Airmataku bergenang, hingga teresak perlahan. Bersedu-sedu, bagai meratapi sebuah kematian.
"Hai Khairul, mengapa ni? Berair saja mata. Dukacita apa?," sapa ibu Khairul yang begitu hairan dengan kesedihan Khairul itu.
Khairul segera mengesat airmatanya. Dia agak beremosi, perasaannya terbawa-bawa hingga menjuraikan air mata.
Khairul berasa sangat sedih apabila mengenangkan apa yang terjadi, adakah ini nasib kehidupannya.
------
Selasa. Ketika itu, Khairul sedang bersiap-siap untuk ke kolej untuk kelas 8 pagi. Dia gerak ke kolej bersama Aisar dan Muhaimin.
Aisar dan Muhaimin merupakan sepasang kawan baik. Mereka ibarat belangkas. Kemana sahaja pasti berdua. Rahsia-rahsia mereka kongsi bersama. Keakraban itu tiada bandingnya.
Saat bepergian ke kampus, Khairul berjalan beriringan dengan mereka berdua. Akrabnya mereka sehingga terpisahnya jalan. Khairul berjalan berseorangan sedangkan Aisar dan Muhaimin berjalan berdua meninggalkannya. Dari tersisihnya itu, dilihat gelak ketawa dan riang Aisar dan Muhaimin berceloteh.
Sekali Khairul agak terkecil hati.
-------
Kafeteria. Khairul turun ke kafeteria untuk mengisi perut, makan tengah hari. Khairul pergi ke kafe bersama Aisar dan Muhaimin juga.
Mereka bertiga pun duduk di tempat duduk yang disediakan. Waktu puncak ini semestinya menjadi rebutan untuk duduk makan tengah hari.
"Korang nak makan tak?," tanya Khairul.
"Aku kalau Min makan, aku pun makan," kata Aisar. Aisar menurut sahaja kelakuan Muhaimin.
Yalah, biasanya orang yang tampan punya pendamping. Mereka ke mana-mana pasti diiring. Sekiranya tersenyum, pasti cair hingga buta mata yang melihatnya. Sedangkan lelaki yang kurang tampan pastinya dunia berlaku zalim.
Muhaimin pun mahu makan. Dua kali, Khairul berkecil hati. Ajakannya ditolak, tetap Muhaimin juga menjadi subjek perlakuan sehari-harinya.
Kelakuan Aisar bagai menyisihkan Khairul secara perlahan.
Atau perasaan Khairul yang terlalu beremosi? Entah.
---------
Waktu malam. Khairul baru sahaja selesai sembahyang Isyak. Dia mencapai telefon pintarnya, membuka sembang Whatsapp. Dia saja, ingin bersembang dengan Muhaimin.
"Assalamualaikum,"
"Waalaikumsalam, ada apa rul?"
"Kau nak datang tak kolej Khamis minggu depan? jumpa Puan Salina,"
"Aku tak tahu lagilah,"
"Ouh, okay."
---------
Khamis. Khairul datang ke kolej, ketika cuti semester saat majoriti siswa tiada di kampus. Dia pergi ke fakulti Etnologi untuk bertemu Puan Salina.
Seusai berurusan, eh terserempak dengan Muhaimin yang diiringi Aisar.
"Kata tak datang?"
"Si Aisar ajak aku teman dia,"
Terkilanlah Khairul akan perlakuan Muhaimin. Walaupun bersahabat rapat, tapi eratnya longgar. Khairul bagaikan berseorangan, disisihkan sahabat sendiri.
Khairul cuba bersahabat, mendampingi lebih rapat, namun mungkin kerana tiada daya tarikan, tidak good-looking seperti Muhaimin, itu kata hatinya dia disisihkan.
Khairul bersahabat dengan Muhaimin seperti sahabat-sahabat kebiasaannya. Mungkinlah, mungkinlah Dia dengan Muhaimin tiada minat yang sama, tiada persamaan yang ketara jadi keserasian itu tiada.
Dimain pula Aisar dengan kelakuan pasifnya selagi Muhaimin tidak berjejak.
Khairul mengadu pada Daniel, sahabat lainnya yang tua 3 tahun dengannya.
"Alah kau ni, takde apalah, mungkin diorang sibuk, janganlah ambil hati," kata Daniel ibarat membela si Aisar dan Muhaimin.
Khairul terbawa-bawa perasaannya hingga berdukacita dengan kelakuan sahabatnya itu. Sahabat atau sekadar kawan, renggangnya seperti kenalan.
Dukacita itu ditamatkan Khairul. Dia bangkit, mandi dan sembahyang sunat dua rakaat. Dia tidur dan melupakan bawaan perasaannya.
Hikmahnya, sahabatnya masih erat bersamanya. Tidaklah dia perlu berdukacita senantiasa.
-tamat-
Ulasan