Assalamualaikum, apa khabar pembaca blog semua! Salam Ramadhan! Alang-alang sekarang ni PKPB, berjalan-jalanlah kita pergi bazaar Ramadhan dan solat Tarawih di masjid. Tapi pastikan kalian patuhi SOP ya.
Saya duduk kat rumah sewa di KL ni, tak dapat balik lagi sebab tunggu barang Shopee tak sampai lagi. Barang tu bukan main lagi berjalan dari Petaling Jaya ke Bukit Bintang, ke Petaling Jaya hampir 3 kali. Sakit hati pun ada. Dugaanlah katakan.
Jadi, bila kat KL ni, nak juga berjalan-jalan selagi patuh SOP ni. Tarawih kat masjid-masjid besar pun menarik juga. Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda masjid-masjid yang korang boleh pergi solat tarawih di ibukota raya ni. Ecewah.
kredit: https://www.klia2.info/rail/klia-transit/#check-klia-transit-fare
Dari pelusuk manakah anda berada, turun di stesen......
1. STESEN PASAR SENI : LRT Laluan Kelana Jaya/MRT Sungai Buloh - Kajang
Masjid Negara. kredit: Pinterest
Keluar melalui jejantas yang menuju ke stesen KTM Kuala Lumpur. Jalan je lalu jejantas penghubung ke Pejabat Pos Kuala Lumpur. Jangan masuk pejabat pos, belok kiri, jalan terus, turun tangga setingkat dan keluar. Masuk terowong bawah tanah untuk menyeberang jalan. Tada, dah sampai Masjid Negara. Tapi tu pintu belakang. Jalan sikit di sebelah jalan utama untuk ke pintu utama.
2. STESEN MASJID JAMEK : LRT Sri Petaling/Ampang dan LRT Kelana Jaya
Masjid Jamek Kuala Lumpur. kredit: Pinterest.
Nama stesen pun ambil sebab sebelah je. Ni takpayah tunjuk arah pun takpe. Lintas jalan tengok kiri kanan tau.
3. STESEN HANG TUAH : LRT Sri Petaling/Ampang dan Monorel KL
Masjid Al-Bukhary.
Keluar ke pintu A. Kalau dari LRT, naik ke monorel dan keluar dekat pintu A yang berada dihujung. Masjid tu seberang je. Nak naik jejantas boleh nak lintas pun boleh. Hati-hati ya.
4. STESEN KLCC : LRT Kelana Jaya
Masjid As-Syakirin KLCC. kredit: Pinterest.
Sampai di LRT, sebelah kanan adalah Avenue K. Sebelah kiri ada terowong, lalu terowong tu. Sampai hujung terowong ada tangga naik atas. Naik tangga tu, nampak Menara Maxis, lalu je. Lepastu nampak Hotel Four Seasons, lalu laluan pejalan kaki sebelah tu. Sebab waktu saya tulis sekarang ni ada pembinaan, korang lalu je pejalan kaki tu sampai nampak masjid.
Yang terowong tadi, kalau nak rasa penyaman udara, korang masuklah Suria KLCC dulu. Saya 3 kali masuk 3 kali terkial-kial nak cari pintu depannya yang mengadap kolam air pancut. Tapi sambil-sambil tu boleh cuci mata, ada duit banyak boleh pergi Uniqlo HAHAHA. Kalau jumpa pintu kolam air pancut tu, korang pusing kiri, jalan je sampai nampak Hotel Four Seasons. Lepastu jalan kat laluan pejalan kaki tu.
Untuk info, Hotel Four Seasons tu berhadapan dengan Isetan. Isetan sebelah Suria KLCC. Dongaklah kepalamu sampai lenguh tengkuk HAHAHA.
5. STESEN KAMPUNG BARU : LRT Kelana Jaya
Ruang dalam Masjid Jamek Kampung Baru.
Ini saya copypaste dekat blog sebelum ni jelah. HAHAHA.
- Sampai kat LRT Kampung Baru, naik ke atas darat (kan korang kat bawah tanah hehehe)
- Sebelah kiri korang akan nampak Pintasan Saloma. Tak jauh pun. Tapi kalau nak pergi solat, sebelah kanan.
- Jalan je ikut laluan pejalan kaki sebelah kanan tu. sampailah korang nampak jalan yang banyak restoran tu. Lalu jalan tu.
- Hujung jalan tu ada pintu gerbang Kampung Baru. Selpi-selpilah korang.
- Pusing kanan. Lalu kat laluan pejalan kaki tu.
- Lalu je dan korang sampai! Seberang tu ada Hotel Tamu, jiran dengan Masjid Jamek Kampung Baru. Menara masjid tu dari jauh boleh nampak.
Antara masjid lain yang berdekatan dengan LRT ialah Masjid Pahang (LRT Titiwangsa) dan Masjid Jamek Sungai Besi (LRT Sungai Besi). Disebabkan saya tak pernah pergi lagi, jadi tak bolehlah nak tunjuk arah macam mana nak pergi.
Jadi, setakat itu sahajalah entri kali ini. Terima kasih kerana membaca!
Ulasan