Assalamualaikum semua! Hiuhiu tahu-tahu je dah hari terakhir berkursus di IPN ni. Banyak pengalaman dengan sahabat disini walaupun perkenalan itu singkat.
Disini Ihsan dapat berkenalan dengan kawan-kawan yang umurnya sebaya adik Ihsan, tapi generasi mereka yang dikatakan lembik sebenarnya berhadapan dengan dunia yang lebih sukar daripada kita.
Bergambar lagi dengan Encik Zaen Kasturi dan sahabat MPR; Safwan, Adli, Anas, Firman, Nik Uwais, Amzar, Zairie dan Taufik. Korang memang terbaik!
Pagi ni ada kelas terakhir untuk pemurnian cerpen sebelum majlis pentupan. Paling penting, semua pakat beli novel Black Ghost aunty Lily Haslina dan karya beliau lainnya. Ihsan nak beli tapi tunai takde lah pulak hiuhiu.
Novel Black Ghost karya Lily Haslina Nasir.
Tandatangan Zaen Kasturi dan auntie Lily Haslina.
Sekitar pukul 11 pagi, bermulalah majlis penutupan. Huhu, sedih mat.
Majlis penutupan MPR dan MPKK 2023.
Acara majlis penutupan ini diadakan di Auditorium Bernam di IPN, meraikan 48 peserta Minggu Penulis Remaja dan Minggu Penulis Kanak-kanak. Untuk pengetahuan pembaca, Minggu Penulis Remaja telah diasaskan pada tahun 1985 dan diadakan setiap tahun sehingga kini manakala Minggu Penulis Kanak-kanak dianjurkan sejak tahun 2012. Menerusi program ini, peserta-peserta sebelum ini telah berjaya dibukukan karya mereka menerusi antologi khas. Matlamat utama program ini utamanya bagi melahirkan penulis muda yang mantap bagi meneruskan legasi penulisan tanah air. Hebat bukan?
Acara Majlis Penutupan MPR dan MPKK.
0.5 perpisahan hiuhiu
Lah terpaling minilove
Sijil mahal boleh selit dalam resume ni HAHAHA
Usai majlis, kami menikmati makan tengah hari sebelum terus ke bilik asrama untuk kemas dan bersiap untuk pulang. Terpancar di wajah kenangan-kenangan indah dalam pertemuan singkat dalam kem ini. Ada yang naik bas ke DBP dan ada yang berpisah disini. Kami saling berpelukan dan berharap dapat berjumpa lagi dalam pertemuan lain.
Kira-kira 2 petang, bas kami bertolak dari IPN ke Wisma DBP di Kuala Lumpur. Perjalanan mengambil masa 3 jam.
Kami tiba di DBP lebih kurang 5 petang. Ihsan santai-santai sahaja, nak balik naik monorel dekat stesen Imbi. Sambil itu, Ihsan menemani sahabat-sahabat yang menunggu penjaga mereka mengambil di hadapan bangunan menara.
Azim, fasi kami mengajak naik ke pejabatnya. Wah, terpaling MyStep aku ni nak tengok macam mana pejabat kerajaan ni HAHAHA
Program kami diselia oleh Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera.
Pejabat dengan sudut bacaan tanpa had. Habis tugas hakiki aku asyik membaca je ni HAHAHA
Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dekat DBP ada Surau Jumaat tau! Orang luar boleh datang solat jumaat disini. Nanti bolehlah ambil cuti Jumaat, solat jumaat disini manalah tahu Sasterawan Negara baca khutbah TIBEHH
Sebuah badan berkanun yang menjaga ketuanan Bahasa Melayu di Malaysia.
Tempat Ihsan terima Hadiah Tunas Cipta 2019/2020 pada tahun 2022 lepas. Puisi pertama terbit; Hujan di Stesen MRT. Masa ni SN Pak Samad ada sekali tau.
Menara Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jalan Dewan Bahasa.
Itu sahajalah diari Minggu Penulis Remaja 2023 ini, Ihsan nak mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat MPR; Taufik sado, Amir, Nik Uwais, Anas, Firman, Adli, Amzar, fasi Abang Razli, Azmi, roommate Nadzrul MPKK dan semua yang lain. Terima kasih semua!
Doakan kami dapat terbit antologi puisi dan cerpen ya! Aamiin!
Ulasan