Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Lamanya tak tulis blog. Sedar tak sedar kita sudah 18 Ramadhan, berbaki 11-12 hari lagi mengakhiri bulan agung ini. Semoga Ramadhan kali ini mabrur buat kita dan tidak sia-sia.
Alhamdulillah, syukur pada Allah dompet haritu hilang dijumpai. Ada kisah yang menarik ingin saya ceritakan.
Sebenarnya dompet hilang 18/4 lagi. Habis kad pengenalan, lesen kad bank semua lesap. Hari itu juga saya terus buat repot polis. Nak tulis entri pasal ni tapi masa hilang tu takde mood nak menulis.
Pendek cerita, 10 hari lepas tu, saya terdetik buka request message di Instagram. Masha Allah ada orang dm Instagram saya bahawa dompet saya ditemukan di sebuah stesen LRT. Jumpa pada hari sama! 18/4 tu juga. Petang buat repot polis, malam dapat mesej. Biarlah, benda dah jadi. Ada hikmah besar Allah detikkan hati untuk buka mesej 10 hari kemudian.
Alhamdulillah, elok je. Terima kasih hamba Allah yang amanah.
Baliklah rumah sewa, ada duit sikit ni ingat nak solat masjid best-best lagilah kalini. Sebelum ni duk rumah solat dekat surau taman, best juga. Penyaman udara sejuk ke tulang. Padu tak padu bak hang. Si Din tiba-tiba ada di rumah, terkejut dia rasa kewujudan manusia sebab dia ingatkan saya datang pada hari Jumaat.
Petang tu, berbuka puasa kat depan rumah, depan LRT. Makan nasi bujang ayam. Menyesal order kopi o suam. Pahit betul iftarnya HAHAHA.
Balik, segeralah solat Maghrib dan bergegas ke Masjid Wilayah. Ni saya nak kongsikan cara untuk pergi Masjid Wilayah.
Dari mana anda sekalipun, turun di MRT Semantan. Dari situ tak boleh jalan kaki, jauh. Jadi saya ambil Mycar sahaja. Pergi 7 ringgit, balik 9 ringgit. Jumlah 16 ringgit. Berpatutan.
Stesen MRT Semantan.
Saya sampai di MRT dah pukul 9 dah. Lewat dah Isyak dah setel. Tapi takpelah,asalkan dapat pergi. Pergi naik Mycar degan orang Cina. Terkejut nama MySejahtera, Nama jirat Cina. HAHAHA.
Sesampainya di masjid, Subhanallah cantiknya.
Pintu masuk utama masjid.
Hiasan gantungan ketupat lip lap di jalan luar masjid.
Papan tanda masjid.
Cantiknya Subhanallah.
Diskriminasi itu pasti, HAHAHA.
Bayang di kolam sungguh mengagumkan!
Rasa macam istana di kayangan, fantasi sungguh!
Pintu utama masjid di Anjung D.
Nilah paling cantik sekali! Subhanallah!
Ada sebuah program TV guna latar senibina ni kat Astro Oasis. Korang tahu tak cerita apa?
Cantiknya, Sumpah tak tipu.
Masjid ni besar, tapi tidak segergasi Masjid Shah Alam.
Pembesar suara yang unik.
Pintu dengan ukiran tradisional.
Siling dengan sentuhan eksklusif.
Dewan solat utama.
Aura Ramadan masih malar hijau!
Tabung dan TV.
Masjid ni tiada chandelier. Tak gerunlah kita. Sangat cantik! Elemen Uthmaniyah yang sangat memukau. Bukan tiru, tapi mengambil inspirasi.
Rak Al-Quran.
Kat luar.
Menara masjid dengan lampu hijau begemerlapan.
Definisi cantik dari pandangan dekat.
Latar malam ni nampak macam kat dunia lain.
Cantik!
Kolam air pancut.
Dapat roti sebuku. Boleh buat moreh. Sampul ni ingat ada isi duit raya rupa-rupanya isi kad resipi sahur HAHAHA.
Alhamdulillah, dapat solat Isyak dan tarawih 8 rakaat. Balik naik Mycar, orang India pula jemput. Wah, Malaysian betul! tadi orang Cina, balik orang India! Orang Melayu Islam sibuk dengan tarawih kut. Bagus. Ibadah setahun sekali. Mycar bulan lain pun boleh. Pemandu berbangsa India tersebut sangat peramah. Dia tanya berbuka makan apa. Saya cakap saya makan nasi. Saya juga ada menjelaskan SOP di masjid mengatakan bahawa tak boleh berbuka di masjid, sembahyang sahaja dibenarkan. Alang-alang tu nak juga impress dia dengan bahasa Tamil yang dipelajari.Tapi yang sempat sebut nandri je. HAHAHA takpelah.
Alhamdulillah sampai di rumah. Letih tapi bersyukur sangat-sangat. Lama tak pergi Masjid Wilayah ni, cecah 5 tahun mungkin ke lebih lagi. Rindu betul nak pergi lagi. Tapi tambang MyCar lah 'sedih' sikit. HAHAHA. Harini nak solat dekat mana pula ya? Masjid Negara sebenarnya belum pernah pergi lagi. Kita cubalah kalau Allah izinkan.
Terima kasih kerana membaca entri ini dan berjumpa kita di entri akan datang!
Ulasan