Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum, anneyeonghaseyo semua! ecewah Korea nampak! HAHAHA. Biasalah, Kpopers boleh kaitkan.
Jadi, sebenarnya sejak-sejak akhir ni asyik membelek di Shopee dan Lazada sahaja. Duit takde pun, dah jadi hobi agaknya. Tengok baju, terpengaruh dengan model je, maklumlah pelaris. Bila kita pakai, kentang jugak. Jadi, beringatlah ketika membeli.
Jadi, sambil-sambil belek tu, terfikir juga nak beli barang Kpop nak buat koleksi. Peliknya lahai seorang lelaki kumpul barang Kpop (ketawa kecil). Mana jantan? Eh tolong sikit. Kpop ni sejagat. Bukan untuk perempuan je. HAHAHA.
Jadi, saya pun buat carian. Nak beli album tak mampu, beli lanyard ke rantai kunci ke button badge pun takpelah. Cari punya cari, ada lah jugak. Banyak BTS je. Mungkin permintaan tu tinggi. Saya bukanlah ARMY sangat tapi Seokjin tu memang bias saya. Saya ni lebih kepada WIN:D dan MOA. Barang Kim Jaehwan macam tak wujud dah, sejak beliau jadi penyanyi solo, hampir tiada merch berkaitan dengan beliau. Kalau ada pun yang Wanna One lah.
Kebanyakan barang Kpop ni dari tanah besar China. Kurang peniaga tempatan. Ya, beli harini, paling awal 10 hari sampai. Biasalah, barang naik kapal, doa-doa jangan karam jelah. Biasanya barang Kpop dari tanah besar China ni murah, kadang bayar pos tu lagi banyak. Kita yang sengkek ni beli sekadar ada je, takyah lebih-lebih, bajet banyak pun tak guna. Afdhal sedekah.
Jadi beli barang pakai laman e-dagang ni banyak risiko dia sebab kita tak belek barang tu pun sebelum beli, tengok gambar, percaya bulat-bulat kemudian beli. Jadi, apa yang sampai, ha itulah dia.
Bagi mengelakkan gharar hati ni dari peribahasa indah khabar daripada rupa, saya cuba cari-cari kedai fizikal yang jual barang Kpop ni di sekitar Kuala Lumpur.
Hasil carian dan bacaan di blog-blog, rupanya ada sangat kedai yang jual barang Kpop ni. Banyak yang saya jumpa tapi saya nak kongsi satu kedai sahaja yang sendiri pergi dan beli barang di sana. Kelebihan kedai saya pergi ni adalah anda boleh naik kenderaan awam.
Kedai tersebut ialah My Star Collection di pusat beli belah Berjaya Times Square. Kali pertama saya pergi memang kekok sebab kali pertama jejak BTS ni. Jadi mundar-mandir saya sikit tapi jumpalah sebab dalam blog mereka ada bagi panduan sikit ke premis tersebut.
Kedai tu tak benarkan rakam apa-apa, jadi tiada lah gambar depan untuk korang cam kedai tu. tapi kedai tu jelas je, terbuka dan strategik.
Kedai Kpop macam biasa, separuh kedai tu barang BTS. Permintaan tinggi kutt. Album biasa pra-pesanan. Kalau ada kat kedai tu, boleh je beli terus. Ada botol air, tag nama, pelekat, topi bakul, baju, lanyard, fail dan banyak lagi. Harga tu biasalah, masha Allah. Tengok duit dulu ya baru tengok barang HAHAHA.
Punyalah pusing-pusing kedai kecil tu belilah dua barang;
Komen-komenlah kat bawah ni ya!
Ulasan