Langkau ke kandungan utama

Takziah Buat Sahabat

Entri ini agak sedikit melankolik.

Baru sahaja malam malam tadi, saya menerima satu mesej dari sahabat karib saya, Meer yang baharu sahaja kehilangan ayah beliau kira-kira pukul 10 malam tadi. Rakan serumah sewa kami menzahirkan takziah buatnya.

Perkongsian tentang ayah Meer ini sudah saya ketahui lama. Meer ini merupakan sahabat saya dari Maahad Amir di Kelantan lagi. Setelah bertahun berpisah, kami bertemu semula di kolej di Kuala Lumpur ini dengan takdir Allah. Dia merupakan junior saya, saya ambilan April manakala dia adalah ambilan Julai. 

Sebelum pandemik, kami jarang berhuung berikutan jadual kelas yang agak berbeza. Masuk semester tiga, kami lebih dekat kerana menginap di rumah sewa sekali. Dari situ saya lebih mengenalinya dari zaman di maahad dahulu.

Meer sering berulang-alik ke rumah walaupun duduk di rumah sewa. Dia menjaga ayahnya yang sakit. Sementelahan pula, dialah anak harapan keluarga. 

Semasa PKPP tahun lalu, kami berjumpa semula. Saya suka membuat kejutan pada Meer apabila saya datang ke Kuala Lumpur tanpa mengkhabarkan padanya. Dia pun marah-marah ketawa sebab datang tak beritahu. Dia mahu datang tapi saya sentiasa mengingatkan keutamaannya adalah bapanya. Saya tidak kisah apa pun, mungkin kedatangan saya adalah disaat bapanya memerlukannya. Namun, Meer tetap menyediakan masa. 

Malam itu, kami pergi makan di sebuah kafe gaya muda-mudi di Kampung Baru, KL. Kami sempat pergi dua kali. 

Banyak kali juga saya berhubung dengan Meer setiap kali saya ke Kuala Lumpur. Kebaikan Meer membuat saya sering rasa bersalah sebab selalu belanja. 

Soal ayahnya, saya sendiri pernah menemani Meer pergi mengunjungi ayahnya di Institut Jantung Negara (IJN). Saya tidak naik ke wad kerana bukan ahli keluarga. Sekadar melepak di lobi saja. Saya sangat kagum dengan Meer yang tabah dengan ujian ini. Meer seorang yang ceria, periang namun susah sungguh melihat riak hiba di wajahnya.

Seringkali saya mendengar Meer bercerita tentang ayahnya. Saya senantiasa menenangkan Meer. Saya cemburu dengannya kerana dia dapat berbakti dengan bapanya, sehingga akhir hayat. 

Berita malam tadi semestinya mengundang hiba buat Meer sekeluarga. Allah menyayangi ayah Meer. Ayahnya pergi di bulan Ramadan yang mulia ini, di pintu 10 malam terakhir. Mulianya tarikh pemergian itu.

Meer, aku harap kau kuat Meer. Semoga Allah merahmati pemergian ayahandamu.

Pembaca sekalian, ayuh kita sedekahkan Al-Fatihah buat ayah Meer semoga dicucuri rohnya dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

AL-FATIHAH.

kredit : https://www.pinterest.com/pin/77968637287965359/


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Masjid yang Berdekatan dengan LRT, MRT dan Monorel

Assalamualaikum, apa khabar pembaca blog semua! Salam Ramadhan! Alang-alang sekarang ni PKPB, berjalan-jalanlah kita pergi bazaar Ramadhan dan solat Tarawih di masjid. Tapi pastikan kalian patuhi SOP ya. Saya duduk kat rumah sewa di KL ni, tak dapat balik lagi sebab tunggu barang Shopee tak sampai lagi. Barang tu bukan main lagi berjalan dari Petaling Jaya ke Bukit Bintang, ke Petaling Jaya hampir 3 kali. Sakit hati pun ada. Dugaanlah katakan.  Jadi, bila kat KL ni, nak juga berjalan-jalan selagi patuh SOP ni. Tarawih kat masjid-masjid besar pun menarik juga. Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda masjid-masjid yang korang boleh pergi solat tarawih di ibukota raya ni. Ecewah. kredit: https://www.klia2.info/rail/klia-transit/#check-klia-transit-fare Dari pelusuk manakah anda berada, turun di stesen...... 1. STESEN PASAR SENI : LRT Laluan Kelana Jaya/MRT Sungai Buloh - Kajang Masjid Negara. kredit: Pinterest Keluar melalui jejantas yang menuju ke stesen KTM Kuala ...

MENGAPA PILIH UKM BERBANDING UIA?

ini dari sudut pandangan peribadi seketul Ihsan Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Muda merupakan salah satu impian dalam lipatan kehidupan Ihsan. Sudah sekian 3 tahun Ihsan berada dalam industri Haji dan Umrah ini, Ihsan akui sangat seronok bekerja menyantuni bakal tetamu Allah.       Berbekalkan pengiktirafan pengajian dari Baitulmal, Alhamdulillah Ihsan dapat menyertai industri ini dengan jayanya lebih-lebih lagi sekarang (ketika esei ini ditulis), Ihsan sudah dua bulan berkhidmat di Andalusia Travel & Tours dekat ibu pejabatnya Desa Pandan.      Disamping usia yang semakin meningkat, ada baiknya untuk Ihsan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda, barangkali untuk mendapat gaji lebih lumayan, akan tetapi jauh di sudut niat Ihsan betul-betul memasang matlamat untuk sekadar menelaah ilmu dan memperkaya pengalaman.      Tapi, Ihsan nak sambung belajar di man...

Cerpen: Asyraf Safarahan 2

Ramai keliru, Fazwan ke Hazwan? Nah, sahabatku namanya Fazwan, aku ada adik lelaki bernama Hazwan. Jadi peninglah pembaca. Minta maaf. Sahabatku Fazwan banyak bertanya soalan dengan aku. Tanya apa saja yang dia nak tanya. Tapi banyak kepada penampilan. Pasal baju, pasal seluar, pasal rambut dan banyak lagi. Dia tak suka sembang pasal perempuan. Yelah, dia tak hensem pun. Tapi, dia ada usaha untuk menarik perhatian perempuan. Dia seorang yang rajin belajar. Dia pandai matematik. Dia kritis orangnya. Kreatif pun kreatif. Dia suka tulis cerpen. Karya dia pernah tersiar di The Harapan Post. Hebat orangnya. Tapi perempuan pilih rupa. Takde apalah.   Apapun, setiap pertanyaannya, aku akan cuba bagi jawapan yang terbaik. Aku tak suka memberi jawapan yang menghampakan. Tatkala tindakan dimulakan, itu adalah gerak kerja yang baik. Tapi, menahan sahaja yang mampu. Yelah, apakan daya perancangan itu urusan tuhan.   “Asyraf, hensem tak aku pakai baju turtleneck?,” tanya Fazwan. Ai...