Langkau ke kandungan utama

Petang yang Mengantuk

 

Penafian: Ini ialah fiksyen peminat. Nama watak, perwatakan dan jalan cerita adalah rekaan semata-mata.




Choi Beomgyu TXT sebagai Beomgyu


Choi Soobin TXT sebagai Soobin


Kang Taehyun TXT sebagai Taehyun


••••••••••

Taehyun baru sahaja pulang ke teratak mereka dari pengajian. Hari ini ada kelas ganti oleh pensyarah.

Dia menanggalkan kasutnya dan menjejak ke ruang tamu rumah. Ada dengkuran kecil kedengaran dari balik sofa L. Ada yang tidur ni.



Telahan Taehyun benar. Soobin dan Beomgyu lena dibuai mimpi di atas sofa L itu. Soobin tidur dengan kepala yang tidak beralas, manakala Beomgyu pula lena sungguh beralas kepala pada bahu Soobin. Tidur mereka ibarat dua orang putera yang kacak sedang ralit dibuai mimpi.

"Hehehe...... Boleh mengusik ni," fikir Taehyun sejenak nakal. Dia mengambil semperit dari balang kaca di atas meja. Diambilnya sekeping, diletakkan di bibir mulut Soobin yang sedikit nganga.

Soobin yang sedang lena tidur, merasa ada sesuatu di sempadan giginya. Dia membuka mata, wajah Taehyun yang menjadi penglihatannya. Soobin mengunyah rapuh semperit, kemudian menutup mata meneruskan buaian mimpi.

Taehyun ketawa kecil. Alangkah indahnya memperoleh abang yang sabar akan keletah nakal adindanya.

Taehyun pun naik ke tingkat atas untuk membersihkan diri.



Beomgyu tersedar dari tidur dan bangkit. Dia tidak tahu menahu bagaimana dia boleh tidur di bahu Soobin. Dia pun mengejut Soobin.

"Hyung, bangun dah petang ni," tepuk perlahan  Beomgyu pada peha Soobin dalam keadaan yang mamai. Soobin pun mula membuka mata dan menggeliat. 

"Ouhhh," geliat Soobin.

"Hai, baru bangun? letih sangat ke?," sindir Taehyun yang menyedari bangkit mereka. Taehyun sedang asyik menonton filem di ruang tamu sambil mengudap kerepek ubi. Bunyi filem itu mungkin menjadi asbab mereka terbangun.

"Yelah, letih mengemas bilik tadi, dapur dan tandas. Itu yang tertidur tu," kata Soobin.

"Oh, patutlah bersih semacam. Biasanya...," sindiran Taehyun terhenti kerana Beomgyu memukulnya dengan bantal sambil tersenyum ketawa.

"Ha, nak sindir lagi nak sindir lagi," Beomgyu memukul manja Taehyun kerana Taehyun dalam ketawa ingin menyambung sindirannya.

HAHAHA.

"Dah, dah. Ni jeoneun dah beli nasi berlauk ikan aya tadi. Jomlah makan sama-sama.," kata Taehyun yang masih riang.

Mereka pun berjalan bersama-sama ke ruang makan. Dengan ceria dan berseleranya mereka menikmati nasi berlauk ikan aya, kuih ketayap dan ditambah lagi dengan kimchi yang enak.





TAMAT

gambar nasi diambil dari Google Image
gambar idol diambil dari Pinterest
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Masjid yang Berdekatan dengan LRT, MRT dan Monorel

Assalamualaikum, apa khabar pembaca blog semua! Salam Ramadhan! Alang-alang sekarang ni PKPB, berjalan-jalanlah kita pergi bazaar Ramadhan dan solat Tarawih di masjid. Tapi pastikan kalian patuhi SOP ya. Saya duduk kat rumah sewa di KL ni, tak dapat balik lagi sebab tunggu barang Shopee tak sampai lagi. Barang tu bukan main lagi berjalan dari Petaling Jaya ke Bukit Bintang, ke Petaling Jaya hampir 3 kali. Sakit hati pun ada. Dugaanlah katakan.  Jadi, bila kat KL ni, nak juga berjalan-jalan selagi patuh SOP ni. Tarawih kat masjid-masjid besar pun menarik juga. Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda masjid-masjid yang korang boleh pergi solat tarawih di ibukota raya ni. Ecewah. kredit: https://www.klia2.info/rail/klia-transit/#check-klia-transit-fare Dari pelusuk manakah anda berada, turun di stesen...... 1. STESEN PASAR SENI : LRT Laluan Kelana Jaya/MRT Sungai Buloh - Kajang Masjid Negara. kredit: Pinterest Keluar melalui jejantas yang menuju ke stesen KTM Kuala ...

MENGAPA PILIH UKM BERBANDING UIA?

ini dari sudut pandangan peribadi seketul Ihsan Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Muda merupakan salah satu impian dalam lipatan kehidupan Ihsan. Sudah sekian 3 tahun Ihsan berada dalam industri Haji dan Umrah ini, Ihsan akui sangat seronok bekerja menyantuni bakal tetamu Allah.       Berbekalkan pengiktirafan pengajian dari Baitulmal, Alhamdulillah Ihsan dapat menyertai industri ini dengan jayanya lebih-lebih lagi sekarang (ketika esei ini ditulis), Ihsan sudah dua bulan berkhidmat di Andalusia Travel & Tours dekat ibu pejabatnya Desa Pandan.      Disamping usia yang semakin meningkat, ada baiknya untuk Ihsan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda, barangkali untuk mendapat gaji lebih lumayan, akan tetapi jauh di sudut niat Ihsan betul-betul memasang matlamat untuk sekadar menelaah ilmu dan memperkaya pengalaman.      Tapi, Ihsan nak sambung belajar di man...

Cerpen: Asyraf Safarahan 2

Ramai keliru, Fazwan ke Hazwan? Nah, sahabatku namanya Fazwan, aku ada adik lelaki bernama Hazwan. Jadi peninglah pembaca. Minta maaf. Sahabatku Fazwan banyak bertanya soalan dengan aku. Tanya apa saja yang dia nak tanya. Tapi banyak kepada penampilan. Pasal baju, pasal seluar, pasal rambut dan banyak lagi. Dia tak suka sembang pasal perempuan. Yelah, dia tak hensem pun. Tapi, dia ada usaha untuk menarik perhatian perempuan. Dia seorang yang rajin belajar. Dia pandai matematik. Dia kritis orangnya. Kreatif pun kreatif. Dia suka tulis cerpen. Karya dia pernah tersiar di The Harapan Post. Hebat orangnya. Tapi perempuan pilih rupa. Takde apalah.   Apapun, setiap pertanyaannya, aku akan cuba bagi jawapan yang terbaik. Aku tak suka memberi jawapan yang menghampakan. Tatkala tindakan dimulakan, itu adalah gerak kerja yang baik. Tapi, menahan sahaja yang mampu. Yelah, apakan daya perancangan itu urusan tuhan.   “Asyraf, hensem tak aku pakai baju turtleneck?,” tanya Fazwan. Ai...