Langkau ke kandungan utama

Ulasan: Siri Cerpen Asyraf Safarahan

 


Video Promo AS 1-5

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

 

Sebagai penulis Siri Cerpen Asyraf Safarahan, saya ingin menyatakan setinggi-tinggi terima kasih buat pembaca yang berjaya mengkhatamkan siri ini sebanyak 7 episod. Anda adalah pembaca yang saya sayangi.

 

Sebagai pendahuluan, coretan ini adalah untuk saya ulaskan komentar profesional mengenai karya saya, Asyraf Safarahan.

 

Siapakah Asyraf Safarahan ini? Dari mana dia berasal? Baiklah, Asyraf merupakan seorang watak fiksyen dalam cerpen ini. Safarahan merujuk kepada sebuah bandar, di Osani. Osani merupakan sebuah negara khayalan saya. Saya ada impian untuk menulis novel yang mungkin berjudul ‘Pada Suatu Osani Dahulu’ suatu hari nanti untuk mengembangkan tentang imaginasi ini. Ianya 100% fiksyen rekaan semata-mata. Jangan percaya wujud pula.

 

Kenapa Asyraf disandarkan dengan Safarahan iaitu nama tempat? Biasanya kalau kita tengok nama ulama atau tokoh lama, nama mereka banyak disandarkan dengan nama tempat. Apa kaitan, entahlah. Saya ambil inspirasi sahaja.

 

Asyraf merupakan seorang siswa universiti yang berwajah tampan (ciri-cirinya ada pada AS1) yang secara hakikatnya dewasa ini menjadi idaman perempuan. Itu tak boleh nafi, meskipun perempuan tu kata dia tak pilih rupa, kita lelaki ni ragu sikit kata-kata itu. Hari ini, anak muda kita banyak tertumpu kearah Timur seperti Korea dan Jepun. Standard kecantikan itu mula menyerap perlahan di negara kita. saya akan cuba kembangkan dalam ulasan ini sebentar lagi.

 

Jadi, melalui watak Asyraf ini saya cuba kupas perkara yang dianggap remeh oleh majoriti masyarakat. Masyarakat hari ini sejujurnya mengamalkan sikap pilih rupa. Saya tahu ada yang akan melenting membela. Inilah hakikat.

 

Saya tumpukan kepada perempuan usia belia. Mereka realitinya terdedah dengan Instagram, Twitter mahupun TikTok. Pada laman tersebut ada lelaki hensem, mencairkan mereka hanya dengan senyuman. Dulu, mungkin cair dengan cover lagu hits itupun dah nak mengaku crushlah apalah.

 

Bahkan hari ini lebih merunsingkan. Orang hensem sekarang sudah mula jadi pemengaruh sosial (social influencer) yang menfokuskan dakwah. Saya tak mahu menyatakan nama atau menghurai ini lebih panjang. Perempuan komen; bagusnya dakwah, dakwah yang sampai, dakwah yang bagus. Saya nak tanyalah, adakah anda fokus pada isi dakwah atau kerana rupa si pendakwah? Pendakwah yang tak hensem takde macam ni pun.

 

Inilah namanya fitnah. Sebagaimana perempuan cantik adalah fitnah terhadap lelaki, maka begitulah sebaliknya. Bahkan akhir zaman ini sangat bahaya. Kita tak payah tengok KPOP atau jauh-jauh, cukup di Malaysia sahaja. Saban hari, bintang Instagram lelaki semakin lama semakin menjadi perhatian. Yang pasti semua ada rupa good-lookinglah. Buat video TikTok menari mahupun lawak hambar. Perempuan sudah hilang maruah dan malu. Komen emoji cinta, emoji cair malah emoji yang mengghairahkan. Nauzubillah. Itu, itulah hakikat hari ini. Mana malumu wahai permata?

 

Jadi, Asyraf adalah suatu watak yang saya ketengahkan untuk mencerap hakikat dunia hari ini. Fazwan, merupakan watak pembantu yang banyak mengemukakan pandangan zahir dan batin. Saya tahu ramai yang ‘triggered’ bila baca siri ini adapun itulah yang saya mahu anda rasa. Perkara ini kurang pendedahan pada arus perdana. Maka saya berbesar hati untuk dedahkan ia.

 

Alhamdulillah, terbitlah karya bersiri pertama saya, Asyraf Safarahan. Segala kemalasan saya telah lawan untuk menulis cerpen ini. Saya memasang harapan yang besar buat para pembaca untuk memahami segala isi yang tersurat dan tersirat keseluruhan siri ini. Saya tak mampu mengubah dunia, tapi diri sendiri boleh serta mampu mengubah persepsi dan sudut pandang kearah lebih matang.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Masjid yang Berdekatan dengan LRT, MRT dan Monorel

Assalamualaikum, apa khabar pembaca blog semua! Salam Ramadhan! Alang-alang sekarang ni PKPB, berjalan-jalanlah kita pergi bazaar Ramadhan dan solat Tarawih di masjid. Tapi pastikan kalian patuhi SOP ya. Saya duduk kat rumah sewa di KL ni, tak dapat balik lagi sebab tunggu barang Shopee tak sampai lagi. Barang tu bukan main lagi berjalan dari Petaling Jaya ke Bukit Bintang, ke Petaling Jaya hampir 3 kali. Sakit hati pun ada. Dugaanlah katakan.  Jadi, bila kat KL ni, nak juga berjalan-jalan selagi patuh SOP ni. Tarawih kat masjid-masjid besar pun menarik juga. Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda masjid-masjid yang korang boleh pergi solat tarawih di ibukota raya ni. Ecewah. kredit: https://www.klia2.info/rail/klia-transit/#check-klia-transit-fare Dari pelusuk manakah anda berada, turun di stesen...... 1. STESEN PASAR SENI : LRT Laluan Kelana Jaya/MRT Sungai Buloh - Kajang Masjid Negara. kredit: Pinterest Keluar melalui jejantas yang menuju ke stesen KTM Kuala ...

MENGAPA PILIH UKM BERBANDING UIA?

ini dari sudut pandangan peribadi seketul Ihsan Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Muda merupakan salah satu impian dalam lipatan kehidupan Ihsan. Sudah sekian 3 tahun Ihsan berada dalam industri Haji dan Umrah ini, Ihsan akui sangat seronok bekerja menyantuni bakal tetamu Allah.       Berbekalkan pengiktirafan pengajian dari Baitulmal, Alhamdulillah Ihsan dapat menyertai industri ini dengan jayanya lebih-lebih lagi sekarang (ketika esei ini ditulis), Ihsan sudah dua bulan berkhidmat di Andalusia Travel & Tours dekat ibu pejabatnya Desa Pandan.      Disamping usia yang semakin meningkat, ada baiknya untuk Ihsan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda, barangkali untuk mendapat gaji lebih lumayan, akan tetapi jauh di sudut niat Ihsan betul-betul memasang matlamat untuk sekadar menelaah ilmu dan memperkaya pengalaman.      Tapi, Ihsan nak sambung belajar di man...

Cerpen: Asyraf Safarahan 2

Ramai keliru, Fazwan ke Hazwan? Nah, sahabatku namanya Fazwan, aku ada adik lelaki bernama Hazwan. Jadi peninglah pembaca. Minta maaf. Sahabatku Fazwan banyak bertanya soalan dengan aku. Tanya apa saja yang dia nak tanya. Tapi banyak kepada penampilan. Pasal baju, pasal seluar, pasal rambut dan banyak lagi. Dia tak suka sembang pasal perempuan. Yelah, dia tak hensem pun. Tapi, dia ada usaha untuk menarik perhatian perempuan. Dia seorang yang rajin belajar. Dia pandai matematik. Dia kritis orangnya. Kreatif pun kreatif. Dia suka tulis cerpen. Karya dia pernah tersiar di The Harapan Post. Hebat orangnya. Tapi perempuan pilih rupa. Takde apalah.   Apapun, setiap pertanyaannya, aku akan cuba bagi jawapan yang terbaik. Aku tak suka memberi jawapan yang menghampakan. Tatkala tindakan dimulakan, itu adalah gerak kerja yang baik. Tapi, menahan sahaja yang mampu. Yelah, apakan daya perancangan itu urusan tuhan.   “Asyraf, hensem tak aku pakai baju turtleneck?,” tanya Fazwan. Ai...