Langkau ke kandungan utama

#18 Ramadhan : Iftar MyTown dan Masjid Jamek Alam Shah

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! kembali lagi kita dalam Diari Ramadhan 1442h oleh Hasan Z. Ali. Masa kat rumah sewa ni rajin pula nak tulis blog ni. Raikan rajin ni HAHAHA.

Jumaat penghulu hari. Hari ini dah rancang nak berbuka di MyTown. Sampai MyTown pun dalam 6.40 petang. Memang orang kata tunggu azan je ni HAHAHA. Saya nak makan kepci, si Din nak makan mekdi. Masa ni mana boleh dine in dah, tempat duduk dah penuh.

7:14 malam baru selesai pesan.

Nasi Kari Atuk habis, dia bagi Nasi Lemak. Makan pula bersama mirinda stroberi. Tak setajam Pepsi HAHAHA.

Padu bakhang. Lima bintang! Telur sebiji, sambal tak pedas mana (saya tak boleh makan pedas), ayam besar lutut, Alhamdulillah syukur nikmat.

Gambar ini diambil dari kawasan Sunken Garden, tempat saya berbuka. Kat atas tu ada hiasan lip lap lip lap.

Patut berbuka kat wakaf ni je tadi HAHAHA.

Dulu masa duduk dekat asrama kolej memang lalu sinilah nak MRT Cochrane untuk balik rumah. Nak lepak sini jarang sebab pertama saya bukan kaki mall, dua sebab single dan tiga bukan budaya saya sangat pergi mall ni. Datang pun sebab nak tengok wayang je.

Habis berbuka, Din membawa saya berjalan menyusuri bahagian hadapan MyTown, IKEA Cheras dan jalan kedepan. Tup-tup nampak Petronas Jalan Cochrane dan seberang tu je ialah Masjid Jamek Alam Shah. Ha, kalau nak saya pandu anda, senang je. Dari Sunken Garden tadi, naik ke atas, jalan ke IKEA Cheras, lalu sebelah bangunan luarnya, depan je sehingga jumpa simpang empat Petronas. Petronas tu seberang masjid sahaja.

Dari MyTown tu masjid ni korang boleh tengok dah kubah emas dia. Tak jauh pun.

Kubah masjid yang besar dan minimalis. Cantik!

Lif untuk kemudahan warga emas, orang kelainan upaya dan jenazah.

Karpet masjid.

3 buah pencakar langit utama dapat dilihat dari masjid ini. Paling dekat ialah TRX. KLCC dan Menara KL juga dapat dilihat.

IKEA Cheras.

Pada tengah gambar, terdapat Menara KL (kanan) dan Berjaya Times Square (kiri).

Papan tanda.

Seusai 8 rakaat Tarawih, saya pun turun keluar masjid. Di pintu masjid orang memanggil untuk mengambil makanan moreh. Tahu tak dia bagi apa? Dia bagi mekdi bai! Tak pernah masjid bagi mekdi untuk moreh sepanjang hidup saya! Pengalaman baru ni.

Kemudian, Din berkira-kira untuk redah jalan ke LRT Chan Sow Lin. Katanya 900 meter. Dekat lagi tu. HAHAHA. Lelahlah saya mengikut dia dengan selipar yang licin dan putus talinya. Jalan bawah flyover, tiba-tiba sampai. Terkejut juga ni. Rasa macam dekat.

Tiberr boleh sampai sini HAHAHA.

Naik LRT tak tahu nak pergi mana. Sampai Bandaraya turun balik semula ke Masjid Jamek. Kemudian turun di Masjid Jamek, pergi ke Jalan TAR. Saya ingatkan di Kampung Baru, rupanya dekat sini. Dari LRT tu kena jalan jauh sikit lah. 

Shopee!

Ada banyak seksyen di sini, tapi kedai yang sama je. Orang je lain, tu peluang tawar menawar sangat cerah.

Jalan kehulu kehilir masuk seksyen C dan D, melihat meriahnya Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan kedai-kedai pakaian. Lelah berpusing, akhirnya jumpa gerai air balang. Belilah air milo, huh padu beb. Orang jual air tin banyak, tapi air balang susah nak jumpa. Jalan bazar tapi beli air mantap pak abu. HAHAHA.

Setelah keletihan yang bersungguhan, tiba masa untuk pulang. Huh, balik mandi malam mantap bossku. Tengok jam dah pukul 12 tengah malam, rasa nak sahur awallah. Takut terbangun dah subuh pulak.

McChicken dan Pai Epal! Sangat menyelerakan!

Bubur lambuk kali pertama bulan Ramadan ni. Bukan senang rupanya nak makan, 18 Ramadan baru dapat makan. Rare macam bubur Asyura jugaklah ni HAHAHA.

Panjang betul hari ini. Letih nauu. Apapun, bersiap sedialah kita, esok lusa kita dah menuju 10 malam terakhir. Cepatnya berlalu masa. Gnadakan ibadah sebaik mungkin agar Raya ini tidak dihujani sia-sia Ramadhan. 

Jumpa di entri seterusnya! Assalamualaikum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Masjid yang Berdekatan dengan LRT, MRT dan Monorel

Assalamualaikum, apa khabar pembaca blog semua! Salam Ramadhan! Alang-alang sekarang ni PKPB, berjalan-jalanlah kita pergi bazaar Ramadhan dan solat Tarawih di masjid. Tapi pastikan kalian patuhi SOP ya. Saya duduk kat rumah sewa di KL ni, tak dapat balik lagi sebab tunggu barang Shopee tak sampai lagi. Barang tu bukan main lagi berjalan dari Petaling Jaya ke Bukit Bintang, ke Petaling Jaya hampir 3 kali. Sakit hati pun ada. Dugaanlah katakan.  Jadi, bila kat KL ni, nak juga berjalan-jalan selagi patuh SOP ni. Tarawih kat masjid-masjid besar pun menarik juga. Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda masjid-masjid yang korang boleh pergi solat tarawih di ibukota raya ni. Ecewah. kredit: https://www.klia2.info/rail/klia-transit/#check-klia-transit-fare Dari pelusuk manakah anda berada, turun di stesen...... 1. STESEN PASAR SENI : LRT Laluan Kelana Jaya/MRT Sungai Buloh - Kajang Masjid Negara. kredit: Pinterest Keluar melalui jejantas yang menuju ke stesen KTM Kuala ...

MENGAPA PILIH UKM BERBANDING UIA?

ini dari sudut pandangan peribadi seketul Ihsan Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Muda merupakan salah satu impian dalam lipatan kehidupan Ihsan. Sudah sekian 3 tahun Ihsan berada dalam industri Haji dan Umrah ini, Ihsan akui sangat seronok bekerja menyantuni bakal tetamu Allah.       Berbekalkan pengiktirafan pengajian dari Baitulmal, Alhamdulillah Ihsan dapat menyertai industri ini dengan jayanya lebih-lebih lagi sekarang (ketika esei ini ditulis), Ihsan sudah dua bulan berkhidmat di Andalusia Travel & Tours dekat ibu pejabatnya Desa Pandan.      Disamping usia yang semakin meningkat, ada baiknya untuk Ihsan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda, barangkali untuk mendapat gaji lebih lumayan, akan tetapi jauh di sudut niat Ihsan betul-betul memasang matlamat untuk sekadar menelaah ilmu dan memperkaya pengalaman.      Tapi, Ihsan nak sambung belajar di man...

Cerpen: Asyraf Safarahan 2

Ramai keliru, Fazwan ke Hazwan? Nah, sahabatku namanya Fazwan, aku ada adik lelaki bernama Hazwan. Jadi peninglah pembaca. Minta maaf. Sahabatku Fazwan banyak bertanya soalan dengan aku. Tanya apa saja yang dia nak tanya. Tapi banyak kepada penampilan. Pasal baju, pasal seluar, pasal rambut dan banyak lagi. Dia tak suka sembang pasal perempuan. Yelah, dia tak hensem pun. Tapi, dia ada usaha untuk menarik perhatian perempuan. Dia seorang yang rajin belajar. Dia pandai matematik. Dia kritis orangnya. Kreatif pun kreatif. Dia suka tulis cerpen. Karya dia pernah tersiar di The Harapan Post. Hebat orangnya. Tapi perempuan pilih rupa. Takde apalah.   Apapun, setiap pertanyaannya, aku akan cuba bagi jawapan yang terbaik. Aku tak suka memberi jawapan yang menghampakan. Tatkala tindakan dimulakan, itu adalah gerak kerja yang baik. Tapi, menahan sahaja yang mampu. Yelah, apakan daya perancangan itu urusan tuhan.   “Asyraf, hensem tak aku pakai baju turtleneck?,” tanya Fazwan. Ai...