
faham kenapa Raihan cerita macam ni. Aku suka dengar luahan dia. Sebagai
sahabat, kalau aku tak boleh ubah benda ni, sekurang-kurangnya aku dengar
luahan ini. Betul kata dia tu. Oleh kerana guru, yang mendidiknya, dia hormat
dan tidak meng-isukan perkara ni. Dia pernah buat kata pikat (pickup-line)
saja-saja kat Ustazah Tasmin, sebab Ustazah Tasmin cikgu praktikal muda,
lepasan Azhar. Tapi dia tak cair langsung. Tapi bila aku senyum, ustazah berbalas
senyuman pula. Ececece.
Raihan
seorang yang bersahaja. Dia takde pula nak stres ke apa. Cuma faham-fahamlah
sekolah macam mana kan.
Dia
masih ingat waktu di kantin. Dia beratur panjang dalam barisan ketika mahu beli
nasi lemak. Tup tup dari arah berlawanan ada seorang laki hensem terus ke
kaunter dan memesan. Dia pesan terus bayar terus dapat. Akak kantin muda tu
terus bagi layanan VVIP kat laki tu. Sedangkan Raihan sedang beratur dalam
barisan terus memerhati. Rupalistik akak ni. Mentang-mentang hensem terus
awalkan urusan dia. Ingat laki tak hensem ni tak lapar jugak ke? Huh. Serius
cakap, majoriti orang tak nampak benda ni. Situasi ni zahir di hadapan mata,
tapi orang buat tak endah. Rupalistik ni kat mana je ada. Tak perlu tunggu
tempat. Tak kira tua muda. Susah nak jumpa perempuan yang adil layanannya
terhadap lelaki ni. Ada, tapi susah nak jumpa.
Tadi
cerita cikgu, cerita akak kantin. Huh, yang dalam kelas lagilah. Aku dengan
Raihan kelas campur masuk 2 tahun terakhir pengajian. Aku tak biasa sebenarnya
sebab aku sekolah rendah sekolah lelaki, lepastu bila masuk sekolah tinggi pun
kelas lelaki lagi lepastu dua tahun terakhir baru kelas campur. Kekok tu adalah
sikit.
Yang
ni biar aku cerita dulu. Perempuan bila kelas campur, lagi-lagi yang gedik ha
mulalah nak beraksi. Nak bincang apa-apa, tak faham apa-apa terus nak tanya
lelaki. Tanyalah sesame jantina dulu. Lepastu nak tanya tu pulak tanya laki
hensem je. Disebabkan aku pro Matematik sikit sebab cikgu Fatihah ajar aku
terus nak tanya aku itulah, inilah. Kadang dah faham pun masih acah nak tolong
tengokkan jawapan betul ke tak. Ikhtilat takyah cerita lah. Raihan duduk
sebelah aku tahulah macam mana.
Masuk
kelas campur ni mulalah pelajar perempuan nak buat acara itu ini. Nak bakar
ayamlah, nak buat bajulah nak sesi bergambarlah. Kelas campur aku tu tolak
Raihan je yang tak hensem hahaha gurau yang lain semua hensem. Ha terus makin
gediklah diorang. Yang gedik sebenarnya seorang dua je. Yang lain jadi ekor.
Aku dulu pernah juga terjebak. Ada makan-makan satu kelas dekat Restoran Yum
Yum Arirang, makan makanan Korea. Lepastu perempuan dah habis makan mulalah
angkat telefon pintar nak berswafoto. Biasa, orang hensem memang orang nak
bergambar. Tapi sekarang aku dah malas sikit.
Raihan
cerita, dulu masa kelas campur, perempuan sekelas mesti dahulukan laki hensem
dulu. Walaupun dia dapat juga akhirnya tapi yelah, dah dia sampai dulu, patut
dia ambil dulu. Aku memang ada je yang bagi terus soalan ke nota kat aku secara
peribadi. Raihan tak pernah ambilkan untuk aku. Sebab ada je yang bagi aku
terus. Perempuan lah sapa lagi.
Bila
sambut harijadi, walaupun aku sebenarnya ingat-ingat macam tu je, tup tup ada
kek berlilin, pulut kuning hinggalah hadiah. Pertama dan terutama, aku tak
mintak eh. Bagi macam-macam. Perempuan apa lagi nak bagi coklat, jam tangan,
air bau sampaikan ada yang bagi sarung telefon. Sarung telefon tu aku bagi kat
sepupu aku tak silap. Malas aku nak pakai. Dekat Whatsapp ni berjujuk orang
wish selamat hari jadi. Perempuan rupalistik pulak buat status muka aku. Aku
tah, tak tahu nak komen apa.
Masa
Raihan takde pulak wish ke hadiah-hadiah ni. Nampak tak? Ni tak lain tak bukan
RUPALISTIK lah wei. Perempuan takde hujah nak lawan fakta ni. Hah ambik.
Hahaha.
“tapi
Asyraf, biasalah inikan hakikat dunia. Setiap apa yang Allah susun ada hikmah
disebaliknya. Perempuan, biasalah. Sedangkan kasut nak pakai kat kaki pun kena
yang lawa inikan pula manusia. Fitrah manusia itu sukakan keindahan. Tapi
berpada-padalah. Adillah layanan tu,” kata Raihan. Suaranya makin jelas
kedengaran. Bising hujan kian merendah volumnya. Tahulah tangisan awan mula
beransur pulih.
Betul
kata Raihan. Kita tak boleh lari dari menerima hakikat. Ada benda kita boleh
ubah, ada benda yang orang tu kena berubah. Ada juga saat dimana kita kena
redha, inilah dugaan. Apa yang penting, bersyukur seadanya dengan kurniaan
Allah. Kalau muka tak hensem takpe, asalkan sembahyang tak tinggal, berbuat
baik kepada ibu bapa dan basuh pinggan lepas makan. Kat luar sana, berlambak
laki hensem tapi bercouple sana sini, mendedahkan aurat mahupun sombong.
Rupalistik tu fikir-fikirkanlah. Rupa tu boleh buat beli lampin dengan beras
ke? Tanya je.
-tamat-
Sumber gambar: Pinterest
Ulasan