Tanggal tiga puluh Satu
tanggal keramat
ku amati Jalur Gemilang
ku renungi sepintas lalu
dari zaman pejuang berkorban berpenat
sehingga zaman kita bebas riang.
Panji-panji kebebasan
kita layangkan
bendera kita kibarkan
namun masih menjadi persoalan
adakah kita benar mengecapi kemerdekaan?
Tanya jiwa kita
apakah kita terbuka minda?
apakah kita gagah bersuara
apakah kita lantang bicara?
apakah kita hujah berkuasa?
sementelahan jawabnya benar
adakah semangat kita kian pudar?
kerana kita melupakan jasa pejuang
berkorban malam dan siang
mempertahan tanah air mulia
dari cengkaman penjajah nusa
meragut tanah kita.
Renungkanlah
adakah merdeka ini dihargai
atau sekadar cuti sehari.
Ulasan