Assalamuaikum semua! Kembali ke entri Diari Minggu Penulis Remaja untuk hari yang keempat! Wah, tahu-tahu je dah hari bermalam terakhir dekat sini. Kena rakam banyak-banyak kenangan dengan kawan-kawan dekat sini.
Hari ini merupakan hari paling sibuk dengan aneka acara, sabar baca entri ni sampai habis ya.
Menjelang Pesta Buku 2024 nanti, antologi daripada geng MPR 2023 pula akan terbit. In shaa Allah! Semoga Allah permudahkan kerja-kerja penulisan kita.
Pagi dimulakan dengan sesi bersama Sasterawan Negara ke-15, SN Dato Rahman Shaari. Ye weii, Sasterawan Negara tu, anugerah sastera tertinggi di Malaysia. Malam tadi ada dia singgah mengejut dekat bilik kuliah noh masa tu terpegun weh SN kut. Hari ni dapatlah sesi dua jam dengan beliau.
Bersama Sasterawan Negara ke-15, Dato Rahman Shaari. Santai-santai je orangnya.
Dalam sesi ni, bercurah-curah permata ilmu diberikan. Pesan Dato, puisi kita jangan terlalu klise, melebih-lebih, lewah dan bombastik sangat. Biar keras pemahaman tetapi mudah untuk diserap masyarakat.
Ihsan tertarik dengan sebuah cerita beliau yang memang dilahirkan menjadi seorang penyair (harap-harap Hasan Z. Ali pun macam tulah HEHEHE)
Pada suatu masa, SN Dato naik teksi, dan dalam perjalanan tu datanglah ilham. Tapi masalahnya pen dan kertas tak ada. Ah masak.
Setibanya di rumah, SN Dato terus bagi RM10 tambang kepada drebar teksi dan naik ke atas untuk tulis ilham yang beliau tahan dari tadi. Punyalah tahan, dapat capai alat tulis dan rakam ayat-ayat ilham tadi.
SN Dato tengok luar tingkap, pemandu teksi tu masih ada di luar. Sah, tunggu nak bagi baki lah tu. SN Dato pun turun dan mengambil duit baki. Drebar tu pun ada tanya, kalut buang air besar ke kencing ke? SN Dato diam je. HEHEHE
Hebat betul manusia yang dilahirkan untuk jadi penyair ni. Ihsan pun kadang-kadang rasa macam tu jugak (lah kau pun nak jugak nyah) tapi Ihsan akan taip dekat nota di telefon atau memang Ihsan sedia kertas resit McDonalds dan pen dalam dompet untuk tulis puisi kalau-kalau bateri telefon tenat. Layan weh dengar permata dari SN Dato Rahman Shaari.
---
Sesi pagi kedua diteruskan dengan sesi bersama Editor Majalah Tunas Cipta, Puan Siti Noorisa Abdul Khalil.
Bersama Puan Siti Noorisa (berbaju hijau).
Banyak perkongsian mengenai majalah dengan beliau, terutamanya jenis karya yang majalah Tunas Cipta secara khusus dan majalah lain dekat DBP secara amnya amat titikberatkan; soal bahasa dan mesej penyampaian.
Karya apa yang boleh, karya apa yang tak boleh, Puan Noorisa atau mesra disapa Kak Isha kongsikan. Paling Ihsan ingat, karya berunsur mimpi paling tak boleh HAHAHA.
Masa sesi nilah Ihsan baru tahu yang mengisi ruangan 'Ulasan Sajak' dalam Tunas Cipta adalah encik Zaen Kasturi sendiri. Beliau kritik keras puisi Ihsan bertajuk 'Soalan-soalan Kehidupan' keluaran Jun lalu. Kering punya kritik HAHAHA (tak mengapa, teguran membina tu).
Ruangan Ulasan Sajak oleh Zaen Kasturi.
Sajak ni (Soalan-soalan Kehidupan) bila baca balik, betul. Hambar weh HAHAHA
Selain itu, ada perkongsian berapa bayaran honorarium untuk karya yang tersiar, tapi Ihsan taknak kongsi disinilah sebab taknak niat menulis kita ni terarah kepada duit semata-mata. Minta maaf untuk itu.
Puan Noorisa juga ada tekankan bahawa peserta MPR sangatlah dialu-alukan dan diberi karpet merah untuk hantar karya bersama Tunas Cipta dan DBP. Itu respek lain macam tu. Peserta MPR ni diberi layanan istimewa kerana dibimbing oleh insan-insan penulis hebat. Macam Ihsan cakap dalam entri sebelum ini, Minggu Penulis Remaja dah melahirkan penulis hebat seperti Zaen Kasturi, Lily Haslina Nasir, Allahyarham Rahimidin Zahari, Faisal Tehrani dan banyak lagi. Rasa satu pangkat pulak HAHAHA.
0.5 luhh
Pada waktu petang, kami mengikuti Eksplorasi Bahasa, macam explorace/treasure hunt gitu. Terpaling kanak-kanaklah Ihsan ni lari-lari kesana kesini HAHAHA
Budak-budak pegang Google dan PRPM. Ihsan tukang tulis. Biasalah, tulisan cantik HAHAHA
Air mineral Bahasa Melayu. TIBEHHH
Bising petang 29 Ogos 2023 di Anjung Selera IPN.
Nirmala pun Nirmala lah! HAHAHA
Permainan ini banyak menguji bahasa dan penggunaan kata selain pantun-pantun. Mencabar tapi sebagai Ihsan, kita main tipu je HAHAHA.
Malam tu dapat tempat kedua. Kumpulan dua, dapat tempat kedua HAHAHA Terpaling.
Malam tu ada pemurnian pemurnian puisi oleh encik Zaen Kasturi secara individu. Bila kena tegur ni IIhsan dapati kelemahan utama Ihsan adalah kurangnya bahasa figuratif, bahasa terlampau terus terang (tidak berkias) dan Ihsan terikat sangat dengan rima. Rima ni wajib untuk pantun, tapi kalau untuk sajak sunat je. Tapi Ihsan rasa sedap hahahaha.
Sampai sini sahaja entri hari keempat, esok dah hari terakhir HIUHIU. Jumpa di entri seterusnya!
Ulasan