Langkau ke kandungan utama

MENGAPA PILIH UKM BERBANDING UIA?

ini dari sudut pandangan peribadi seketul Ihsan

Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Muda merupakan salah satu impian dalam lipatan kehidupan Ihsan. Sudah sekian 3 tahun Ihsan berada dalam industri Haji dan Umrah ini, Ihsan akui sangat seronok bekerja menyantuni bakal tetamu Allah. 


    Berbekalkan pengiktirafan pengajian dari Baitulmal, Alhamdulillah Ihsan dapat menyertai industri ini dengan jayanya lebih-lebih lagi sekarang (ketika esei ini ditulis), Ihsan sudah dua bulan berkhidmat di Andalusia Travel & Tours dekat ibu pejabatnya Desa Pandan.


    Disamping usia yang semakin meningkat, ada baiknya untuk Ihsan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda, barangkali untuk mendapat gaji lebih lumayan, akan tetapi jauh di sudut niat Ihsan betul-betul memasang matlamat untuk sekadar menelaah ilmu dan memperkaya pengalaman.


    Tapi, Ihsan nak sambung belajar di mana? Bidang apa? Nah, perkara inilah yang bermain di fikiran setelah bermula impian dan cita-cita untuk sambung belajar. Ringkasnya, mula-mula Ihsan nak belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), tetapi tiba-tiba mari rasa nak sambung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula. Eh, rawak sungguh HAHAHA


    Begini, ada satu ketika yang Ihsan dah putus angin akan cita-cita nak ke Mekah oleh kerana impian tersebut samar-samar atau janji yang sekadar janji. Ihsan rasa baik Ihsan mulakan niat untuk sambung belajar, sepertimana desakan umi. Kita ikut je cakap ibunda.


    Kali pertama Ihsan ke UIA ialah pada hari peperiksaan takaful dibawah bimbingan Kak Fatihah, dia dengan bakal suami Hasan (sekarang dah berkahwin) ajak pergi makan. Makan dekat mana? Makan dekat Mahallah Farouk, salah sebuah kolej kediaman di UIA. Selepas itu, Ihsan pergi solat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah. Subhanallah cantik sungguh masjid dan senibina di universiti ini. Sejak daripada itu, agak kerap Ihsan berkunjung ke universiti ini, menanam dan menyemai impian hendak belajar disini.

Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

    UIA secara sejarahnya pada diri Ihsan ialah alma mater bagi umi. Justeru, rasa nak sambung legasi tu ada sangat. Demi nak masuk UIA, Ihsan membuat persiapan diri mengambil peperiksaan MUET pada pertengahan 2023. Namun begitu, permohonan hanya boleh dibuat pada suku pertama 2024. Tidak mengapa, proses adalah proses.


    Dalam pada itu, Ihsan cuba mencungkil rasa untuk masuk ke UIA. Ihsan datang ke UIA untuk berjumpa dan lepak dengan sahabat Hasan Asnawi, rakan sekelas di MAIP dahulu. Sukanya tengok sahabat belajar. Ramadhan 1444 lalu, Ihsan bersama Abil, Wan dan Hasyiem pergi solat terawih di UIA dan melepak hingga ke tengah malam di kafe Mahallah Ali. Syiok sungguh. Aura zaman belajar tu dapat dirasa bila leka berbual-bual tentang kehidupan siswa bersama rakan sekolah. Itu yang datang rasa sanggup tinggalkan sebentar dunia pekerjaan demi menuntut ilmu.


Dari seketul Ihsan, ini adalah antara kelebihan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


  • Soal kediaman pelajar. Dekat UIA tidak perlu risau, fasiliti penginapan 'terlalu mencukupi' disini. Kalian boleh duduk dalam kampus mula-mula masuk sampailah habis tahun akhir. Duduk dalam mahallah yang mempunyai kemudahan serba cukup. Tiada sebab nak menyewa di luar kerana kos menyewa luar jauh lebih mahal. Boleh anggar sendiri berapa puluh ribu yang duduk di UIA tu; menunjukkan betapa cukupnya penginapan sehingga dibuktikan dengan terdapatnya blok-blok kosong yang disediakan untuk kemasukan pelajar baharu. Tak perlu risau nak duduk mana WOW
  • Nama pun Antarabangsa, jadi pelajarnya mestilah ada dari luar negara. Pemerhatian Ihsan mendapati ramai pelajar dari Afrika; berkulit hitam dan dari negara-negara anggota OIC (Organization Islamic Congress) serta pelajar Islam dari negara bukan Islam seperti Amerika Syarikat. Duduk sini jangan risau jika bahasa Inggeris korang berterabur. Sebab mereka pun lidah ibundanya bukanlah bahasa Inggeris, sama-sama menjadi cabaran untuk 'speaking' ni.
  • Pemusatan tempat belajar. UIA hanya  menghubungkan kesemua fakulti dan mahallah hanya dengan satu jalan gelang (ring road) sahaja. Pusing satu jalan tu dah boleh akses ke mana-mana tempat yang ingin dituju. Tambahan pula hampir kesemua fakulti ditempatkan dalam jalan gelang tu, seolah-olah memusatkan ia. Sangat terancang!
  • Senibina yang estetik. Berlatarkan bumbung biru, diapit kehijauan, uuii memang sesuai untuk orang yang gila gambar. Bumbung turqoise (barangkali) seiring dinding batu kelabu asap menampakkan UIA benar-benar merentas zaman LAH TAKNAK KALAH AYATNYA. Tapi itulah hakikatnya. Memang cantik.
  • Dekat dengan Genting. TIBEH tetapi soal keboleh aksesan, UIA berada betul-betul di pintu ke Pantai Timur; tol LPT. Nak healing? boleh naik Tanah Tinggi Genting. Nak ke bandar? sebelum masuk pusat bandar Kuala Lumpur, bandar Selayang, Ampang, Kepong, Melawati bahkan Gombak itu sendiri mencukupi sebagai alasan. Hanya keluar sedikit dari kehijauan, nampaklah riuh neon bandar raya.


    Adapun begitu, kelebihan-kelebihan yang dinyatakan adalah luaran semata-mata, belum cukup kuat mengizinkan Ihsan menjadi salah seorang ahli baharunya. Ini adalah kekurangan UIA pada diri Ihsan. Sebetulnya kurangnya Ihsan untuk UIA.


  • Pengajian Ilmu Wahyu (Islamic Revealed Knowledge) tiada dalam UPU bagi lepasan diploma IPTS. Ianya dibuka untuk permohonan lepasan STAM. Jika Ihsan nak sambung juga, perlu daftar secara direct intake, bayarlah yuran tanpa subsidi. RM40k jugalah cerita dia. Mana nak cari hiuhiu. Dengan jumlah sebanyak itu, di usia ini ada baiknya buat tabungan kahwin sahaja LAH SHILLAH

  • Pengajian lain yang tersedia bagi lepasan IPTS adalah Undang-undang, Pendidikan dan bahagian-bahagian kejuruteraan. Ihsan kurang berminat bidang-bidang tersebut tambahan pula tidak mencapai keperluan merit untuk memohon.
  • Terdapat ujian kemasukan yang perlu dihadapi oleh setiap pelajar. Jika anda gagal (secara harafiahnya), anda perlu mengikuti kelas bahasa (menangguh tahun pertama). Jadi perancangan 4 tahun anda akan tarik lebih lama. Berusahalah ya!
  • Penguasaan Bahasa Arab sangat ditekankan terutama Ilmu Wahyu ini. Sudah tentu kerja kursus dalam bahasa Arab. Begitu juga bahasa Inggeris. Sejujurnya, Ihsan suka membaca makalah dari dua bahasa asing ini, bahkan menonton video Bahasa Inggeris tanpa sarikata dan siri Khawater dihoskan oleh Ahmad Shugairi. Tapi untuk fasih dan menggunakan kedua-dua bahasa ini sebagai medium pembelajaran, tidaklah mustahil tapi mencabar sikitlah. HEHEHE


    Bila melihatkan keupayaan Ihsan untuk masuk ke UIA agak mencabar, Ihsan tidak berputus asa mencari perigi ilmu yang lain untuk ditimba.


    Satu anekdot ringkas, Ihsan ada menyertai Minggu Penulis Remaja (boleh baca diari di sini - https://hasanzalihensem.blogspot.com/search/label/Minggu%20Penulis%20Remaja ) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Disini Ihsan berjumpa dengan seorang pelatih industri lepasan UKM bernama Azim.


    Azim ni belajar Ijazah Sarjana Muda Persuratan Melayu. Wah, dengar nama pengajian tu terus jatuh cinta HEHEHE

Persuratan Melayu terletak dibawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).

    Azim cakap fakulti ada dua pengajian lebih kurang sama; Pengajian Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu. Pengajian Bahasa Melayu ni agak teori; mengkaji bahasa Melayu dengan mendalam, sejarah dan canggih-canggihlah. Tapi Persuratan Melayu terarah kepada belajar puisi, cerpen, budaya Melayu dan sejarah rakyat. Jadi bermula dari situ, Ihsan tekad untuk membenih cinta untuk menimba ilmu di UKM.


Berikut catatan kelebihan yang menarik jiwa Ihsan untuk sambung di UKM.


  • Matlamat utama UKM antaranya memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar universiti dan mahasiswa umumnya. Sebagai pencinta Bahasa Melayu Ihsan sangat mengagumi usaha murni ini selain mengantarabangsakan bahasa ibunda Ihsan ini.
  • UKM mempunyai kepelbagaian kaum di Malaysia selain ada juga pelajar antarabangsa. Ihsan sejujurnya tidak pernah ada kawan berbangsa Cina, in shaa Allah dapat bina sahabat dan ukhuwah bersama. Pelajar antarabangsa pun ada disini, boleh juga belajar bahasa negara mereka.
  • Bidang pengajian lebih meluas dalam UPU untuk lepasan IPTS. Alhamdulillah Persuratan Melayu ada untuk lepasan IPTS, memang berkobar-kobarlah semangat nak sambung belajar ni! 
  • Bidang pengajian (Persuratan Melayu) cukup menarik minat setelah membaca senarai subjek di portal akademik mereka. Walaupun ianya adalah matapelajaran asas, tetapi ia cukup mengujakan untuk diketahui selain fakultinya (Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan) sangat strategik di tengah-tengah UKM.
  • Senibina UKM lebih merentas zaman berbanding UIA. Berskala lebih besar, UKM umpama sebuah kota, memenatkan jika berjalan kaki adalah pengangkutan. Bangunan yang kelabu asap lebih kurang UIA tapi ada ciri kemelayuan sikit. Tak dilupakan tokoh-tokoh yang dinamakan pada bangunan sangat ikonik seperti Keris Mas, Aminuddin Baki dan Tun Sri Lanang.
PUSANIKA, semacam tempat pusat masyarakat Siswa; ada kedai makan, pejabat hal ehwal pelajar dan pusat sosial.
  • Dari segi kebolehaksesan, semestinya UKM terletak di Bangi, sangatlah dekat dengan bandar, bahkan dekatlah kiranya jika nak ke Masjid Sri Sendayan atau Telok Kemang


    Adapun memuji, terdapat kekurangannya. Tapi setakat ni, satu jelah masalah besar. Penempatan dalam kampus adalah terhad dan perlu kejar merit untuk melayakkan diri untuk menginap dalam kampus. Semasa diploma, Ihsan memang duduk di rumah sewa luar bermula semester 2 hingga tamat pengajian. Tapi masuk UKM ni, Ihsan nak usaha lebih sikit lah untuk jimatkan perbelanjaan belajar.


    Inilah sedikit catatan mengapa Ihsan lebih memilih UKM berbanding UIA untuk menyambung ijazah sarjana muda nanti. Tetapi, jika ditanyakan kerjaya apa yang Ihsan hendak buat selepas tamat pengajian, sejujur dan seikhlasnya Ihsan mahu terus berbakti menyantuni tetamu Allah, yakni kembali berada dalam industri Haji dan Umrah. Kecintaan pada tanah suci takkan mudah dipadam lagipula sangat cerah masa hadapan untuk mengerjakan Umrah seterusnya naik Haji. Ini tidak mustahil ya! Bidang Persuratan Melayu juga tidak dinafikan turut luas peluang kerjayanya, jika peluang dan tawaran yang menarik barangkali dipertimbangkan. Sesuungguhnya kerjaya Ihsan pada hari ini cukup sempurna untuk disyukuri.


September 2023, Desa Pandan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Masjid yang Berdekatan dengan LRT, MRT dan Monorel

Assalamualaikum, apa khabar pembaca blog semua! Salam Ramadhan! Alang-alang sekarang ni PKPB, berjalan-jalanlah kita pergi bazaar Ramadhan dan solat Tarawih di masjid. Tapi pastikan kalian patuhi SOP ya. Saya duduk kat rumah sewa di KL ni, tak dapat balik lagi sebab tunggu barang Shopee tak sampai lagi. Barang tu bukan main lagi berjalan dari Petaling Jaya ke Bukit Bintang, ke Petaling Jaya hampir 3 kali. Sakit hati pun ada. Dugaanlah katakan.  Jadi, bila kat KL ni, nak juga berjalan-jalan selagi patuh SOP ni. Tarawih kat masjid-masjid besar pun menarik juga. Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda masjid-masjid yang korang boleh pergi solat tarawih di ibukota raya ni. Ecewah. kredit: https://www.klia2.info/rail/klia-transit/#check-klia-transit-fare Dari pelusuk manakah anda berada, turun di stesen...... 1. STESEN PASAR SENI : LRT Laluan Kelana Jaya/MRT Sungai Buloh - Kajang Masjid Negara. kredit: Pinterest Keluar melalui jejantas yang menuju ke stesen KTM Kuala ...

Cerpen: Asyraf Safarahan 2

Ramai keliru, Fazwan ke Hazwan? Nah, sahabatku namanya Fazwan, aku ada adik lelaki bernama Hazwan. Jadi peninglah pembaca. Minta maaf. Sahabatku Fazwan banyak bertanya soalan dengan aku. Tanya apa saja yang dia nak tanya. Tapi banyak kepada penampilan. Pasal baju, pasal seluar, pasal rambut dan banyak lagi. Dia tak suka sembang pasal perempuan. Yelah, dia tak hensem pun. Tapi, dia ada usaha untuk menarik perhatian perempuan. Dia seorang yang rajin belajar. Dia pandai matematik. Dia kritis orangnya. Kreatif pun kreatif. Dia suka tulis cerpen. Karya dia pernah tersiar di The Harapan Post. Hebat orangnya. Tapi perempuan pilih rupa. Takde apalah.   Apapun, setiap pertanyaannya, aku akan cuba bagi jawapan yang terbaik. Aku tak suka memberi jawapan yang menghampakan. Tatkala tindakan dimulakan, itu adalah gerak kerja yang baik. Tapi, menahan sahaja yang mampu. Yelah, apakan daya perancangan itu urusan tuhan.   “Asyraf, hensem tak aku pakai baju turtleneck?,” tanya Fazwan. Ai...