Hai semua, kita sambung balik program MPR untuk hari kedua ni.
Hari ini, bermulalah kelas-kelas pembelajaran mengenai penulisan, spesifiknya hari kedua akan sepenuhnya belajar tentang penulisan puisi. Tokoh yang dibawakan adalah encik Zainal Palit atau nama pena; Zaen Kasturi.
Pagi yang indah di Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam. Depan ni pantai. Tapi dia punya jauh tu boleh pancit jugaklah HAHAHA
Buka komputer riba, balik-balik web PRPM (Pusat Rujukan Persuratan Melayu), Jendela DBP dan laman web utama Dewan Bahasa dan Pustaka.
Gegantung Minggu Penulis Remaja.
Pelik sungguh kawan aku si Taufik ni. Apa faedah bawak kalkulator ni? HAHAHA cari ilham pakai sin cos tan ke LOL
Modul puisi ni Ihsan tak nak lah ceritakan secara terperinci, nanti korang yang nak sertai ni rasa spoiler pulak. Ringkasnya, modul penulisan puisi anda akan belajar secara menyeluruh mengenai penghasilan puisi, menilai puisi yang kita tulis tambahan dia kritik-kritik puisi kita. Jujur Ihsan cakap, rasanya selama 4 tahun menulis puisi ni, rasa macam syok sendiri je HAHAHA. Jadi menerusi program macam nilah kita dapat perbaiki kesilapan untuk kita mantapkan lagi mutu karya kita.
Ha, lagu Allahyarham Zubir Ali yang Ihsan lupa nak kongsi dengan korang tu. Ini dia, judul Balada Seorang Gadis Kecil.
Ini lagu puisi tau geng. Sangat unik.
---
Petang itu, kami pergi mengikuti sesi jalan-jalan petang sekitar pekarangan Institut Perakaunan Negara (IPN). Kami berjalan ke arah tasik IPN dan merakamkan gambar kenangan.
Bergambar di hadapan bangunan utama Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam.
Ni bergambar dekat pulau kecil tengah tasik IPN ni. Lelaki paling tua, Ihsanlah orangnya.
Lelaki penulis Melayu terakhir gitu. HAHAHA. Dari kiri : Safwan, Nik Uwais, Anas, Nadzrul, Taufik, Ihsan, Firman, Zairie dan PC (Pemudah Cara) Azim. Mantappp
Malam pulak, sesi puisi lagi, encik Zaen Kasturi cantas habis puisi kasi lunyai HAHAHA. Suka untuk Ihsan kongsikan sedikit pesanan encik Zaen lebih kurang berbunyi begini;
Kita boleh bereksperimen dengan apa sahaja tetapi ianya tetap ada batas.
Contohnya, kalau kita eksperimen masak maggi kari, letak serbuk milo ke horlick ke tetap boleh makan, rasa dia macam mana itu belakang kira tapi masih boleh makan.
Tetapi kalau masak maggi kari kau pergi letak batu, kayu, paku semestinya kau tak boleh nak makan bukan?
Itulah analogi eksperimen mengenai batas penggunaan bahasa dalam penulisan puisi. Jangan gunakan metafora yang tidak berseusaian. Nak mengarut, boleh tapi ada batas yang manusia boleh fikir dan bayangkan tu. Gitu. Permata-permata dari encik Zaen Kasturi ni banyak ya, kami tak mengantuk mengutip bait ilmu beliau.
Puisi adalah kata-kata yang kita cakapkan sehari-hari - Zaen Kasturi
Sampai di sini sahaja entri kali ini. Kita jumpa pada entri seterusnya ya!
Ulasan