aku terbaca khabar siang tadi sahabatku terbang seorang lagi mana lagi kalau bukan Tanah Suci berita gembira rai dikongsi sahabat lain tahniah mengiringi sedang aku mengira sangsi menanti. bila, Tuhan? bila Kau nak menghantarku ke rumah Mu yang aku impi sejak bangku pengajianku 3 tahun kerjaya masih menunggu dia baru 3 bulan kerja, sudah pergi dulu sedang aku menggaru kutu impian Haramain semakin layu sedihku mahu menukar hala tuju. sayunya jiwa di astaka memuji sebelah sana di pentas manis manifestonya di podium gertak bukan cita-cita di tangga sibuk menyemai karya di gelanggang syukurlah mendoa jaya di dermaga mengajak menukar bahtera tapi sabarku lama menanti tarikh yang akan dikota akan kujawab gesaan bonda yang bertanya bila, bila bila nak ke Mekahnya riyal hijau di dompet akan ku kunyah rata. Masjid Al Ghufran Pinggir TTDI 23 Ramadhan 1444.
Sekali Menulis, Selamanya Menulis