Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2021

Sajak : Persoalan Tentang Merdeka

  Tanggal tiga puluh Satu tanggal keramat ku amati Jalur Gemilang ku renungi sepintas lalu dari zaman pejuang berkorban berpenat sehingga zaman kita bebas riang.   Panji-panji kebebasan kita layangkan bendera kita kibarkan namun masih menjadi persoalan adakah kita benar mengecapi kemerdekaan?   Tanya jiwa kita apakah kita terbuka minda? apakah kita gagah bersuara apakah kita lantang bicara? apakah kita hujah berkuasa? sementelahan jawabnya benar adakah semangat kita kian pudar? kerana kita melupakan jasa pejuang berkorban malam dan siang mempertahan tanah air mulia dari cengkaman penjajah nusa meragut tanah kita.   Renungkanlah adakah merdeka ini dihargai atau sekadar cuti sehari.

Cerpen : Surat Cinta dari ICU

  Januari 2020. Faqihah selamat diijabkabul bersama Hakimi. Akad nikah di Masjid Abu Bakar itu disaksikan oleh keluarga dari kedua-dua pihak. Bahagianya ibu dan bapa Faqihah kerana anak perempuan tunggalnya menikah jua. Airmata kegembiraan bercucuran pada hari bahagia itu.   Sebuah kenduri kesyukuran diadakan di Dewan Serbaguna Hang Kasturi, Taman Kejayaan. Pelbagai juadah disajikan kepada hadirin dan hadirat yang datang. Nasi tomato, ayam masak merah, kerutut daging, ikan keli berlada diiringi papadom, buah semangka dan sambal belacan. Walaupun tiada bersanding, apabila Faqihah dan Hakimi mula berjejak untuk makan beradab, ramai terpesona.   Faqihah, seorang ustazah di Darul Syabab. Hakimi pula seorang doktor di Hospital Besar Amavalu. Mereka berdua sangat secocok. Bagai pinang dibelah dua. Tak pernah bercinta, jodoh ditentukan ibu bapa. Tentukan bahagia pabila saat perkenalan pertama.   Coronavirus Disease 19 atau COVID-19 mula tersebar dari kota Wuhan, China. Be...

Cerpen : Saya Dari Kayangan

  Awal Mac 2020. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisyhtiharkan Coronavirus Disease (COVID-19) sebagai pandemik. Dunia telah mengunci diri. Negara-negara maju mula menutup negaranya. Perintah Berkurung atau Lockdown telah dilaksanakan bagi membendung wabak ini. Negara-negara mula membawa pulang warganegaranya ke tanah air. Negara kaya China mulai lumpuh. Negara bongkak Amerika mengubur rakyatnya sendiri. Negara elegan Itali juga tersungkur.   Paling terkesan, Masjidil Haram, masjid paling suci umat Islam disekat kunjungannya. Mataf yang dahulunya bersesak dengan jemaah yang bertawaf siang dan malamnya, kini tinggal sebuah padang putih yang sunyi dari pijak kaki berjalan. Bakal-bakal Haji dan Hajah 1441 hijrah sudah boleh menerima kenyataan, tiada ibadah haji tahun ini. Situasi abnormal ini sudah lama tidak berlaku sejak wabak taun yang menimpa wilayah Hijaz dan serangan di Padang Arafah yang diperkirakan oleh sejarah beratus tahun lamanya. Tahun ini, dunia Islam...

Cerpen : Bandar Telah Sunyi

  Novel Coronavirus merupakan sejenis penyakit baharu yang tidak pernah ditemui manusia. Dipercayai berasal dari Wuhan, terbang mengembara ke seluruh dunia demi satu gelaran, pandemik.   Satu persatu negara besar mulai lumpuh. China. Itali. Jerman. Perancis. Sepanyol. Turut tak terkecuali, Amerika Syarikat. Ini suatu kejutan gila pertama manusia sejak meniti kurun tamadun. Hari ini, era globalisasi mementas, sekenit makhluk ciptaan Tuhan mula menetas. Membiak meraja dunia.     Pejabat Dewan Bandaraya Kota Dahlia. Datuk Bandar Kota Dahlia, Azman Shah mundar-mandir di pejabatnya. Dia risau akan bandar di bawah tanggungjawabnya. Siapa sangka, Azman Shah baru sahaja dilantik menjadi Datuk Bandar, terus menggalas tugas yang berat ini.   “Qistina, bagaimana perkembangan COVID bandar kita ni?,” tanya Azman Shah pada Qistina, seorang pegawai kesihatan.   “harini sahaja 29 orang masuk wad tuan,” kata Qistina menunduk. Azman Shah terkejut. Kalau seh...