Langkau ke kandungan utama

Cerpen : Kurma untuk Farihin



Nabil seorang pelajar yang nakal. 'Naughty boy' lah kiranya. Naughty boy ni senang faham bukan akhlaknya nakal, tapi gaya penampilan itu yang bersahaja dan selamba. Hensem takpelah naughty boy. Hurm kalau yang takde rupa tu takpayahlah berangan nak jadi naughty boy. Mengundang meluat orang saja.

Nabil bersahabat dengan Ashraff dan Najmi. Akan tetapi perwatakan mereka berdua tidaklah sepertinya. Ashraff seorang yang perfectionist. Ketampanannya sering kemas. Santai-santai pun istiadat betul pakaiannya. Najmi pula ringkas orangnya. Orang kalau sudah good-looking, pakai baju t shirt putih sama seluar denim pun tertawan. Hurm cuba kita yang pakai, nampak macam baru balik rumah. 

----------

Pagi 1 Ramadan di kampus. Nabil, Ashraff dan Najmi baru sahaja selesai kelas 8 pagi mereka oleh pensyarah paling bosan di Universiti Seri Anjayang, Puan Ariana Windsor. 

"Bil, woi bangun," Ashraff menepuk bahu Nabil mengejutkannya. Nabil membuka mata, menggeliat dan mengusap cecair tidurnya. Nampak betul bosan tu sampai mengantuk dengan berjayanya.

Pagi Ramadan itu sangat meletihkan buat Nabil. Bangkit pada 10 pagi, tentunya roh tidur memanggil untuk menyambung mimpi yang tertangguh. 

Sambil berjalan beriringan dengan Ashraff dan Najmi, lesunya langkah berjalan menyusuri kaki lima teduh menuju ke masjid kampus. 

Sesampainya di masjid kampus, Ashraff dan Najmi menanggalkan kasut mereka untuk naik ke masjid. Meraih hujan rezeki dengan sembahyang Duha. Nabil pula duduk di kerusi batu sambil membuka aplikasi Al-Quran mudah alih di telefon pintarnya. 1 Ramadan, tapi baca semalam dah masuk sayaqulussufaha' dah. Dibacanya perlahan dengan berwaspada akan tajwidnya.

15 minit kemudian. Nabil bangkit untuk masuk ke masjid. Barulah nak basuh muka dan mengambil air sembahyang. Dilalukan air ke muka, ah, segarnya. Bulu roma di lengan kian dibasahi air yang sejuk, rambut disapu dan kaki dimandi. Sesudah itu, dia terus masuk ke dewan solat utama Masjid An-Nur, masjid kampus Universiti Seri Anjayang.

Gunung Kinabalu sama didaki, sembahyang duha pembuka rezeki. Sesudah salam, Nabil menyandar di tiang, berdekatan Ashraff dan Najmi. 

Rasa terlelap.

Kelibat seorang perempuan menghilangkan lelap Nabil. Perempuan itu berbaju kurung tradisional dan bertudung bawal. Betul-betul wanita Melayu terakhir. Wajahnya putih cantik. Subhanallah, indahnya ciptaanMu. Matanya terpana, terpesona dengan keindahan. 

"Oit Bil, mengelamun apa tu?," Si Najmi mengacau lamunan Nabil.

"Ish, kau ni, kacaulah,"

"Kau tengah usha awek ke? Bil, Ramadan Bil, jaga mata," seloroh Najmi.

Sindiran Najmi itu membatalkan niat Nabil untuk meneruskan penerokaan pesona itu. Nabil segera beristighfar, mengingati diri yang dia sedang berpuasa.

----------

Petang itu, sahabat tiga serangkai ini pergi ke bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka. Wah, rambang mata betul juadah berbuka yang dijual di bazar ni. Ada briyani kambing, kuih tepung pelita mahupun air jagung. Begitu menelan air liur godaan.

Sedang berjalan, Nabil berselisih dengan perempuan tadi. Ibarat drama Korea, perselisihan itu begitu mengujakan Nabil. Tapi perempuan itu hanya sekadar berselisih sahaja. Perempuan itu tidak menyedari pun Nabil. Sekadar manusia di bazar itu.

Nabil pula sudah berdebar-debar, khayal dalam lamunan cinta. Rasa suka ini ikhlas, lah sangat.

Ashraff dan Najmi berpaling ke belakang. Nah, budak Nabil kena tinggal. Masih tercegat, sehingga bahunya ditepuk Najmi.

"Oit! pahal kau ni?, crush lalu ke?," sergah Najmi. Nabil segera selamba meneruskan pusing-pusing bazar.

---------

Waktu berbuka puasa. Dalam dorm, Nabil, Ashraff dan Najmi bersedia untuk berbuka puasa. Mereka membuka radio atas talian di aplikasi telefon pintar. 

Nabil? masih lagi mengelamun. 

Najmi menepuk.

"Oit, nak berbuka pun mengelamun lagi? HAHAHA," seloroh Najmi. 

Azan Maghrib pun berkumandang. Nabil menjamah tiga biji tamar sebagai meraikan sunnah. Kemudian, dia menikmati sepinggan nasi ayam hainan bersama segelas air tebu. Mengancam.

--------

Malam itu. Nabil tak lena mengenangkan perempuan itu. Sebiji seperti ciri wanita idamannya. Mana mudahnya untuk dia melupakan.

Najmi menyapanya yang masih terbuka dua mata.

"Kau tegur je dia, konfem dapat. Kalau sudah good-looking, petik jari sahaja," kata Najmi.

Nabil terkejut. Di dalam hatinya mulai hairan. Apakah si Najmi membaca akalnya? Tiada pula dia beritahu apa-apa. Dia diamkan diri sahaja tanpa melatah.

Lelaki akan mencari sendiri siapa yang dia ingini; atau seseorang yang datang padanya.

----------

Keesokan harinya, Nabil pergi ke perpustakaan untuk mencari bahan rujukan. Meskipun baru sahaja diberikan tugasan, Nabil sengaja mahu menyiapkan lebih awal kerana mengelak kekusutan menyiapkan kerja di saat akhir.

Nabil mencapai jurnal-jurnal yang berbahasa Inggeris di atas rak. 

Drama Korea lagi! Apabila mengalihkan sebuah buku yang tebal di atas rak itu, di balik rak itulah mengadapnya perempuan itu. Perempuan itu memandang Nabil. Nabil yang tiba-tiba berdebar tersenyum pada perempuan itu. Perempuan itu membalas senyuman itu dengan manisnya. Oh, alangkah indahnya di waktu pagi burung bersiul bernyanyi-nyanyi, eh ternyanyi pula. Perempuan itu memeluk kitab di dadanya dan berlalu. Nabil pula sudah mabuk cinta. Dia juga memeluk sebuah jurnal yang berat pergi ke mejanya.

Nabil memerhati perempuan itu. 

"Eh, kad matrik ungu," bisik hati Nabil. Patutlah perempuan itu agak kurang dikenali Nabil. Belajar bidang lain rupanya. Nabil memegang kad matrik warna biru.

Nabil bertanyakan tentang perihal kad matrik kepada seorang kawan perempuannya, Firzanah. 

"Fir, kad matrik warna ungu bidang apa ya?," 

"Itu Diploma Bahasa Arab. Kenapa Bil?,"

"Takde apa,"

Wah, jauh dengan bidang yang diambil oleh Nabil. Nabil ambil Diploma Komunikasi Massa. Jauh tu. 

Tapi takkan Nabil hendak putus asa. Lain bidang lagi bagus. Rasa begitu kekok seandainya dengan rakan sebidang mahupun sekelas. Kekoknya lahai.

Nabil mula mengira-ngira. Adakah misi pencariannya boleh bermula?

----------

Suatu pagi yang hujan. Langit redup di awal pagi membasahi bumi, berangin sejuknya. 

Sesudah bersahur, sembahyang Subuh, Nabil kembali merebahkan diri mendakap selimut tebalnya. Ashraff melihat sahaja kerenah menggeliat pagi rakannya itu. Ashraff pula terus mencapai mashaf untuk menyambung bacaan Ramadhannya. Najmi pula mencapai telefon pintar, bermain PES2021. Suhu sejuk pagi itu memang berketarlah tubuh.

"Sesange seorijillo I love you neol saranghandago......," nada dering telefon pintar Nabil berbunyi. Dia mamai mencapai telefon pintarnya.

"Halu Assalamualaikum, ada apa," Nabil lesu seikhlasnya.

"Bil, datang kampus jap," seru Nadim, sahabat sekelasnya.

"Apahal pulak, ni kan hari minggu,"

"Ala, tolonglah aku ada nak minta tolong sikit,"

"Kacaulah kau ni, tolong apa,"

"Kau kan jurugambar profesional. Fadhil sakit kaki pula, ni ada program Usrah Ramadhan,"

Nabil mengeluh.

"Tolong ya Bil, program ni dengan Diploma Bahasa Arab. Course lain. Kalau course kita takpe juga,".

Nabil bangkit duduk. Segar semacam. 

"Okay, Nad. Kau tunggu aku tau,". Balasan jawapan itu mengejutkan Nadim. Apakah yang dikatanya itu jampi serapah? Ingatkan susah nak minta tolong, HAHAHA.

Nabil bingkas mencapai tuala merah jambunya. Dia segera menuju ke tandas. Mandi.

"Seperti gema di belantara, hari lalu akan tiba, laksana tiada yang terjadi, hidupku teruskan," wah nyanyian riangnya dalam bilik air. 

Sesudah mandi, Nabil mengelap tubuh kurusnya itu. Rambutnya dilap dan digerbangkan. Rambut aset lelaki, jangan disentuh bak tudung wanita. 

Nabil mencapai pengering rambut. Rambut dilalukan angin hangat, dirapikan dengan jari. Kemudian, Nabil mengambil pelurus rambut, menggayakan rambut yang selari era kontemporari. 

Dipakainya haruman kelelakian, huuuuuuuwah. Karismanya Nabil walau di hujung minggu.

"Aii Bil, hensem semacam ni nak pergi mana?," tanya Ashraff yang baru sahaja habis membaca Al-Quran. 

"Ada urusan di uni,". Lain macam urusan tu. Ashraff bersangka baik sajalah. Nabil pun berangkat menyarung sepatu Nike Air Force-nya. Payung lipatnya dicapai.

Nabil mula berjalan keluar dari Kolej Kediaman Al-Amin, kediamannya di Universiti Seri Anjayang menuju ke kampus yang hanya berjarak 130 meter. Sesampainya di kampus, dia menghubungi Nadim. Ternyata Nadim sudah menanti kehadirannya, dengan sebuah kamera DSLR milik Kelab Multimedia di tangannya.

"Assalamualaikum, Nad!," sapa Nabil dengan senyuman di dalam kabus hujan pagi.

"Waalaikumsalam," balas Nadim pendek. Dia berdiam diri sahaja walaupun dirinya dibalut kehairanan nyata.

"Ni, bagi taklimatlah sikit dekat aku ni," Nabil menzahirkan semangatnya. Nadim memandang aneh semacam pada Nabil. Nadim pun menghulurkan kamera DSLR itu kepada Nabil. Nabil disuruh untuk merakamkan gambar dan video acara ini berlangsung. 

"Ah, boleh-boleh tu je kan?," Nabil mengiakan. Nadim terkebil namun merasakan taklimat itu sudah memadai. Sama ada si Nabil ini sudah lama tidak menjamah kamera, entahlah labu.

Nabil pun mengangkat kamera DSLRnya. Dia mula memotret aneka foto dari pelbagai sudut.

Klik! Klik!

Dari barisan laki-laki menuju ke barisan perempuan dia berjalan. Tiba-tiba dia ditahan oleh seorang perempuan.

"Eh, awak tak boleh tangkap gambar disini," kata perempuan itu. Perempuan itu merupakan pelajar Diploma Bahasa Arab. Dia ingin menjaga pandangan rakan-rakannya. Yelah, lelaki sehensem Nabil ini boleh menggugat iman perempuan. Nabil akur. Dia pergi semula kepada Nadim.

Saat dia berpaling mengundur diri, berlalu di sebelahnya seorang perempuan lain, eh seperti ku pernah jumpa wanita ini. Wanita itu sangat cantik, ketinggiannya agak rendah daripada Nabil. Wajahnya cerah, matanya kecil seperti orang yang memakai cermin mata. Bertudung litup juga berbaju kurung songket ungu. Dia memandang Nabil dengan senyuman. Nabil terpaku. Dia membalas senyuman itu. Nabil mengintai kad peserta perempuan itu yang tergantung di pada hijabnya.

"Farihin Ali," baca Nabil dalam hati. Nama itu terus menempah tempat di kotak minda di organ berlilit di kepalanya. 

Haih, mimpi kayangan lagi si Nabil. Nabil sudah mabuk cinta.

"Assalamualaikum," sapa Nabil pada perempuan itu. Perempuan itu senyum padanya tanpa membalas salamnya. Membalas salam ajnabi tidak digalakkan. 

Wah, ini memang ciri-ciri idaman Nabil ni. Solehahlah katakan. Nabil dengan poyonya mengusap rambutnya dan tersenyum bahagia. Dan berlalu kerana situasi kekok telah bermula.

------------

17 Ramadhan. Nabil, Ashraff dan Najmi pergi ke bandar Kota Sepanduk untuk membeli pakaian raya. Memang bertuah hari ini dapat elaun. Mereka pergi ke Jalan Seri Sayang untuk membeli pakaian raya. Jalan Seri Sayang memang terkenal dengan bazar Aidilfitri yang diadakan saban tahun.

"Bil, tahun ni kurta ke baju Melayu?," tanya Najmi.

"Ish, orang Melayu mestilah pakai baju Melayu, bangsa kita ni kalau bukan kita sapa lagi nak perahankan?," kata Nabil serius.

"Peh, setepek sindir sendiri tu," kata Ashraff menyindir si Nabil. Nabil memang menyindir diri sendiri, HAHAHA. Dah 5 tahun pakai kurta untuk raya. 

"Kat sini kena pandai tawar-menawar, barulah dapat harga kena jiwa," celah Najmi.

Mereka pun masuk dalam kawanan manusia yang sibuk membeli-belah pakaian Aidilfitri mereka. Ada menjual baju Melayu, baju kurung, kurta dan jubah. Tidak lupa juga kedai yang menjual aksesori seperti songkok, butang dan kerongsang.

Ashraff membeli sepasang baju Melayu warna merah, lengkap dengan sapu tangan di kocek. Turut dibeli songkok dan samping yang pastinya tampan digayakan.

Najmi apa kurangnya, membeli baju Melayu slim fit dengan zip di sisi juga di bahagian lengan. Warna krim merah jambu, hurm suami idamanlah mula diangan perempuan. Najmi ni taken ke single pun tak tahu, biasa goodlooking melampau ni taken, hurm tahlah. Kalau taken, menangis dibucu katil jelah.

Berlainan pula dengan Nabil. Sedang Ashraff dan Najmi berjalan beriringan ke kedai baju, Nabil membelok tubuh ke arah sebuah gerai makanan Timur Tengah. Dia melihat sebuah kotak kurma yang sangat cantik. Kurma Ajwa, kurma kesukaan junjungan mulia Nabi S.A.W.. Kotak itu berwarna agak keemasan, dengan gambar pohon kurma yang subur serta plastik lutsinar yang menampakkan isi dalam kotak tersebut. Gemuk-gemuk isi buahnya. Dia sudah lama mahu makan kurma Ajwa. Orang kata kurma ini sangat sedap dan penuh khasiat.

"Makcik, kurma ni berapa ringgit?,"

"Dik, kurma ni premium, tapi sebab adik hensem, makcik kasi 20 ringgit," (habis kalau tak hensem kasi harga mahal ke?)

Hoh, ambik. Harga dia ya ampun. Tapi, bila fikir balik, beli untuk makan apa salahnya. Sekali sekala. Ni pun bulan lain belum tentu dapat jumpa. Dia pun menghulurkan not 20 kepada perempuan 50-an tersebut. Seketika itu, Nabil disapa rakannya.

"Aii, Bil. Kurma kau beli? Kita orang dah habis beli baju dah ni," sapa Ashraff.

"Mood nak beli baju takde lah. Aku beli atas talian jelah," 

"Beli jelah sekarang, senang boleh ukur terus saiz apa, sini semua ada. Kalau atas talian, barang taknampak susah nak ukur,"

"Takpe, kitorang teman kau beli,"

"Yelah yelah,"

Nabil pun pergi membeli pakaian raya. Membeli-belah habis dalam 130 ringgit. Murah betul selepas tawar-menawar.

-------------

Petang itu, mereka berbuka di sebuah restoran makanan segera. Mereka menikmati juadah yang menyelerakan. Ayam goreng, kentang goreng, burger keju dan nasi telur. 

Allahuakbar! Allahuakbar!

"Gais, cuba rasa kurma ni," pelawa Nabil kepada dua orang rakannya. Saat digigit, uuuii masha Allah, sedapnya, manis betul. Terasa mahalnya sebab sekotak 20 ringgit kan. 

Manisnya. 

Manisnya.

Manisnya.

Oleh sebab manis dan sedap itu, Nabil kembali ke kedai itu pada malam itu sebelum Tarawih, membeli dua kotak lagi. Makcik kedai terkejut, takkanlah yang petang tadi dah habis? Beli kurma macam beli jajan. Tidaklah kata Nabil. Katanya ingin dikirim buat ibunya. Habis sekotak lagi untuk siapa? Ermmmmm!

-----------

Cantik sungguh Farihin. Orang kata dia ni baik orangnya, baik tu subjektif. Nabil ingin menegur, tapi asyik mengenangkan kata-kata Najmi.

"Kita lelaki biar perempuan yang tegur kita, biar nampak yang dia nak kita,"

Tak gentlemanlah Mi. Hensem macam mana pun beria tu kan hakikat lelaki. Nabil tidak rasa nak bertegur di laman sembang. Gentleman, tegur bersemukalah.

Nabil pergi ke tandas. Dia mengadap cermin, melihat kekacakan dirinya. Sudah bermata sepet, hidung mancung, bibir mungil, seperti rupawan ulzzang idaman kaum hawa. Dia mengemaskan rambutnya ternyata terletak tampan dan menarik bahu baju tanpa sebab. Dia keluar dengan keyakinan.

Ternyata susah untuk mendekati wanita bernama Farihin ini. Farihin seorang wanita yang sangat terjaga. Ibarat sebutir permata yang tersimpan rapi di sebuah bilik kebal. Terjaga rapi. Walaupun tak pakai purdah. Pakai purdah pun sekarang ni banyak salahguna. Tak pakai pun boleh je jaga ikhtilat. 

Susah nak ngorat lah camni. 

"Assalamualaikum, Farihin,"

Farihin hanya tersenyum tanpa membalas senyuman. Senyum dia, masha Allah.

"Saya Nabil, budak MassComm. Awak ni course Arab kan?,"

Farihin itu mengangguk perlahan.

"Awakkan haritu masa Usrah Ramadhan?," Farihin mula bersuara. Suaranya sangat lunak.

Nabil bahagia Farihin dapat mengecamnya.

"Haah, awak cam eh saya," Nabil meraikan jawapan Farihin sambil ketawa kecil.

Perempuan rupalistik memang gelenya lah. Tapi Nabil melihat Farihin ini lain dengan perempuan seusianya. Farihin kekal dengan emosi kewanitaan tanpa menggedik. Idamannya. Rasa nak ship NabilFarihin. 

Nabil dan Farihin mula berbual sedikit sebanyak. Nabil hanya memandang bumbung tudung Farihin kerana Farihin begitu menjaga pandangannya. Nabil kan goodlooking. Hurm.

Perbualan itu semakin mesra sebentar sehingga disapa oleh rakan Farihin, memintanya untuk mengundur diri. 

"Maaflah Nabil, saya kena beransur dahulu. Semoga jumpa lagi," kata Farihin meminta diri.

Nabil meminta untuk menunggu sebentar. Nabil mula menyeluk beg sandangnya.

Nabil menghulurkan sebuah kotak yang dibalut dengan sehelai pembalut berwarna hitam kosong berkilat. Penuh elegan.

"Saya harap awak dapat terima hadiah perkenalan ini," kata Nabil senyum pada Farihin sehingga terzahir lesung pipit comel.

Farihin agak terkejut. Demi menjaga perasaan Nabil, dia merasakan tidak perlulah untuk dia berceramah, menolak, memarahi atau apa saja. Farihin sedia menadah tangan menerima hadiah tersebut.

"Apa benda yang awak bagi ni, baru je kenal dah bagi hadiah," seloroh Farihin. Ternyata Farihin sangat terbuka orangnya selagi tidak melampaui batas. Nabil betul-betul mengambil risiko membuat perkara ini. Nasib baik Farihin sambut baik.

Farihin mengusap dan mengocok kotak itu. 

"Kurma?"

Nabil hanya diam sambil terus tersenyum.

"Awak ni ada-ada sajalah. Terima kasih tau, Nabil. Saya senang berkenalan dengan awak," kata Farihin menghargai pemberian Nabil.

Huah, leganya Nabil. Dapat menggenggam berkata Ya! dalam hati. Cinta tidak ditolak, cuma disimpan. Bukan menanam harapan. Tapi sedang melakar impian. 

Mereka berdua berlalu ke perihal masing-masing. Cukuplah sekadar perkenalan, saling menjaga hati. Jangan menerbit luka yang tidak diminta. Takut parah merana selamanya.

Oh cinta. Tahankan genggaman, masanya akan tiba. Andai nama terakam di langit tinggi susunan Tuhan, Tuhan jualan menyatukan kita. 

Siapalah kita tanpa Dia, tadahlah sepasang tangan meminta petunjuk, jalan dan terowong jawapan. Yakinlah, berpaut doa hidup kan bahagia.

-tamat-

#NabilFarihin

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Masjid yang Berdekatan dengan LRT, MRT dan Monorel

Assalamualaikum, apa khabar pembaca blog semua! Salam Ramadhan! Alang-alang sekarang ni PKPB, berjalan-jalanlah kita pergi bazaar Ramadhan dan solat Tarawih di masjid. Tapi pastikan kalian patuhi SOP ya. Saya duduk kat rumah sewa di KL ni, tak dapat balik lagi sebab tunggu barang Shopee tak sampai lagi. Barang tu bukan main lagi berjalan dari Petaling Jaya ke Bukit Bintang, ke Petaling Jaya hampir 3 kali. Sakit hati pun ada. Dugaanlah katakan.  Jadi, bila kat KL ni, nak juga berjalan-jalan selagi patuh SOP ni. Tarawih kat masjid-masjid besar pun menarik juga. Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda masjid-masjid yang korang boleh pergi solat tarawih di ibukota raya ni. Ecewah. kredit: https://www.klia2.info/rail/klia-transit/#check-klia-transit-fare Dari pelusuk manakah anda berada, turun di stesen...... 1. STESEN PASAR SENI : LRT Laluan Kelana Jaya/MRT Sungai Buloh - Kajang Masjid Negara. kredit: Pinterest Keluar melalui jejantas yang menuju ke stesen KTM Kuala ...

MENGAPA PILIH UKM BERBANDING UIA?

ini dari sudut pandangan peribadi seketul Ihsan Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Muda merupakan salah satu impian dalam lipatan kehidupan Ihsan. Sudah sekian 3 tahun Ihsan berada dalam industri Haji dan Umrah ini, Ihsan akui sangat seronok bekerja menyantuni bakal tetamu Allah.       Berbekalkan pengiktirafan pengajian dari Baitulmal, Alhamdulillah Ihsan dapat menyertai industri ini dengan jayanya lebih-lebih lagi sekarang (ketika esei ini ditulis), Ihsan sudah dua bulan berkhidmat di Andalusia Travel & Tours dekat ibu pejabatnya Desa Pandan.      Disamping usia yang semakin meningkat, ada baiknya untuk Ihsan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda, barangkali untuk mendapat gaji lebih lumayan, akan tetapi jauh di sudut niat Ihsan betul-betul memasang matlamat untuk sekadar menelaah ilmu dan memperkaya pengalaman.      Tapi, Ihsan nak sambung belajar di man...

Cerpen: Asyraf Safarahan 2

Ramai keliru, Fazwan ke Hazwan? Nah, sahabatku namanya Fazwan, aku ada adik lelaki bernama Hazwan. Jadi peninglah pembaca. Minta maaf. Sahabatku Fazwan banyak bertanya soalan dengan aku. Tanya apa saja yang dia nak tanya. Tapi banyak kepada penampilan. Pasal baju, pasal seluar, pasal rambut dan banyak lagi. Dia tak suka sembang pasal perempuan. Yelah, dia tak hensem pun. Tapi, dia ada usaha untuk menarik perhatian perempuan. Dia seorang yang rajin belajar. Dia pandai matematik. Dia kritis orangnya. Kreatif pun kreatif. Dia suka tulis cerpen. Karya dia pernah tersiar di The Harapan Post. Hebat orangnya. Tapi perempuan pilih rupa. Takde apalah.   Apapun, setiap pertanyaannya, aku akan cuba bagi jawapan yang terbaik. Aku tak suka memberi jawapan yang menghampakan. Tatkala tindakan dimulakan, itu adalah gerak kerja yang baik. Tapi, menahan sahaja yang mampu. Yelah, apakan daya perancangan itu urusan tuhan.   “Asyraf, hensem tak aku pakai baju turtleneck?,” tanya Fazwan. Ai...