Assalamualaikum para pembaca sekalian! Apa khabar semua, huh! Letih hidup sebab banyak tidur. Tak produktif betul hidup HAHAHA.
Entri kali ini ingin menurunkan catatan yang tertangguh; mengingatkan kembali momen saya hilang dompet. Dalam kekalutan saya, Allah uji.
Pada 6 ke 7 Ramadhan haritu, saya pergi ke Masjid As-Syakirin KLCC.
Sabar dulu, nak cerita pasal berbuka.
Dari rumah sewa, saya bergerak ke Kampung Baru. Haritu pernah berbuka di sana, tapi berbuka kat luar masjid makan samosa. Alhamdulillah. Tapi kali ini saya ingin makan di kedai pula. Hujan gerimis begitu menyejukkan tubuh.
LRT Kampung Baru.
Nasi Lemak Wanjo sambal kerang. Padu, harga pun 'padu'.
Selepas solat fardhu Maghrib di Masjid Jamek Kampung Baru, saya meneruskan impian untuk tarawih di KLCC. Hujan pun dah semakin surut.
Dari LRT Kampung Baru, hanya beberapa stesen tibalah di KLCC. Dari stesen, saya keluar ke hadapan KLCC untuk ke masjid.
Pintu masuk syarikat Maxis. Macam drama korporat K-Drama.
Isetan ke You Setan? HAHAHA.
Hotel Four Seasons. Hotel tertinggi di Malaysia.
Tinggi punya hotel sampai sakit leher mendongak.
Jalan sebelah Hotel Four Seasons menuju ke masjid. Tengah ada pembinaan apa tah.
Masjid As-Syakirin KLCC disimbah hujan rahmat Ramadhan.
Subhanallah, cantiknya!
Sedap betul suara azan. Bergema memeluk tiang-tiang masjid ini.
Tempat wuduk kat bawah, turun tu ada tangga dengan lampu. Takdelah gelap-gelita sangat.
Dewan solat utama.
Dari tingkat atas.
Chandelier besar. Boleh tahan gerun.
Anggunnya.
Tangga pun berkarpet.
Turun tangga pun nak video jugak HAHAHA
Selamat Datang!
Kanak-kanak bukan takleh datang ke?
Papan digital di hadapan masjid.
Masjid ini saya tak pasti sama ada 8 atau 20. Saya sempat dua rakaat sahaja. Perut buat hal. Imam masjid sangat 'layan'. Baca pun agak panjang. Pukul 9.45 kut habis 8 rakaat. Tahlah, sebab balik awalkan.
Haih, rasanya malam itu juga Allah uji, dompet saya hilang. Sesampainya di stesen LRT di rumah, saya meninggalkan tren agak terburu-buru.
Pagi esoknya, baru tersedar hilang beg duit. Cuainya, sebab simpan di poket punggung kanan. Licin barangkali.
Nak cerita lebih, kita jumpa di entri seterusnya!
Ulasan