Tum!
Tum! Tum!
Tiga
das tembakan berturut-turut. Datu Maznan Ali rebah dengan dada yang berlumuran
darah. Dalam kegelapan itu, tiada siapa tahu siapa yang tembak. Tahu-tahu,
peluru menyinggah di dada.
“Puan,
Datu sudah meninggal dunia,” Zahirah mengelap sungai airmatanya. Malam itu dia
telah kehilangan suaminya buat selama-lamanya. Datu Maznan Ali ditembak di
hadapan kediaman agamnya di Bukit Dandelion. Mayatnya sedang melalui proses
post-mortem di Hospital Besar Manikar. Zahirah mahu arwah suaminya dikebumikan
malam ini juga.
“Puan,
saya rasa elok kita………” permintaan Datu Izham ditolak bulat-bulat. Zahirah mahu
jenazah suaminya segera diuruskan. Cukuplah post-mortem kalau nak cari punca
kematian. Kasihan pada mayat yang terbujur kaku. Datu Izham merupakan sahabat
baik Datu Maznan Ali.
“dah
terlambat Izham. Nasi sudah menjadi bubur,” Zahirah memuka penyesalan.
---------
Sebulan
sebelum. Manikar bakal menjalani pilihan raya presiden yang pertama. Maka,
beberapa parti politik mula ditubuhkan dan menamakan calon pilihan mereka.
Terdapat beberapa parti politik iaitu Parti Demokrasi Rakyat (PDP), Parti
Liberal (LP) dan Parti Cinta Manikar (PCM).
Datu
Maznan Ali merupakan seorang ahli perniagaan yang kaya di Manikar. Beliau
menguruskan 15 buah stesen minyak, perusahaan minuman sejuk beku dan ayam
segar. Boleh dikatakan beliau seorang yang kaya. Beliau dicalonkan untuk PCM.
Pencalonan
itu dibuat tanpa pengetahuannya oleh Datu Imran dan Datu Anam.
“Kita
cuba menangkan hati rakyat Manikar. Kau sendiri tahu, pengaruh kau di Manikar
ni,” Datu Imran memujuk Datu Maznan.
“kuasa
demokrasi kini di tangan kita, Nan. Kita dapat kuasai Manikar,” giliran Datu
Anam pula memujuk.
Nampak
sangat dua orang tu gilakan kuasa. Datu Imran, pengurus Manikar Post. Dia ada
kuasa besar dalam berita. Datu Anam, pengurus Gayagun Hotel Manikar. Kalau
bukan Datu Maznan yang sumbangkan saham pada mereka berdua, tentunya firma
media dan perhotelan itu tiada makna. Datu Maznan serba salah. Dia risau
imejnya. Apabila berpolitik, dia kena ada pendirian. Mencari salah lawan.
Menyusun janji pada marhaen. Dia orang penting Manikar. Dia takut dia tersalah
langkah. Jawatan Presiden itu tidak menggodanya sama sekali. Dia sudah kaya.
Jawatan itu tidak ada gunanya. Makin sibuk adalah.
Dia
pun minta berfikir untuk dua hari. Datu Imran dan Datu Anam akur.
---------
“sayang,
patutkah abang sertai politik ini?,” Datu Maznan Ali bertanyakan pendapat pada
isterinya, Zahirah.
“abang
kena jaga imej Manikar abang. Abang orang penting di Manikar,”
“apakah
politik menjaminnya sayangku,”
“saya
rasa, abang takpayahlah masuk. Demokrasi itu zalim,”
---------
“demokrasi
tak zalim Nan, kita bagi peluang dekat rakyat untuk pilih kita. Rakyat ada hak.
Rakyat ada hak memilih,” kata Datu Anam. Dia membidas hujah kezaliman itu.
Lihat saja beratus negara diluar sana yang mengamalkan demokrasi. Bahagia je.
Datu
Maznan Ali serba salah. Dia tidak mahu, namun desakan sahabatnya mula buat
dirinya mengalah.
Datu
Maznan diberitahu, calon dari Parti Liberal ialah sahabat sekolahnya sendiri,
Datu Alyaa Rushdi. Alyaa belajar di London. Pasti fahaman sekularisme
dikuasainya. Dia menuntut hak wanita secara agresif. Dia mahu wanita ada hak
berpakaian sendiri. Dia mahu hak wanita keluar pada waktu malam untuk bersosial
dan hak jawatan tertinggi dalam pentadbiran.
Lawannya
yang lain, Jamil Azfa mewakili Parti Demokrasi Rakyat. Dia berpendirian
keadilan, dan pelaksanaan infrastruktur.
Datu
Maznan Ali masih bersandar di mejanya. Sibuk dengan urusan stesen minyaknya,
dia didatangi Datu Imran dan Datu Anam.
“ini
ke manifestonya? Apa aku takfaham ni,” Datu Maznan mula membelek dokumen itu.
Manifesto Parti Cinta Manikar. Menjamin kesaksamaan ekonomi Manikar.
Meningkatkan taraf hidup Manikar. Dah, Datu Maznan tidak faham.
“ini
dipanggil manifesto. Janji kita bila menang nanti, kita nak bagi apa kat
rakyat,” terang Datu Imran.
Datu
Maznan terkejut. Ini rupanya berbilion rakyat negara demokrasi hadapi untuk
memilih pemimpin. Dia bukan tak tahu langsung pasal demokrasi. Dia sering
keluar negara. Negara-negara yang dia pergi tidak mengamalkan pemerintahan
tenokrasi macam negara dia. Semua negara demokrasi. Rakyat diberi peluang untuk
pilih siapa yang memimpin.
Semasa
berada di sebuah negara asing, negara itu sedang di ambang pilihanraya. Dia
menyusur sepanjang jalan, sepanduk, poster dan panji-panji parti politik
bersepah merata-rata. Rakyat berbelah fahaman. Ada pihak sini, ada pihak sana.
Dia pernah saja-saja masuk dalam ceramah manifesto. Hajat nak makan roti jala
sahaja, tapi pemimpin di podium tak habis-habis mengota janji. Nak bina klinik,
nak bina tangki air, nak sediakan jaringan WiFi lagi. Kemudian
memburuk-burukkan pemimpin parti lain. Provokasi demi provokasi. Rakyat marhaen
terus ditipu daya dengan manis gula kata calon. Pidato menggamit hadirin.
Malam
sebelum hari mengundi, bukan main bersepah lagi jalan-jalan. Poster, bendera
dan macam-macam lagi. Pos kawalan mengundi tiap-tiap malam menyaji makanan.
Ikan bakar, pulut kuning hinggalah pisang tandan. Ini senjata katanya.
Itu
belum lagi. Calon parti mula merebahkan lembu, dibuat kenduri, doa selamat dan
solat hajat. Ada yang memberitahu Datu Maznan bahawa calon pilihanraya itu
pergi mengerjakan Umrah di Tanah Suci, berdoa memohon hajat supaya menang
pilihanraya. Di tanah air ini ada lah yang berbagi beras, susu dan gula pada
orang fakir. Bagi duit dua ratus. Rakyat apa tahu? Cakap ouw baguslah calon
kita ni, nilah calon yang kita nak!
Datu
Maznan memerhati dan menyimpannya sebagai pengalaman. Negara dia bukan negara
demokrasi, namun dia tahu apapun boleh terjadi. Lihat saja hari ini. Manikar
diberi kuasa demokrasi. Rakyat Manikar diberi mata untuk mengenali pemimpin
mereka sendiri.
---------
Sepanjang
tempoh pilihanraya itu, Datu Imran dan Datu Anam menguruskan semuanya. Datu
Maznan hanya tahu merenung di jendela memikirkan nasibnya. Pada manifesto itu,
dia meneliti.
1.
Membangunkan Manikar sebagai sebuah Pulau Bebas Cukai
2.
Meningkatkan Taraf Hidup Penduduk Manikar
3.
Membangunkan Infrasturuktur Pusat Komuniti Manikar
4.
Memberi Bantuan One-Off OSR200 sebulan kepada Gelandangan
5.
Menaiktaraf Jalanraya
Hurm,
menungnya panjang. Baginya, sistem tenokrasi sangat efektif. Kenapa perlu
demokrasi? Dia mahir ilmu perniagaan sahaja. Ilmu senibina atau ekonomi, kurang
bahkan tiada.
“Demokrasi
ini identiti dunia. Negara kita je yang pelik tak serupa dengan ramai-ramai,”
Datu Maznan teringat kata-kata pensyarahnya. Menurut pensyarahnya lagi, amalan
demokrasi sudah terbiasa pada masyarakat dunia hari ini. Orang bodoh, orang
jahat pun boleh diangkat menjadi pemimpin melalui demokrasi. Dunia makin rosak
angkara demokrasi. Begitulah rakyat Osani dibasuh minda mereka untuk membenci
demokrasi. Dan Manikar dipilih untuk eksperimen demokrasi. Bagaimanakah
keberkesanan demokrasi?
Datu
Alyaa Rushdi lantang berpidato di Dataran Baisaku Chinagi. Segala hak
kesamarataan mula dizahirkan. Adapun yang relevan seperti hak wanita mahupun
hak LGBT perlu dihormati. Apa? Apakah dunia sudah terbalik? Memanglah tak
kunyit, serai tapi menghormati mereka ibarat redha dengan apa yang mereka buat.
Gilakah? Sebut sahaja liberal, maka isme-isme tahyul topeng tamadun mula
tersenarai. Jelas bertentangan dengan syariat. Lari habis. Dia begitu bimbang. Dia
ahli perniagaan yang patriotik. Dia sayangkan negaranya. Osani mempunyai
pemerintahan Tenokrasi Islam. Bagaimana isme bodoh ini boleh terserap dalam
pentadbiran atasan? Namun dia tahu, baginda raja dan kabinet atasan mempunyai
alasan tersendiri.
Jamil
Azfa, seorang graduan segar dari sebuah universiti dari luar negara. Dia
mempunyai fahaman teguh terhadap hak ketuanan bangsa. Berbekalkan ilmu siasah
demokrasi yang ditimbanya di luar negara, dia mahu measimilasikan demokrasi
pada masyarakat Manikar. Memilih pemimpin itu hakikat duniawi, maka sebagai
rakyat pilihlah dengan baik. Manusia semua jahat, baik pun hanya sebesar
biji-biji tembikai. Maka pilihlah yang paling kurang jahat dikalangan mereka.
Satu panahan padu buat rakyat Manikar.
Datu
Maznan mundar-mandir. Dia tak mangli dengan demokrasi. Dia diheret oleh
rakan-rakan yang berhutang budi dengannya. Akibat melayan ini jadinya.
“Nan,
kau baca teks ni Nan. Yang lain kau takyah risau, aku dengan Anam uruskan,”
terlihat jelas bahawa Datu Maznan Ali hanya boneka mereka. Dia akur sahaja.
Bimbangkan konglomeratnya ditahan saja.
Datu
Maznan berucap. Teks dilihat sekejap-sekejap. Orang ramai terpegun dengan kata-katanya
walaupun hanya sebuah salinan kertas diatas rostrum. Malam itu ribuan penduduk
Manikar membanjiri Padang Mabui Janana, tempat reakreasi yang paling meriah di
pulau itu. Ucapannya lancar. Diboneka terus diboneka. Serasa bagaikan mati akal
rela diperlakukan begini. Datu Imran dan Datu Anam bersorak bersama hadirin.
Mereka berjaya mengawal Datu Maznan. Datu Maznan sebenarnya……
Merelakan
kerana ingin tahu kemuncak dirinya. Dia ingin tahu apa yang terjadi pada
dirinya setelah menjunam diri dalam politik. Dia mengembara banyak negara tapi
dia tak tahu apa yang tersirat. Ini masanya.
---------
Hari
mengundi Manikar. Setengah juta penduduk Manikar telah berdaftar menjadi
pengundi tiba untuk menjalani sebuah erti demokrasi. Tutorial demi tutorial
diajar namun masih ada yang terkial-kial. Mereka tak biasa. Apapun hari yang
panjang itu berakhir sempurna.
Stadium
Tertutup Manikar merupakan satu-satunya pusat pengiraan undi.
Berbondong-bondong peti undi mula dibongkar dan dihisab.
12
tengah malam. Parti Cinta Manikar bercalonkan Datu Maznan Ali menang. Datu
Imran dan Datu Anam seakan tidak percaya. Mereka sangka untuk memecah undi, tak
sangka pula menang. Kegirangan mula diraikan.
Datu
Maznan hanya bersandar di pejabatnya dikala malam yang larut. Dia kan boneka,
nak rasa menang tu payah. Dia serba salah. Apa tugas dia selepas ini pun dia
tak tahu.
---------
Satu
malam di hujung minggu selepas kemenangan PCM. PCM mengadakan sebuah mesyuarat
rahsia di Restoran Ballchamp di Menara Mabui Janana. Sebuah restoran mewah dan
elit terletak di tingkat teratas menara tertinggi di Manikar. Sebuah bilik
bankuet disewa untuk mesyuarat itu.
“dengan
kemenangan Datu Maznan, kita dapat kuasai Osani dengan mudah!,” sahutan
kegembiraan berwajah nafsu. Datu Maznan, boneka kita sudah dijulang. Impian
untuk mengubah Osani kepada sebuah negara demokrasi sedang dalam perbincangan.
Semakin
lama semakin jijik. Najis-najis siasah mula dihujahkan. Demi kuasa, sanggup
buat apa saja. Datu Maznan sudah terlambat. Dia sudah jatuh ke dalam kolam
kezaliman. Pengaruh mereka di luar negara sangat kuat. Kongsi gelap mahupun
samseng sedia menjaga kongres mereka.
“tak
boleh ni, An, Nam. Ni zalim. Kita diberi amanah daripada Allah, kita kena
laksanakan tanggungjawab kita dengan betul,”
“kau
apa tahu Nan. Kau jadi boneka kami pun dah cukup baik. Ikut sahaja cakap kami.”
Jari telunjuk melalu garis di leher, ugut bunuh kepada Datu Maznan. Sedarlah
dia selama ini diperalatkan oleh sahabat munafiknya. Satu persatu ciri munafik
terzahir. Dia mula menentang.
“amanah
Allah! Kalian membonekakan manusia demi kuasa! Korang ni jijik!,”
“kau
melampau Nan, tapi takpe, kau kan presiden Manikar. Hahaha. dia tak boleh
terima lagi tuh, shocked lagi tuh,” Datu Anam geram namun menenangkan dirinya.
Mesyuarat
itu membincangkan ‘halatuju’ PCM. Pada hakikatnya mereka cuba untuk ubah sistem
politik Osani. Datu Maznan banyak diam sahaja dan mengiakan. Ugutan tadi
mengacau mindanya.
---------
Pagi
itu. Istana Malinda Jauhari. Istiadat pelantikan Datu Maznan Ali sebagai Presiden
Manikar. Istiadat itu dilaksanakan dihadapan Gabenor Manikar, Datu Bijaksana
Jaya Abdullah Wajdi. Ianya merupakan titik bersejarah di Osani. Sebuah pulau di
negara itu telah mengamalkan demokrasi. Siaran langsung di televisyen meriuhkan
suasana. Manikar mempunyai pemimpin dibawah nama demokrasi.
Majlis
itu berlangsung dengan lancar. Balai penghadapan dibanjiri tetamu-tetamu asing.
Puak-puak yang membonekakan Datu Maznan juga hadir.
Ketika
siaran langsung itu, tanpa angin bertiup pokok bergoncang. Datu Maznan mengoyak
surat pelantikan itu. Dia mengelak bersumpah. Dia keluar dari balai
penghadapan. Aksi itu terakam di televisyen. Seluruh hadirin di Istana Malinda
Jauhari terkejut. Bahkan jutaan rakyat Osani yang menonton turut terkejut.
Gabenor pun pening. Demokrasi ada koyak-koyal surat pelantikankah?
Perkara
ini tentunya memalukan Datu Imran dan Datu Anam. Mereka pada mulanya menyesal
mengugut bunuh pada Datu Maznan namun bertukar menjadi dendam kesumat. Keaiban
ini perlu dibayar dengan darah!
---------
Arwah
Datu Maznan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Mabui Janana pada malam itu
juga. Kebenciannya pada kezaliman diharapkan terbayar dengan pemergiannya yang
syahid.
Datu
Izham sudah bersedia. Berbekalkan kot arwah Datu Maznan Ali, dia pergi ke
kediaman Gabenor Manikar, Datu Bijaksana Jaya Abdullah Wajdi untuk menunjukkan
bahan bukti. Dia menunjukkan sisa peluru dan sekeping nota wasiat. DBJ Abdullah
sedia membantu menyelesaikan kes ini.
Rumah
agam Zahirah mula dipagar untuk siasatan. Kesan-kesan dijejaki. Akhirnya, kes
ini berjaya dibongkar.
Datu
Imran dan Datu Anam dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh Datu Maznan.
Orang-orang yang bersekongkol dengan Datu Imran dan Datu Anam turut dihukum.
Kerajaan Osani menarik balik sistem demokrasi yang tidak sesuai dilaksanakan di
negara itu. Pentadbiran pulau kini
dipegang semula oleh Gabenor bersama kabinet tenokrat.
Sinar
mentari pagi menyinari Manikar. Rakyat Manikar bersyukur mempunyai pemimpin
yang ahli pada bidangnya, bukan semata dipilih melalui kertas undi semata-mata.
Rakyat dunia mahu pemimpin yang berjiwa agama memegang negara, mempunyai
kepakaran dan berautoriti. Sistem demokrasi propaganda barat telah memusnahkan
kredibiliti pemimpin yang layak diseluruh dunia.
-tamat-
Ulasan