mungkin barangkali
lupa dari diari
suatu peristiwa menyakitkan hati
lengahkan cerita hakiki
tutup buku umpama mati
hak aku disemadi
dalam keranda hak yang dinafi.
masa itu aku mendengar janji
manis lisan khusyuk kagumi
segala belanja telah diniatkan
rupanya mencurah harapan
palsu terzahir selepas berbulan.
seribu ringgit itu
aku menanti saban waktu
tanpa surat mengesahkan itu
tapi ku yakin ia terbit dari lidahmu
kau nyahkan sebegitu
berbulan aku menunggu
khabar hiba aku sayu mendagu
sehingga kini ku notakan agar tidak layu.
Ulasan