Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2021

#17 Ramadhan : Cantiknya Masjid Wilayah!

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua! Lamanya tak tulis blog. Sedar tak sedar kita sudah 18 Ramadhan, berbaki 11-12 hari lagi mengakhiri bulan agung ini. Semoga Ramadhan kali ini mabrur buat kita dan tidak sia-sia.  Alhamdulillah, syukur pada Allah dompet haritu hilang dijumpai. Ada kisah yang menarik ingin saya ceritakan.  Sebenarnya dompet hilang 18/4 lagi. Habis kad pengenalan, lesen kad bank semua lesap. Hari itu juga saya terus buat repot polis. Nak tulis entri pasal ni tapi masa hilang tu takde mood nak menulis. Pendek cerita, 10 hari lepas tu, saya terdetik buka request message di Instagram. Masha Allah ada orang dm Instagram saya bahawa dompet saya ditemukan di sebuah stesen LRT. Jumpa pada hari sama! 18/4 tu juga. Petang buat repot polis, malam dapat mesej. Biarlah, benda dah jadi. Ada hikmah besar Allah detikkan hati untuk buka mesej 10 hari kemudian.  Alhamdulillah, elok je. Terima kasih hamba Allah yang amanah. Baliklah rumah sewa, ada duit sikit ni inga...

Cerpen : Kita Ditakdirkan Tidak Bersahabat

Airmataku bergenang, hingga teresak perlahan. Bersedu-sedu, bagai meratapi sebuah kematian. "Hai Khairul, mengapa ni? Berair saja mata. Dukacita apa?," sapa ibu Khairul yang begitu hairan dengan kesedihan Khairul itu. Khairul segera mengesat airmatanya. Dia agak beremosi, perasaannya terbawa-bawa hingga menjuraikan air mata. Khairul berasa sangat sedih apabila mengenangkan apa yang terjadi, adakah ini nasib kehidupannya. ------ Selasa. Ketika itu, Khairul sedang bersiap-siap untuk ke kolej untuk kelas 8 pagi. Dia gerak ke kolej bersama Aisar dan Muhaimin.  Aisar dan Muhaimin merupakan sepasang kawan baik. Mereka ibarat belangkas. Kemana sahaja pasti berdua. Rahsia-rahsia mereka kongsi bersama. Keakraban itu tiada bandingnya. Saat bepergian ke kampus, Khairul berjalan beriringan dengan mereka berdua. Akrabnya mereka sehingga terpisahnya jalan. Khairul berjalan berseorangan sedangkan Aisar dan Muhaimin berjalan berdua meninggalkannya. Dari tersisihnya itu, dilihat gelak ketawa ...

Cerpen: Mesyuarat Terakhir

  Tum! Tum! Tum!   Tiga das tembakan berturut-turut. Datu Maznan Ali rebah dengan dada yang berlumuran darah. Dalam kegelapan itu, tiada siapa tahu siapa yang tembak. Tahu-tahu, peluru menyinggah di dada.   “Puan, Datu sudah meninggal dunia,” Zahirah mengelap sungai airmatanya. Malam itu dia telah kehilangan suaminya buat selama-lamanya. Datu Maznan Ali ditembak di hadapan kediaman agamnya di Bukit Dandelion. Mayatnya sedang melalui proses post-mortem di Hospital Besar Manikar. Zahirah mahu arwah suaminya dikebumikan malam ini juga.   “Puan, saya rasa elok kita………” permintaan Datu Izham ditolak bulat-bulat. Zahirah mahu jenazah suaminya segera diuruskan. Cukuplah post-mortem kalau nak cari punca kematian. Kasihan pada mayat yang terbujur kaku. Datu Izham merupakan sahabat baik Datu Maznan Ali.   “dah terlambat Izham. Nasi sudah menjadi bubur,” Zahirah memuka penyesalan.   ---------   Sebulan sebelum. Manikar bakal menjalani pili...

Masjid yang Berdekatan dengan LRT, MRT dan Monorel

Assalamualaikum, apa khabar pembaca blog semua! Salam Ramadhan! Alang-alang sekarang ni PKPB, berjalan-jalanlah kita pergi bazaar Ramadhan dan solat Tarawih di masjid. Tapi pastikan kalian patuhi SOP ya. Saya duduk kat rumah sewa di KL ni, tak dapat balik lagi sebab tunggu barang Shopee tak sampai lagi. Barang tu bukan main lagi berjalan dari Petaling Jaya ke Bukit Bintang, ke Petaling Jaya hampir 3 kali. Sakit hati pun ada. Dugaanlah katakan.  Jadi, bila kat KL ni, nak juga berjalan-jalan selagi patuh SOP ni. Tarawih kat masjid-masjid besar pun menarik juga. Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda masjid-masjid yang korang boleh pergi solat tarawih di ibukota raya ni. Ecewah. kredit: https://www.klia2.info/rail/klia-transit/#check-klia-transit-fare Dari pelusuk manakah anda berada, turun di stesen...... 1. STESEN PASAR SENI : LRT Laluan Kelana Jaya/MRT Sungai Buloh - Kajang Masjid Negara. kredit: Pinterest Keluar melalui jejantas yang menuju ke stesen KTM Kuala ...

#2 Ramadhan : Iftar di Mamak dan Tarawih di Hang Tuah

Assalamualaikum para pembaca blog semua! Selamat berpuasa! Rasanya panggilan para pembaca blog tak melekat di jiwa sangatlah. Nak panggil apa ya? Panggil korang Hasanzali Lovers boleh tak? panjang sangat campur meluat pulak HAHAHA. Tahlah, itu nanti fikir. Harini ada pembentangan Latihan Ilmiah. Tesis gitchew. Kawan-kawan lain semua rasa nervous, gementar gemuruh segala mak nenek dia. Saya pula rasa mengantuk. HAHAHA. Gemuruh tu tak datang sebab puasa barangkali. Kumpulan saya bentang pada pukul 9 pagi. Kumpulan pertamakan. Jadi saya punya bahagian yang terakhir sekali; bentang tentang rumusan dan kesimpulan. Memang malaslah cara bentangnya. Semalam berlatih pun main-main HAHAHA. Nasib baik dapat bentang dengan Ustazah Nabilah, ustazah yang ajar Bahasa Arab Komunikasi masa semester dua dahulu. Ustazah seorang yang santai dan sangat mesra pelajar.  Tengah-tengah bentang, tiba-tiba bateri laptop 'running low'. Aaasudah, pishang matt. Saya pun minta maaf, tutup kamera dan mikrofon...