Nabil seorang pelajar yang nakal. 'Naughty boy' lah kiranya. Naughty boy ni senang faham bukan akhlaknya nakal, tapi gaya penampilan itu yang bersahaja dan selamba. Hensem takpelah naughty boy. Hurm kalau yang takde rupa tu takpayahlah berangan nak jadi naughty boy. Mengundang meluat orang saja. Nabil bersahabat dengan Ashraff dan Najmi. Akan tetapi perwatakan mereka berdua tidaklah sepertinya. Ashraff seorang yang perfectionist. Ketampanannya sering kemas. Santai-santai pun istiadat betul pakaiannya. Najmi pula ringkas orangnya. Orang kalau sudah good-looking, pakai baju t shirt putih sama seluar denim pun tertawan. Hurm cuba kita yang pakai, nampak macam baru balik rumah. ---------- Pagi 1 Ramadan di kampus. Nabil, Ashraff dan Najmi baru sahaja selesai kelas 8 pagi mereka oleh pensyarah paling bosan di Universiti Seri Anjayang, Puan Ariana Windsor. "Bil, woi bangun," Ashraff menepuk bahu Nabil mengejutkannya. Nabil membuka mata, menggeliat dan mengusap cecair tidu...
Sekali Menulis, Selamanya Menulis