PENAFIAN : Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis semata-mata. Tiada niat mengkritik keras atau menyindir mana-mana pihak. - penulis
Goodlooking merupakan sebuah perkataan dari
bahasa Inggeris yang secara asasnya membawa maksud; dipandang bagus, jika
difahami secara literal. Perkataan ini digambarkan apabila melihat sesuatu yang
indah serta menarik perhatian, yang khususnya ditujukan kepada seseorang
manusia. Tumbuh-tumbuhan, bangunan pencakar langit atau objek lain biasanya
kita tidak menggunakan istilah goodlooking untuk menggambarkan kecantikannya.
Jadi, penulis menyimpulkan bahawa istilah goodlooking merujuk kepada keindahan
manusia.
Istilah ini sebenarnya dapat dikhususkan lagi;
merujuk kepada keindahan seorang lelaki. Ya, secara fitrahnya, bagi
menggambarkan keindahan seseorang perempuan, kita menyebut lawa, cantik, molek,
ayu dan sebagainya. Bagi lelaki kita menggunakan istilah kacak dan tampan.
Istilah goodlooking ini apabila dirujukkan kepada lelaki, ianya mengatasi
istilah kacak dan tampan itu sendiri. Mungkin argumen berkaitan bahasa yang
berbeza, namun pengistilahannya tidak sama pada pendapat penulis.
Ini adalah definisi istilah menurut pendapat
penulis;
Kacak dan tampan : Seseorang lelaki yang
memiliki kecantikan tersendiri dari pelbagai sudut serta membuat orang tertawan
tidak hanya pada rupa paras.
Goodlooking : Seseorang lelaki yang memiliki
kecantikan dari satu sudut yang disukai masyarakat (majoritinya perempuan) di
sesebuah kawasan dan membuat orang tertawan hanya dengan rupa paras.
Berdasarkan definisi yang dikemukan oleh
penulis, disimpulkan bahawa rupa paras merupakan elemen penting yang membezakan
antara kedua-dua istilah tersebut.
Berikut merupakan KELEBIHAN MENJADI
GOODLOOKING;
1. Menerima anggapan yang baik-baik
Orang yang goodlooking sering mendapat anggapan
yang baik dari masyarakat. Sekali pandang, orang akan bersangka baik, memberi
kepercayaan serta harapan kepadanya. Antara dialog yang sering ada ialah,
“bagusnya budak ni,”, “si fulan ni memang baik orangnya” walhal tingkah laku
belum ditonjolkan lagi. Anggapan negatif menyusul kemudian akan tetapi sifat
serba salah pula akan menyapa.
2. Mudah menerima hadiah
Lelaki yang mempunyai wajah yang indah sering
menawan orang yang melihatnya. Maka tidak hairanlah mereka sering mendapat
penghargaan. Penulis ada pengalaman bersabahat dengan seorang goodlooking, dia
menerima sebotol minyak wangi dan coklat. Perempuan apabila sudah mabuk cinta,
dia rela menzahirkan cinta dengan memberikan apa saja buat jejaka berwajah
indah. Yang kelakarnya, hubungannya tidak lama, putus begitu sahaja. Lelaki
goodlooking ini kerap menerima hadiah bahkan duit raya meskipun telah masuk pertengahan umur 20-an.
3. Mudah menghibur orang
Lelaki yang mempunyai wajah goodlooking, selain
menawan mata yang melihat, pasti juga mempengaruhi emosi dan suasana sekitar.
Setiap kata-katanya ibarat mutiara dan dipegang, lebih lagi jenakanya meriuhkan
suasana. MESKIPUN jenakanya adalah diambil curi daripada orang lain.
4. Mudah disenangi
Lelaki yang goodlooking bukan sahaja memberi
anggapan baik, bahkan orang sangat selesa dengannya. Selain berjenaka,
perbualan merupakan momen yang akan berlaku apabila seseorang berhadapan dengan
lelaki goodlooking.
5. Disayangi lebih dari sepatutnya
Penulis tidak mahu mengulas poin ini secara
lanjut, kita semua tahu bahawa fitrah manusia suka pada kecantikan dan mendapat
bukan sahaja penghargaan, bahkan sayang yang lebih.
Dan ini pula merupakan SISI NEGATIF MENJADI
SEORANG GOODLOOKING;
Penulis tidak mahu menisbahkan sebagai
kekurangan/keburukan kerana kita tidak boleh menghina atau mencerca ciptaan
Allah. Setiap ciptaan-Nya ada hikmah disebaliknya dan ada baik dan buruknya.
1. Homoseksual
Paling berbahaya dalam masyarakat apabila
golongan ini mula terjebak dalam seks luar tabi’e. Ya, oleh kerana berwajah
indah, tubuh yang mengancam serta menawan, ianya mengundang kearah hubungan
mesra yang melampaui batas. Wajah yang indah itu tidak hanya disukai kaum
lawan, hatta kaum sejenis juga menyukainya.
2. Gangguan seksual dari kaum perempuan
Penulis meletakkan poin homoseksual sebagai
poin utama kerana isunya lebih besar, namun gangguan seksual dari kaum
perempuan juga sangat bahaya. Perempuan mungkin tidak menyentuh lelaki ini,
tetapi apa jua fitnah boleh berlaku. Perempuan sanggup berbuat itu dan ini.
Sepertimana kita tahu nafsu perempuan mengatasi jauh nafsu kaum lelaki,
seseorang yang goodlooking hendaklah menjaga dirinya kerana benda paling ringan
yang mereka boleh buat adalah merakam anda secara curi-curi.
3. Pilih kasih berleluasa
Oleh kerana rupa paras, pilih kasih adalah
perkara yang mustahak untuk dibincangkan. Yang datang dahulu, sengaja
dikemudiankan hanya kerana rupa paras. Ini adalah sebab yang tidak munasabah
kepada orang perempuan yang bersikap sebegini.
4. Mendapat perhatian/kepercayaan yang tidak
sewajarnya
Ada segelintir masyarakat yang mempunyai
pemikiran untuk mendapat pengaruh yang lebih besar tapi mentah, orang
goodlooking perlu berada di hadapan. Nama mereka dipahat, hakikatnya mereka tidak
membawa sebarang perubahan ketara.
Sebagai kesimpulan, setiap manusia memiliki kelebihan dan juga sisi kurang baiknya. Ini kerana setiap ciptaan Allah itu pasti ada hikmah disebaliknya. Yang tidak goodlooking, bersyukurlah dengan apa yang ada. Allah menjaga anda dari santapan nafsu manusia. Dan bagi yang goodlooking, jagalah diri sebaiknya dan jangan terjemurus dalam lembah kemaksiatan yang sangat manis di dunia, namun pedih seksaannya di Akhirat kelak.
-----
Ihsan @ Hasan Z. Ali merupakan penulis bebas yang mula berkecimpung dalam penulisan puisi dan cerpen sejak 2017. Beberapa karya beliau seperti Sajak Dendam (2020) dan Sajak Menuju Angkasa (2021) telah disiarkan di majalah Dewan Siswa dan Tunas Cipta.
Ulasan