Assalamualaikum semua! Setelah sekian lama lahai tak menulisnya, Ihsan nak kembali menulis di blog ni. Nampak sangat sepi dia tuh HAHAHA.
Kali ini Ihsan nak kongsi pengalaman dengan sahabat blog semua tentang pengalaman Ihsan mengikuti Minggu Penulis Remaja anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tujuan menulis ni juga adalah sebab masa Ihsan buat carian tentang program MPR ni, takde pun blog pengalaman. Lah, meh bagi aku ceritakan.
Alkisahnya DBP ada buat hebahan program Minggu Penulis Remaja. Katanya program ni dah melahirkan ramai penulis hebat seperti Zaen Kasturi, Faisal Tehrani dan Allahyarham Rahimidin Zahari. Bukan kaleng-kaleng tu.
Lepas mohon, dalam sebulan sebelum dapat panggilan dari DBP. Mereka bagi borang untuk diisi. Masa dapat panggilan tu, aku berdengkur mat dalam Surau Andalusia sebelum masuk kerja. 8.50 mat! HAHAHA rezeki Allah Taala ni tak ingat waktu Alhamdulillah.
Pendek cerita, kesanggupanlah Ihsan ini mohon cuti tanpa gaji. Demi ilmu, Allah akan beri yang terbaik.
Pagi 26 Ogos. Pagi-pagi lagi Ihsan dah minta Umi hantar ke DBP dekat Jalan Dewan Bahasa. Alah, tak jauh pun dengan Imbi, Berjaya Times Square tu. Sebelum tu mengadap Nasi Lemak Tanglin (Terpaling) hahaha.
Mula sekali, daftar dan berkenalan dengan kawan-kawan baharu. Masa tu baru Ihsan sedar Ihsanlah manusia paling tua HAHAHA. Semua batch 07 mat HAHAHA baya ii adik aku rupanya. Lepastu budak-budak sekolah rendah. Terpaling senior HAHAHA. Takpelah kita tunjuk yang kita ni matang HAHAHA.
----
Dekat Menara DBP ni sempatlah melilau dengan muka tak malu, tengok tempat manalah tahu mohon E-Pengambilan tu dapat, katanya mak mertua suka menantu kerja kerajaan TIBEHH
Ini gambar-gambar yang sempat Ihsan rakamkan.
Bangunan Menara ada 31 Tingkat. Bilik mesyuarat taknak kalah nama dia satu-satu HAHAHA.
Masuk dalam Anjung DBP, tertengok koleksi hikayat. Nampak dah gaji aku lebur ke mana HAHAHA
Lif marble-marble warna dah macam Masjid Putra dah. Nampak klasik gitu.
Ni kalau dapat kat tangan suka tekan, memang makan siku HAHAHA
Dari tingkat 31, Merdeka PNB 118, Menara KL dan Menara Berkembar Petronas.
Memang takde jaga tegur pun, jadi jalan-jalanlah kita.
Lepastu terus pergi daftar dekat depan Balai Budaya Tun Syed Nasir, tempat Ihsan terima Hadiah Tunas Cipta tahun lepas. Hujan-hujan naik bas ke Institut Perakaunan Negara!
Dari KL nak ke Sabak Bernam tu 3 jam jugaklah. Dahlah tak mengantuk, kau bayangkanlah nak hadapnya HAHAHA. Pishang mat.
Tapi ketibaan sangat berbalas, Angin pantai, tak berpeluh mat. Layan, santuyy je.
Yang paling terbaik, nama asrama tapi bilik macam hotel. Uish, lain macam asrama pejabat kerajaan ni
Aku tak tipu korang tau, ni bilik dia. Mantap Cong Codei!!!
Ni Ihsan nak kongsi, program ni adalah PERCUMA tau. Terima kasih kerajaan Malaysia yang membiaya sepenuhnya program ni. Malaysia dihati!
Dah sembang hal bilik, setel. Pendingin hawa ni bukak harini, habis program baru tutup HAHAHA. Gurau ii
Petang tu kami diberi taklimat sedikit sebanyak tentang program MPR ni. Masa tu Ihsan baru tahu yang budak ii sekolah rendah tu rupanya diorang sertai Minggu Penulis Kanak-kanak (MPKK). Dan diorang pairing kan bilik Ihsan dengan budak. Mujur dapat budak tingkatan dua. Okaylah sikit kalau dapat budak sekolah rendah masak aku nak mengasuh HAHAHA. Maksudnya diorang buat dua program serentak di IPN ni. Kita ikutlah asalkan percuma HAHAHA.
Institut Perakaunan Negara. Letaknya dalam hulu-hulu Sabak Bernam. Tapi tepi pantai kata Google Map.
Barang pengenalan; Beg kain, dua majalah, surat pelawaan dan tag nama. Tag nama tu pertama untuk pengenalan diri dan untuk bezakan peserta MPR dengan penjawat awam yang kerja di IPN hari Isnin-Rabu nanti.
Minum petang, santai-santai barai gitu. Bolehlah buat ghaso-ghaso.
Sebelah malam, kami mengikuti satu sesi kelas Puisi bersama pemenang SEA Write Awards 2010, Tuan Zaen Kasturi. Veteran weh, dia sebut lagu Allahyarham Zubir Ali (manalah aku nak tahu aku tahu Malampagi je), puisi Latiff Mohidin dan puisi paling pendek dan makna paling mendalam;
Malam Lebaran oleh Sitor Situmorang
Bulan di atas kuburan
Ha itu je. HAHAHA Tapi pemaknaan dia memang berjela-jela. Lain orang lain kefahaman dia. Aaa gituhh.
Sasterawan Zaen Kasturi. Karya terkenal; Rapsodi, Fajar Lingkung Lembayung dan Zamindar. Kau jangan suruh aku senarai, duit gaji aku ni nak survive benda lain jugak HAHAHA
Malam tu habis program, Ihsan mula menulis entri ini untuk blog harian semasa program di MPR ni. Kita cuba buat 5 entri untuk 5 harini In shaa Allah.
Okaylah itu sahaja catatan hari pertama. Kita jumpa di entri akan datang!
--
Catatan ditulis pada malam pertama MPR.
Ulasan