Langkau ke kandungan utama

Reviu Filem Disney Raya and The Last Dragon

 


Assalamualaikum semua, salam PKPB! Ha, pawagam kini sudah mulai dibuka untuk tontonan. Sudah pasti pencinta layar perak sudah mula kira-kira mahu menonton filem apa. Banyak filem antarabangsa dari Hollywood, Korea dan Jepun sudah menempatkan diri mereka di dewan tayangan. 


Setelah panggung dibuka, saya teringin untuk merasa tontonannya. Tapi filem apa yang saya mahu tonton?


Saya memuat turun aplikasi GSC, sebuah syarikat pawagam terkemuka di Malaysia. Saya belek filem satu persatu, dan inilah filem yang saya pilih.



Asalnya nak tengok filem Doraemon, tapi filem Disney Raya ni orang kata ada elemen Asia Tenggara yang unik, nak tengoklah. Lagi pula, saya belum pernah menonton filem Disney di pawagam.

Sebelum saya menonton, saya ada melihat video reviu dari Zhaflog, banyak ulasan menarik yang diberikan. Apa salahnya, kita tonton sajalah!

Panggung 12.

Tidak lengkap menonton tanpa bertih jagung dan teh limau ais.

Rutin tengok wayang; Kain pelikat buat selimut.

Filem ini mengisahkan seorang pemudi bernama Raya, tinggal disebuah wilayah besar bernama Kumandra, yang aman tenteram sehinggalah datang kuasa jahat menjadi asbab perbalahan manusia dan mencetuskan persengketaan berpanjangan dan berkabilah. Perbalahan itu memuncak dengan perebutan sebuah batu geliga yang telah pecah akibat berebut. Serpihan batu diambil oleh kabilah masing-masing dan mengundang semangat jahat berkuasa. Inilah bermula perjalanan Raya, mengumpulkan serpihan batu geliga tersebut untuk mengembalikan Kumandra kepada sebuah wilayah yang aman dan damai.

Apa yang menarik dalam filem ini?

Filem ini merupakan filem animasi Disney yang pertama menampilkan elemen Asia Tenggara, selain bintang suara kebanyakannya dari orang Asia-Amerika. Penulis cerita ini merupakan seorang rakyat Malaysia, bernama ...........

Filem ini menerapkan budaya Asia Tenggara yang menarik, Pencak Silat, Keris, Tomyam, Durian dan pelbagai lagi. Filem ini amat dekat dengan budaya kita semestinya walaupun ianya fiksyen, kebiasaan bagi majoriti sesebuah filem animasi.

5 BINTANG!

Ayuh tonton di pawagam berdekatan anda! Patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Sumber poster: Pinterest








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Masjid yang Berdekatan dengan LRT, MRT dan Monorel

Assalamualaikum, apa khabar pembaca blog semua! Salam Ramadhan! Alang-alang sekarang ni PKPB, berjalan-jalanlah kita pergi bazaar Ramadhan dan solat Tarawih di masjid. Tapi pastikan kalian patuhi SOP ya. Saya duduk kat rumah sewa di KL ni, tak dapat balik lagi sebab tunggu barang Shopee tak sampai lagi. Barang tu bukan main lagi berjalan dari Petaling Jaya ke Bukit Bintang, ke Petaling Jaya hampir 3 kali. Sakit hati pun ada. Dugaanlah katakan.  Jadi, bila kat KL ni, nak juga berjalan-jalan selagi patuh SOP ni. Tarawih kat masjid-masjid besar pun menarik juga. Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda masjid-masjid yang korang boleh pergi solat tarawih di ibukota raya ni. Ecewah. kredit: https://www.klia2.info/rail/klia-transit/#check-klia-transit-fare Dari pelusuk manakah anda berada, turun di stesen...... 1. STESEN PASAR SENI : LRT Laluan Kelana Jaya/MRT Sungai Buloh - Kajang Masjid Negara. kredit: Pinterest Keluar melalui jejantas yang menuju ke stesen KTM Kuala ...

MENGAPA PILIH UKM BERBANDING UIA?

ini dari sudut pandangan peribadi seketul Ihsan Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Muda merupakan salah satu impian dalam lipatan kehidupan Ihsan. Sudah sekian 3 tahun Ihsan berada dalam industri Haji dan Umrah ini, Ihsan akui sangat seronok bekerja menyantuni bakal tetamu Allah.       Berbekalkan pengiktirafan pengajian dari Baitulmal, Alhamdulillah Ihsan dapat menyertai industri ini dengan jayanya lebih-lebih lagi sekarang (ketika esei ini ditulis), Ihsan sudah dua bulan berkhidmat di Andalusia Travel & Tours dekat ibu pejabatnya Desa Pandan.      Disamping usia yang semakin meningkat, ada baiknya untuk Ihsan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda, barangkali untuk mendapat gaji lebih lumayan, akan tetapi jauh di sudut niat Ihsan betul-betul memasang matlamat untuk sekadar menelaah ilmu dan memperkaya pengalaman.      Tapi, Ihsan nak sambung belajar di man...

Cerpen: Asyraf Safarahan 2

Ramai keliru, Fazwan ke Hazwan? Nah, sahabatku namanya Fazwan, aku ada adik lelaki bernama Hazwan. Jadi peninglah pembaca. Minta maaf. Sahabatku Fazwan banyak bertanya soalan dengan aku. Tanya apa saja yang dia nak tanya. Tapi banyak kepada penampilan. Pasal baju, pasal seluar, pasal rambut dan banyak lagi. Dia tak suka sembang pasal perempuan. Yelah, dia tak hensem pun. Tapi, dia ada usaha untuk menarik perhatian perempuan. Dia seorang yang rajin belajar. Dia pandai matematik. Dia kritis orangnya. Kreatif pun kreatif. Dia suka tulis cerpen. Karya dia pernah tersiar di The Harapan Post. Hebat orangnya. Tapi perempuan pilih rupa. Takde apalah.   Apapun, setiap pertanyaannya, aku akan cuba bagi jawapan yang terbaik. Aku tak suka memberi jawapan yang menghampakan. Tatkala tindakan dimulakan, itu adalah gerak kerja yang baik. Tapi, menahan sahaja yang mampu. Yelah, apakan daya perancangan itu urusan tuhan.   “Asyraf, hensem tak aku pakai baju turtleneck?,” tanya Fazwan. Ai...