Berasap-asap
Keluar dari lesap
Samar malap-malap
Mata kasar halus menangkap
Hati-hati melihat takut jerangkap
Seekor syaitan sarap
Melihatnya penuh menyirap
Bernama Jusaibah bertubuh sedap
Dari Baghdad diusir ditumbuk direntap.
Bertanya pawang bagai wartawan
Mengapa diusir umpama pelarian
Kata Jusaibah sang syaitan
Dia diusir kerana mengusir
Menumpah susu sampai membazir
Ke jalanan ia mengalir
Basah putih di kaki pesisir
Mencemar denai hulu dan hilir.
Seraya pawang menimbang tara
Sang Jusaibah berlaga jendela
Berbalik dia padah terkena
Berdarah luka sendiri terasa
Cakap-cakap kemudian jua fikirnya
Menadah ludah berbagai cara
Hujan di Iraq menggelupur di Sinai
Bingai
Pelik-pelik perangai
Minta bantuan dari Sang Kelembai
Sendiri segera sendiri lalai
Abdi dituduh yang dibela senpai
Keadilan tak kukuh malah terus terurai
Cilakak
Betul palsu pun nak bongkak
Mengarah pula banyak cengkadak
Serba tak kena
Jusaibah harus merana
Menginsafi jenayahnya
Parah hinanya.
Kota Baghdad megahnya
Cerita dahulu kala
Sembang hari ni sekadar seloka
Lupakan saja
Jusaibah tidak lagi mewarnainya.
MRT Cochrane
27 Feb 2023
Kredit gambar : Google Image, Carousell
Ulasan