Langkau ke kandungan utama

#2 Ramadhan : Iftar di Mamak dan Tarawih di Hang Tuah



Assalamualaikum para pembaca blog semua! Selamat berpuasa! Rasanya panggilan para pembaca blog tak melekat di jiwa sangatlah. Nak panggil apa ya? Panggil korang Hasanzali Lovers boleh tak? panjang sangat campur meluat pulak HAHAHA. Tahlah, itu nanti fikir.


Harini ada pembentangan Latihan Ilmiah. Tesis gitchew. Kawan-kawan lain semua rasa nervous, gementar gemuruh segala mak nenek dia. Saya pula rasa mengantuk. HAHAHA. Gemuruh tu tak datang sebab puasa barangkali.


Kumpulan saya bentang pada pukul 9 pagi. Kumpulan pertamakan. Jadi saya punya bahagian yang terakhir sekali; bentang tentang rumusan dan kesimpulan. Memang malaslah cara bentangnya. Semalam berlatih pun main-main HAHAHA. Nasib baik dapat bentang dengan Ustazah Nabilah, ustazah yang ajar Bahasa Arab Komunikasi masa semester dua dahulu. Ustazah seorang yang santai dan sangat mesra pelajar. 


Tengah-tengah bentang, tiba-tiba bateri laptop 'running low'. Aaasudah, pishang matt. Saya pun minta maaf, tutup kamera dan mikrofon, bergegas mencari pengecas. Kalut, kalut. Kemudian sambung semula. Hahaha. Alhamdulillah berjalan lancar.


Barailah barai HAHAHA.

Seusai pembentangan Latihan Ilmiah, disambung dengan kelas. Masuk Google Meet, tengok kejap tahanlah mata. Dah habis, tidurlah adat seorang bernama Ihsan. HAHAHA.

Bangunlah putera kacak ini pada 2 petang. Mandi dan solat Zohor. Din ada ni kira Iftar sekalilah. Tak sanggup dah iftar macam gelandangan HAHAHA. 

Petang itu. Dalam pukul 6.40 petang, kami pergi mamak. Iftar mamak rasanya tak pernah dalam hidup saya. Ke saya lupa? Tahlah.

Iftar nasi kandar takyah citer lebih, PADU BAKHANG.

Uii, sempat tak ya nak tarawih kat Kampung Baru ni? Balik bergegas solat Maghrib, memikirkan sempat ke tidak tarawih ni. Elok dah gerak sampai Miharja, Din telefon. Katanya tak cukup baki nak tambah nilai pas pengangkutan awam. Sudah. Dia suruh tunggu kat Chan Sow Lin. Isyak dah lepas dah.

Dah habis Isyak masih di Chan Sow Lin.

Malam ni kalau Kampung Baru tak sempat dah kut. Kita pergi Masjid Bukhary kat LRT Hang Tuah jelah. Masjid ni memang sebelah LRT je. Taklah jauh dari LRT macam Masjid Jamek Kampung Baru.

Masjid Al-Bukhary.

Masjid ni selesa sangat. Tak pasang penyaman udara rasanya. Tahlah. Sejuk ni tak tahu sebab hujan atau sebab penyaman udara.


Masjid Al-Bukhary. Jalan Hang Tuah, jiran dengan stesen Monorel Hang Tuah.


Kalau Masjid Jamek Kampung Baru lampu hijau bling-bling, Masjid Al-Bukhary tampil dengan cahaya emas yang elegan mewah-mewah gitu.


Masjid ni tiada lampu kandelier. Takdelah gerun HAHAHA.


Dewan solat utama Masjid Al-Bukhary.

Menara tertinggi di Malaysia masih lagi dalam pembinaan.


Kucing jejantas LRT Hang Tuah. Saya bagi nama Cik Puteh Tompok Perang Kechil Chomel Molek. Semoga berjumpa lagi! Nak sentuh tapi takut Covid apolah HAHAHA.

Masjid ni pukul 10 dah habis 23 rakaat. Boleh sangat nak solat tanpa terlepas LRT. LRT tutup pukul 12 nak risau apakan. Samapi bila nak 8 rakaat je gaiss. Baca pun pendek-pendek. Berapa hari tu nak habis satu Juzuk tu. Sebelum balik Subest rasanya nak solat lagi dua tiga kalilah kat sini.

Sekian sahaja entri kali ini. Terima kasih kerana membaca dan jumpa lain hari!

Saja nak Throwback Israk Mikraj haritu. Layan gaiss.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Masjid yang Berdekatan dengan LRT, MRT dan Monorel

Assalamualaikum, apa khabar pembaca blog semua! Salam Ramadhan! Alang-alang sekarang ni PKPB, berjalan-jalanlah kita pergi bazaar Ramadhan dan solat Tarawih di masjid. Tapi pastikan kalian patuhi SOP ya. Saya duduk kat rumah sewa di KL ni, tak dapat balik lagi sebab tunggu barang Shopee tak sampai lagi. Barang tu bukan main lagi berjalan dari Petaling Jaya ke Bukit Bintang, ke Petaling Jaya hampir 3 kali. Sakit hati pun ada. Dugaanlah katakan.  Jadi, bila kat KL ni, nak juga berjalan-jalan selagi patuh SOP ni. Tarawih kat masjid-masjid besar pun menarik juga. Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda masjid-masjid yang korang boleh pergi solat tarawih di ibukota raya ni. Ecewah. kredit: https://www.klia2.info/rail/klia-transit/#check-klia-transit-fare Dari pelusuk manakah anda berada, turun di stesen...... 1. STESEN PASAR SENI : LRT Laluan Kelana Jaya/MRT Sungai Buloh - Kajang Masjid Negara. kredit: Pinterest Keluar melalui jejantas yang menuju ke stesen KTM Kuala ...

MENGAPA PILIH UKM BERBANDING UIA?

ini dari sudut pandangan peribadi seketul Ihsan Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Muda merupakan salah satu impian dalam lipatan kehidupan Ihsan. Sudah sekian 3 tahun Ihsan berada dalam industri Haji dan Umrah ini, Ihsan akui sangat seronok bekerja menyantuni bakal tetamu Allah.       Berbekalkan pengiktirafan pengajian dari Baitulmal, Alhamdulillah Ihsan dapat menyertai industri ini dengan jayanya lebih-lebih lagi sekarang (ketika esei ini ditulis), Ihsan sudah dua bulan berkhidmat di Andalusia Travel & Tours dekat ibu pejabatnya Desa Pandan.      Disamping usia yang semakin meningkat, ada baiknya untuk Ihsan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda, barangkali untuk mendapat gaji lebih lumayan, akan tetapi jauh di sudut niat Ihsan betul-betul memasang matlamat untuk sekadar menelaah ilmu dan memperkaya pengalaman.      Tapi, Ihsan nak sambung belajar di man...

Cerpen: Asyraf Safarahan 2

Ramai keliru, Fazwan ke Hazwan? Nah, sahabatku namanya Fazwan, aku ada adik lelaki bernama Hazwan. Jadi peninglah pembaca. Minta maaf. Sahabatku Fazwan banyak bertanya soalan dengan aku. Tanya apa saja yang dia nak tanya. Tapi banyak kepada penampilan. Pasal baju, pasal seluar, pasal rambut dan banyak lagi. Dia tak suka sembang pasal perempuan. Yelah, dia tak hensem pun. Tapi, dia ada usaha untuk menarik perhatian perempuan. Dia seorang yang rajin belajar. Dia pandai matematik. Dia kritis orangnya. Kreatif pun kreatif. Dia suka tulis cerpen. Karya dia pernah tersiar di The Harapan Post. Hebat orangnya. Tapi perempuan pilih rupa. Takde apalah.   Apapun, setiap pertanyaannya, aku akan cuba bagi jawapan yang terbaik. Aku tak suka memberi jawapan yang menghampakan. Tatkala tindakan dimulakan, itu adalah gerak kerja yang baik. Tapi, menahan sahaja yang mampu. Yelah, apakan daya perancangan itu urusan tuhan.   “Asyraf, hensem tak aku pakai baju turtleneck?,” tanya Fazwan. Ai...