aku terbaca khabar siang tadi
sahabatku terbang seorang lagi
mana lagi kalau bukan Tanah Suci
berita gembira rai dikongsi
sahabat lain tahniah mengiringi
sedang aku mengira sangsi menanti.
bila, Tuhan?
bila Kau nak menghantarku ke rumah Mu
yang aku impi sejak bangku pengajianku
3 tahun kerjaya masih menunggu
dia baru 3 bulan kerja, sudah pergi dulu
sedang aku menggaru kutu
impian Haramain semakin layu
sedihku mahu menukar hala tuju.
sayunya jiwa
di astaka memuji sebelah sana
di pentas manis manifestonya
di podium gertak bukan cita-cita
di tangga sibuk menyemai karya
di gelanggang syukurlah mendoa jaya
di dermaga mengajak menukar bahtera
tapi sabarku lama
menanti tarikh yang akan dikota
akan kujawab gesaan bonda
yang bertanya bila, bila
bila nak ke Mekahnya
riyal hijau di dompet akan ku kunyah rata.
Masjid Al Ghufran Pinggir TTDI
23 Ramadhan 1444.
Ulasan